Limited Stock - Vitalea Iron Formula

Assalamualaikum dan Hai...

Confius aaii.. kenapa lately ni Vitalea Shaklee ni cepat sangat susut. Emm.. mungkin lah sebab hot item di Shaklee. Antara produk yang menghimpunkan begituuuuu banyak nutrien dalam satu tablet. Vitalea ni dikenali sebagai multivitamin Shaklee. Yang best nya lagi, ada formula iron sekali. Buat ibu-ibu yang sedang hamil, sangat bagus consume Vitalea ni sebab segala zat dan nutrisi perlu, ada dalam satu tablet Vitalea ni. Kalau ibu-ibu yang ada masalah HB low pun sangat sangat digalakkan consume atleast 2 tablet sehari.

Nak dapatkan Vitalea sebelum kehabisan stok, jangan segan-segan contact Aaii ye.. 

Harga : RM88.75
Postage : RM8.00

Manfaat Utama Lecithin Shaklee

Assalamualaikum dan Hai =)

Lecithin Shaklee di ekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Dalam setiap kapsul megandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Manfaat Utama : 
  • Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati
  • Pemecahan lemak dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh
  • Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  • Memperbaiki alergi - menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol. Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak
  • Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus
Cadangan :

Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)

Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak : 2 -3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)

Harga :
Lecithin : RM52.50
Postage : RM8.00

Make Over Dinding Kaunter Bar

Assalamualaikum dan Hai...

Akibat dari join group Kelab Dekorasi Ikea... saya macam dah tak tentu arah bab mendeko rumah. Haha. Setelah 4 tahun lebih tinggal di rumah ni, barulah ada rasa nak deko rumah... selama ni memang suka deko rumah tapi feel tu belum betul-betul ada... 

Bajet ciput, jadi dekonya ala kadar je. Buat pun sikit-sikit... slow-slow. Takpe, janji ada progress =)

Kali ni deko nya tak banyak. Cuma tampal wallpaper je. Saya dah mula kenal wallpaper Kaison. Bagi saya satu bonus bila kenal Kaison ni sebab wallpaper dia murah je. Satu gulung dengan saiz 45cm x 10 meter cuma RM19.90. Bab pasang, saya pasang sendiri je... jimat. Hehe,

Sebelum tampal wallpaper, dinding ni memang tak berseri langsung, siap ada kesan conteng lagi..haha.


Buat- buat tak nampak jelah disaster kat area ni ye... hihi.


Dah siap pasang.. yeay! Baru laa nampak hidup sikit ruang ni. Untuk dinding rendah ni, oklah... takde la rasa terseksa sangat nak pasang.. kalau dinding tinggi tu memang lenguh la tangan.. harus buat berdua.

Sedikit tips yang saya dapat untuk pasang wallpaper ni... pastikan dinding tu bersih dari habuk... seeloknya, ratakan dinding tu. Dan, bila lekat kepingan sebelah tu, seeloknya, overlap sikit dalam setengah inci... tapi saya tak buat pun,,, huhu. Saya buat ikut suka hati.. Harap2 bertahan lamalah wallpaper ni.. 

Next time saya share pulak keseluruhan ruang ni ya... =)

Manfaat Utama Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum dan hai =)

Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu. Wow! Sesuai sangat untuk individu yang tak suka minum susu =)

Jom lihat manfaat utama Alfalfa dari Shaklee :

  • Mencuci darah, hati dan usus - ianya adalah makanan yng sangat beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulir dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor - memakan 30 - 50 tablet untuk mengalkalikan badan, dapat memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah/ merawat atritis - Melegakan sakit atritis.
Recommended :

Untuk kesihatan berpanjangan ~ 2 kali sehari - 10 biji setiap pengambilan

Untuk pencucian usus dan detoksifikasi,cuci darah dan lawan kanser ~ 3 - 4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan

Larutkan 10 biji alfalfa di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint Ginger Plus dan jus buah atau jus pekat untuk lebih enal. Ia baik untuk sistem usu dan perut. Sesuai diminum pada bila-bila masa.


Harga :
Alfalfa (S) 330 tablets : RM53.75
Alfalfa (L) 700 tablets ; RM97.50
Postage : RM8.00

Make Over Meja Lama Jadi Baru

Assalamualaikum dan Hai =)

Lama tak bercerita kat blog ni, rasa rindu pulak. Rindu pulak pada zaman aktif blogging. Sekarang ni zaman Facebook dan Instagram... blog dah makin suram. Eh, ye ke... Tapi bab nak cari info pasal travel, renovate & deco rumah, kita masih suka blogwalking kan.. betul tak?

Okeylah kali ni nak cerita aktiviti biasa-biasa... aktiviti takde kerja, cari kerja... hihi. Kisahnya kami anak beranak make over meja lama yang dah buruk dan tak berseri tu... yang macam dah taknak orang pandang kepada meja yang lawa, berseri dan tiba-tiba jadi rebutan. Hahaa,,,,


Ini mejanya,,, alahai sedih betul rupa dia kan. Ini meja lejen.. bertahun-tahun guna dari zaman saya sekolah rendah. Orang terakahir guna meja ni, adik saya. Wujud di rumah saya pun sebab adik nak tumpangkan meja ni kat sini sebab dia berpindah rumah sewa....

Jadi, alang-alang tinggal sini, biar saya make up kan meja ni,,, boleh la saya guna kejap. Hihi... nak make up ni saya cuma guna spray warna putih untuk bahagian kaki meja dan balut dengan wallpaper Mr DIY. Masa tu, ada wallpaper ni ada offer.. dapatlah beli dengan harga RM6.90 segulung... 


Hasil meja yang dah siap make up. Berubah rupa terus, kan?


Meja kedua yang di make up kan. Meja ni lagi lama usianya dari meja tadi. kalau tak silap, meja ni wujud masa umur saya 4 atau 5 tahun kot. Atau mungkin 6 tahun. Sekarang umur saya dah 32tahun... haaa lama betul meja ni bertahan kan... ni meja Along saya.. hihi. Tapi dah jadi harta saya pulak. Hihi...



Okey, siap! Dua-dua meja dah lawa, kan. Nampak macam meja baru dah. So, jadi lah rebutan di antara anak-anak saya. Haha... siap pesan, jangan pulangkan meja2 tu pak saudara diorang...hihi.... Bila post gambar2 ni ke group whatsapp famili pun, diorang teruja. Apatah lagi pemilik terakhir meja ni....

Okeylah..ni je make over nya.. Atleast bila dah make over ni, takdelah rasa nak buang atau beli yang baru, kan... jimat... jimat. Okey, next kita make over benda lain pulak =)

Promosi Sepanjang November 2016

Assalamualaikum dan Hai =)

Alhamdulillah, sekarang kita dah masuk bulan November. Cepatnya masa berlalu, dah hampir sampai ke hujung tahun pun. Okay lah, seperti biasa, setiap kali masuk bulan baru, Shaklee akan umumkan promosi untuk sepanjang bulan tersebut... jadi, apa promosi sepanjang November ni? Check it out =)

NUTRIFERON
Normal Price : RM181.25

BELI ENAM DAN PERCUMA 1
Retail Price : RM1,087.50

TWIN PACK ( Diskaun 5%)
Retail Price : RM344.35

ISTIMEWA!!!
Harga Promosi untuk sekotak : RM155.35

ALFALFA (L) 700 tablet
Normal Price : RM97.50

BELI TIGA DAN PERCUMA 1
Retail Price : RM292,50

ISTIMEWA!!!
Harga Promosi untuk sebotol : RM73.10

ALFALFA (S) 330 tablet
Normal Price : RM53.75

BELI TIGA DAN PERCUMA 1
Retail Price : RM161.25

ISTIMEWA!!!
Harga Promosi untuk sebotol : RM40.30

LECITHIN (180 Capsules)
Normal Price : RM52.50

BELI TIGA DAN PERCUMA 1
Retail Price : RM157.50

ISTIMEWA!!!
Harga Promosi untuk sebotol : RM39.35

VITALEA FOR CHILDREN (60 Tablets)
Normal Price : RM111.00

BELI TIGA DAN PERCUMA 1
Retail Price : RM333.00

ISTIMEWA!!!
Harga Promosi untuk sebotol : RM83.25

Okey, dah tau promosi dan harganya sekali, boleh lah buat pilihan nak yang mana dan berapa botol, kan. Jangan lepaskan peluang promosi bulan ni, terutamanya untuk uolls yang teringin nak kurus, Kombinasi Alfalfa + Lecithin sangat serasi dan mantap. Boleh add on Silera Chia Seed bersama untuk kesan yang lebih optimum =)

Jangan segan hubungi saya ya...