10 Tips dari Datuk Dr. Maznah (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd)

pic: sinar harian online
Terdapat 10 cara untuk mendapat kenyakinan diri. Antaranya seperti berikut:
1. Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda ‘separuh sedar’ anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.

2. Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkannya, padamkan cepat – cepat,gantikan dengan fikiran positif. Fikirkan Boleh!

3. Jangan sesekali himpunkan halangan dalam imiginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.

4. Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba meniru mereka. Lengkapkan diri untuk menjadi ‘diri anda’ yang terbaik!

5. Ulangi 10 kali setiap hari, kata – kata ini, “Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendah atau menidakkan aku!”

6. Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal-usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunca dari zaman kanak – kanak atau sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!

7. Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata – kata berikut, “Akulah yang boleh melakukan segalanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku”. Bayangkan diri anda diserapi kekuatan ini.

8. Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebanyak 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.

9. Melalui doa, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.

10. Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih percayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment