OmegaGuard

Asid Lemak Omega-3 (EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung*
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.*

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkait dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak omega -3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.

OmegaGuard Shaklee Pilihan Saya ♥


Shaklee OmegaGuard merupakan suplement pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA.

Ultra tulen dan Berkualiti Tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan=bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

Sumber : Shaklee

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Jom Kenali GLA Complex

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Jom tengok kandungan GLA Complex Shaklee.
Inilah Bunga Borage yang menghasilkan Minyak Borage. Minyak Borage ini mengandungi GLA (Gamma Linolenic Acid) semulajadi yang sangat pekat dan merupakan asid lemak Omega 6. Omega 6 merupakan asid lemak perlu digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.  
Minyak Benih Bunga Matahari merupakan satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Kelebihan dan Keistimewaan GLA Complex Shaklee:
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
  4. Membantu dalam menangani menopous
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani Ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan Imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf
Inilah dia GLA Complex dari Shaklee. Berbaloi² cuba kerana telah ramai yang merasai keberkesanannya. Ia sememangnya vitamin ideal untuk wanita, tetapi juga sesuai untuk lelaki.

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Fantastic Year End Promo - Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum...
November berlalu bersama promo Alfalfa Buy 6 Free 1. Kini tiba pula Disember yang penuh harapan dan impian bersama promo Shaklee Collagen Powder Buy 6 Free 1. Jujurnya kan, pagi² 1 Disember tu, bangun pagi celik mata terus tengok hp. Ada sms dari Shaklee. Automatik melompat happy trus bgtau hubby.
"Papa, bulan ni promo Collagen! Bestttnyeeee!!!"
Hubby senyum je sbb dia tau saya mmg nakkkk sgt borong Collagen sempena bonus gomen bulan ni. Hihihi.
Shaklee Collagen Powder. Mmg Hot Stuff! Mmg marvellous! Mmg terbukti berkesan selepas pengambilan selama 8 minggu secara konsisten. 8 minggu tu kira² 4 kotak la. Tak rugi cuba. Tak menyesal. Bab harga kan..saya tak nafikan, mmg ramai potential cust saya cakap..
"Mak aihh...harga!"
"uikss... boleh tahan harganya!"
Hehehe.... Kalau nak cantik, nak sihat, bab harga kena ketepikan. Rasa dulu, cuba dulu baru tau kesannya. Sure u all jatuh cinta. Sure tak rasa akan 'mahal'nya itu. Kesan Collagen Shaklee mmg cepat. Habis satu kotak pun dah nampak perbezaan ketara, apatah lagi bila dah habis 4 kotak. Okeh, ni saya share pic salah seorang Distributor Shaklee sendiri. Beliau dah consume kotak yang ke tiga.
Amacam? Kagum tak? Teruja tak? Nak jadi macam ni tak?
So... Inilah masanya, inilah bulannya nak borong berkotak². Promo Buy 6 Free 1 mmg super Dooper jimat. Optional u all bole get free membership dan get cash back lagi dari Shaklee. Haaa...bila lagi nak dapat offer cam ni kan! Tapi... jangan risau kalau rasa x bole beli sampai 6 kotak. U all bole share beli dgn famili atau kawan². Option lain, u all still bole beli sekotak, dua kotak ikut ur bajet. Dan yang bestnya u all akan tetap dapat harga istimewa, dan superrr jimat!
Masih ragu²? No, no. no.... jangan tangguh kalau ada rasa keinginan nak Shaklee Collagen Powder ni. Better order cepat, cepat² buat pembelian. Bukan apa tau. Saya takut stok collagen habis. Jadi mcm ESP bulan Oktober lepas. Belum pun habis bulan Oct, ESP licinnn.... tambah² lak bulan ni bonus. Gerenti ramai borong. Jadi... jangan segan sms/whatsapp/email saya untuk pertanyaan dan tempahan ya.

[Countdown] Ada 13 hari lagi untuk grab Offer ESP!

Salam....

Alhamdulillah, ramai yang amik ESP dari saya bulan ni. Yelah..rugi kan kalau tak grab harga super dooper jimat ni. Hehe.Ada kawan² yang tak pernah² try ESP, sempena bulan promo ni trus amik peluang membeli. Dan yang bestnya semua ckp.. "Sedap, rasa bertenaga, susu banyak, bla..bla.. bla.." Dan trus repeat order. Haaaa..hebat tak hebat penangan ESP bulan ni.

Si cantik manis² dan si kacak² yang sedang baca post ni, dah dapatkan ESP ke belum? Hehe..kalau belum, apa tunggu lagi? Tinggal 13 hari je lagi offer ni. Pastu dah back to normal price la..huhu. Nak tunggu offer mcm ni datang lagi, mungkin setahun kemudian baru ada..lambat lagi tuuu...

Ape yang best sangat pasal ESP ni? Sampai jadi Hot Stuff especially dikalangan wanita. Haaa...mari saya listkan kenapa, kenapa, kenapa ESP sangat femes okeh.

♥ Mengenyangkan..sesuai utk nak diet, nak kurus, nak mantain berat
♥ ESP buat kulit makin moist, gebu, licin
♥ Milk booster di kalangan ibu menyusu
♥ Untuk ibu² mengandung
♥ Energy booster. Rasa energetic walaupun tidur lewat malam, bangun awal pagi.
♥ Memperbaiki parut². Mummy yang penah bersalin czer boleh cuba.
♥ Kawal kolesterol dan kencing manis - ni bonus lah kalo kita hadiahkan untuk parents kita =)

ESP sesuai di amalkan oleh semua.. lelaki, wanita, kanak². Perlu ada atleast satu canister kat rumah. 

Beli 6 Percuma 1. 
Boleh share beli dengan kawan² dan famili.
Nak beli satu canister aje? Boleh! No problem!
Jangan lupa contact saya okey. Saya bagi best price..yiihaaaa~

7 Panduan Memilih Soy Protein

Salam...

Dah seminggu tak hapdate blog..dah jadi makin pemalas skrg ni. Apa nak jadi daaa....

TAPI...

Bab yang satu ni saya tak malas. Hehe. Bab sharing, sharing, sharing..♥ Walaupun tak wok wek wok wek sharing kat sini, tapi saya tetap sharing secara live. Dari hati ke hati gitew. Eh..oklah... hari ni nak share 7 kriteria dan panduan untuk memilih Soy Protein. So..straight to the point......
Credit to mamafaiz.com

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Haa...dah tau panduan memilih Soy Protein? Hehehe.. dan straight to the point lagi..Soy Protein pilihan saya ialah.... Energizing Soy Protein Shaklee Anda bagaimana?

Nak beli ESP? Jangan segan contact saya k!

Collagen Powder dari Shaklee

Salam...
Selamat Hari Isnin semua! Hehe.. Tak mauu Monday Bluess okeh. Hari ni kasi cergasss! Walaupun saya agak tertekan sebab bila nak check result exam..asek hang, slow..mcm² hal. So, nak lupakan jap debaran² nak tau result tuu... jom saya cite sket keistimewaan Serbuk Kolagen dari Shaklee nih... Jom kita tengok dulu macam mana rupa Collagen Powder Shaklee

Apa perbezaan Collagen Shaklee? Collagen Shaklee comes with research dan juga clinical test. Sebab itu walaupun dipasaran dah banyak produk kolagen, Shaklee baru nak ada.  Jom kita sekilas tentang fakta kelebihan kolagen powder Shaklee berbanding dgn kolagen lain, sumber: website Shaklee :
  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]


Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunaka selama 8 minggu* - Sumber : Pamplet Shaklee.
♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Faedah tambahan : menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

credit : mamafaiz.com




Haaa...dah tau kelebihan Shaklee Collagen Powder kan. So, kalau berminat bole contact saya thru sms/whatsapp. Thru email pun bole.. Rasai sendiri keberkesanan Shaklee =)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

ESP ~ Promosi Best Sepanjang Oktober ini!

Salam...
Yeay.. Alhamdulillah bulan ni Shaklee keluarkan promo ESP. Sangat berbaloi² untuk borong ESP. Kepada semua customer saya yang berminat untuk dapatkan ESP dengan harga special bole contact saya okey.

ESP ni merupakan Best Seller, Hot Stuff dan mmg favourite ramai la. Pada yang nak kulit cantik, weight management, hamil, menyusukan anak dan ingin kekal bertenaga mmg bagus amalkan ESP ni. Sempena bulan promo ni, rugi sangat kalau tak grab ye sbb dah lama Shaklee tak kuarkan offer ni. Expired date untuk stok yang baru ni ialah Jun 2014. Expired date offer ni 31 October..Jeng²...

Jom sekilas tentang ESP...  

SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..(protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
credit : mamafaiz.com

** Jangan segan, jangan malu contact saya untuk mengetahui lebih lanjut ttg ESP..Dapatkan harga istimewa dari saya. 

Istimewanya B Complex...

Salam..

Lately ni badan rasa segar je.. stress pun kurang. Kalau tido lewat malam pun, bangun awal pagi masih rasa bertenaga. Sakit kepala pun dah kurang. Hmm.. baru teringat yang saya sekarang every day mesti take one tablet B complex. B complex sangat banyak khasiatnya. Jom kita kenali B complex.
Credit to mamafaiz.com

Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang 
Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...

Dan B Complex pilihan saya ialah...

Kenapa B Complex Shaklee yang menjadi pilihan?  
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Energizing Soy Protein - ESP

Salam...

Sekarang ni kan, every day mesti nak minum ESP. Tak kisahla minum bersama air suam, mix dgn milo, blend dgn susu segar + kurma + badam ke.. Sbb rasa best sangat sejak amalkan ESP. Apa yang bestnya pada saya? Perbezaan ketara yang saya dapat rasa ialah..saya rasa kulit saya makin sihat, susu badan saya makin meriah, dan badan saya lebih bertenaga. Selera makan? Makin baik =) 

Disebabkan rasa best sangat ESP ni, jadi saya letak satu canister kat ofis, satu lagi kat rumah. So, kalau kat ofis, selesai satu sesi mengepam (oh ye..saya pengepam tegar @ ofis =p) saya akan minum segelas milo suam yang dicampur dengan ESP. Mmg terbaik. So, next sesi susu masih meriah =) 

Today, saya akan kongsikan keistimewaan ESP Shaklee =)
Credit to mamafaiz.com

Keistimewaan dan fakta tentang ESP
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. 
Nanti saya share lagi kebaikan ESP ni ye.. Rasa dah tak sabar² nak g pam susu ni..hehe. 
Hubungi saya untuk maklumat & konsultasi percuma =)

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Salam... 
Dah seminggu lebih saya tak update blog ye. Bukan bizi sangat pun. Tapi saya diserang penyakit M iaitu Malas. Hihihi. Tapi hari ni ada satu semangat nak update blog. Sebelum saya penuhkan blog saya ni dengan cerita² ttg shaklee in da next time...biar saya share kenapa saya pilih Shaklee sbg supplement harian saya. Jom baca =)

Shaklee telah menjadi peneraju produk kesihatan dan makanan makanan tambahan sejak 1956. Lama kan!

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli 
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil 
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 
Credit to Website shaklee.com.my

Apa Yang Saya Makan?

Salam..
Entry lepas saya ada mention nak share apa supplement yang saya makan. Ok, hari ni wpun dalam mood² malas nak berblog hehehe.. saya rajinkan jugak. Ntah la nape lately ni sooo malas nak ber-blogging & fesbuk-ing =( 

Straight to da point... Saya mula consume Shaklee pada bulan puasa yang lepas. Masalah susu ke puncanya? Tak laa.. saje nak cuba². Ok tak? Sbb saya kan jenis 'peaky eater' gak sbenanya. Dan malas makan. Konpem² tak cukup zat. Saya mulakan dengan Set asas yang mengandungi :

Vita-Lea® Iron Formula - Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Alfalfa Complex - mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

B-Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
 
Sustained Release Vita-C - membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


Then, saya add pulak ~
OsteMatrix - membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
ESP - Soy Protein Isolate Powder - Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
Performance® Maximum - terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.
See... bukan semata² utk milk booster. Tetapi untuk dapatkan kesihatan yg lbh baik. Okay..next time saya huraikan lebih detail kebaikan supplement nih ye.. Jap lg saya cite ape yg my hubby makan pulak =P

Start Bervitamin ♥

Salam...

Lama dah saya tak update blog kan. Dan masih belum terlambat rasanya untuk saya ucap...

"Selamat Menyambut Syawal" 

buat rakan bloggers saya. Hehe~ Okeylah... hari ni saya nak share yang saya sekarang dah hampir sebulan consume Vitamin Shaklee. Actually bukan saya sorg je.. tapi my hubby & kids pun terjebak sekali. Hehehe..
☼☼☼
Start bulan puasa lepas, saya just nak try Set Penyusuan. Okey, bukan saya ada masalah susu tak cukup, kering, etc² tuh. Cuma saya nak up kan lagi kualiti susu saya tu. Sbb saya sedar yang saya bukan jenis jaga makan. Saya tak konpiden yang nutrisi yang saya amik dalam pemakanan seharian saya tu cukup. Kalau tgk fizikal saya yang melidi all the time pun org mcm x yakin. Hehehe. Asalnya saya bukan laa nak amik semata² untuk milk booster. Tapi saya amik untuk kesihatan saya secara optimum + upkan berat badan. Hehehe =)
☼☼☼
Tak ketinggalan saya amik supplement untuk my beloved hubby lah. Okey, since result last check up dia dpt tau kolesterol tinggi, darah tinggi.. saya dah start runsing dah. Of kos la kan. Tambah lak hubby jenis kerap demam. Saya nak dia stay healthy. Sambil² tu sbb hubby asek sebut² nak kurus, so saya amik la set diet untuk dia. =P 
☼☼☼
Princess² saya yang makin hari makin peaky eater tu? Saya bekalkan Mealshakes. Tambah satu sudu kecil dalam susu setiap pagi. Alhamdulillah, ada nampak perubahan selera makan. Tapi paling ketara, minum susu mmg lebih kerap dari sebelum² ni. Hopefully check up next month, naik la berat diorg. Berat diorg ni mmg selalu kat garisan kuning =(
☼☼☼
Satu masa dulu mmg saya agak skeptikal bila org wok wek wok wek kat saya pasal vitamin nih. Tapi lama kelamaan saya sedar kebaikan² vitamin² nih dalam kehidupan seharian kita esp bila kita ini memegang status wanita+isteri+ibu yang berkerjaya. Yang mana alwayzzzz bizi. Hehehe.. Okeylah... next entri nanti saya share vitamin apa yang saya amik ye. Nanti saya kongsikan sekali kebaikan² vitamin Shaklee =)

Dry Kitchen, Wet Kitchen, Laundry Area =)

Salam..
Entry last pasal umah. Malas cite panjang..layan je gambar okey.

Kitchen cabinet dari Incube Kitchen. Material kabinet P.E.T. Taktau la apa nama penuhnya. Kaler silver + hitam. Ada sparkle sket. Combine ngan sand glass. Table top dari granite.

Dapur ni guna sinki bulat utk basuh tangan, cuci botol susu etc aje..Uolls kalo nak buat undermount, please bg nampak sket sinki. Kalo x, air terpercik keluar..masalah btul mcm kitorg. Our KC designer dah design elok2 bg kuar sinki sket. Tp saya g ubah table top tutup keseluruhan mulut sinki. Ni gara2 terpengaruh kata2 pembuat table top tu la..huhu...~

Ruang kaunter sarapan, dan tempat simpan lauk-lauk kat bwh tudung saji tu. Dalam kabinet sand glass tu segala macam biskut ada..Hehe~

Alas handle peti sejuk saya tempah khas dari Bigeyes Shop. Ikut ukuran handle. Tapi ni saya salah ukur la... tak cukup beberapa inci..huhu. 

My Kitchen Aid! Bila nak start baking nih.. Wat masa ni jadi hiasan je la kat Dry Kitchen tuuu... Tapi sekali tgk, matching btul dia ngan kaler dinding eh!

Wet Kitchen. Bidai dari Laurea jugak. Rasa lapang tengok kaler dia nih. Rasa luas jek.

Laundry area. Still dalam wet kitchen.

Bilik ampaian sebelah wet kitchen, belakang guest room. Kalo duk kat guest room, selalu la terbau wangi sabun & softner baju yg disidai =)

Tingkap & pintu pemisah dry & wet kitchen. Bila nak beli sticker nih?

Okeh.. habis dah entry pasal umah.. Kot la ada sape2 tgh cari idea pasal umah baru kan.... =) Cumanya, saya x pandai menghias sangat. Konsep moden pun carca merba jek. Tp, adat la umah baru.. xde la nak complete set utk tahun2 pertama pindah kan.. sikit2 la. Kalo x, pengsan la...~

Family Hall, Dining, Hall & Foyer pulak =D

Salam..
Sambung lagik.. layan je la gambar ni ye.... huhu~

Famili hall kat tingkat atas xde TV. So, wat masa ni kita letak work station yang messy bersama alatan meng-iron baju.

View dari tangga.....

View dari foyer.. meja makan sponsor dari mak sedara saya sebelum kawen.. Katanya tu hadiah kawen kami..huhu~

Hall. Semua barang lama kecuali langsir dari Laurea. Langsir paling saya suka..design eyelet. Kerusi rotan dah upgrade sket.. Just sarungkan dengan sarung baru yg saya tempah dari kedai mini. Sarung sofa kaler silver x siap lagik..huhu. 

Sekarang dah terminate astro sejak dah install unifi. So, sekarang tgk Hypptv aje la.. Nanti kalo dah ada second tv baru aktifkan semula astro..huhu.

Lampu yang jarang-jarang on..huhu~ Ada 3 lampu. Pink, biru, kuning.

Taman gegirls ni duk betul-betul depan pintu masuk. Asalnya duk kat bilik biru. Tapi jarang duk tingkat atas, kita bawak ke tgkat bawah. Lagipun kat foyer ni kosong sangat. Letak la benda ni dulu sementara nak ada kusi meja kat sini =P

Tak byk menghias lagi. Frame, jam pun x gantung lagik. Overall, rumah agak bahang sket. Kena pasang econ next time. Tapi mujur la tinted tingkap.. Sbb umah kitorg panas petang. Mmg x sesuai anak2 nak main basikal kat porch. Silapnya masa beli umah dulu x kaji panas pagi atau petang. Lagipun masa beli tu, intermediate mmg dah limited sgt..

The Bedrooms....

Salam...
Alhamdulillah... dah dekat 2 bulan setengah pindah masuk umah sendiri. Hari ni baru sempat nak cite sket sket pasal umah baru. Sebelum ni x sempat sbb pas dua minggu pindah, terus deliver Amirah Hannani. Pastu berpantang lak kat umah mak sebulan setengah =)
~
Jom la usha sket pic keliling umah kami, syurga kami nih =)

Langsir Master Bedroom.. kaler purple romantik gitu. Tukang jahitnya.. Laurea Home Furnishing.

Wardrobe Master Bedroom.. dari Incube Kitchen. Rasa besar dah almari ni.. tp tak muat gak letak baju kitorg. Huhu~ 

Langsir bilik gegirls... Pun Laurea gak. Bilik ni cantik..lantai pun dari floor depot. Tapi sayangnya gegirls blum nak tido kat bilik sendiri. Ye la.. katil + tilam pun xde..hehe~

Wardrobe gegirls. Kitorg designkan cermin mcm tu. Wardrobe Incube Kitchen.

Wardrobe boboys... tak tau la bila nak dapat boboy nih. Usaha lagi..hihi. Amin..~ pun wardrobe Incube Kitchen.

Langsir bilik ni guna langsir lama. Kawan mak yang jahit masa nak masuk umah sewa kat seri kembangan dulu. Kiranya langsir ni dah lebih 5 tahun umurnya. Tapi cantik lagi =)

Guest Room kat tingkat bawah.. pun guna langsir lama. Hehe. Almari pun almari lama Safiyyah. Siap pintu nya dah tercabut pun..huhu. Ni sudut hujung katil.

Guest room tadi.. Guna katil & almari lama jugak.. almari mak bagi, katil tu nenek saya bagi.. Haha. Guna je selagi elok. Mmg xde planning nak beli perabot baru dalam masa terdekat nih. =P

Psstt.. nampak tak Amirah Hannani tido meniarap kat situ? Dia suka tul tdo kat bilik ni sbb bilik ni sejuk sket compare kat hall & bilik lain..huhu~

Bukan Lagi Penghuni Kuarters Putrajaya...

Salam..........
Alhamdulillah urusan sudah selesai. Terima kasih banyak2 pada BPH, JPM yang bg peruntukan rumah ni pada kami sekeluarga. Sgt selesa dihuni selama 4 tahun ni. Thank you, thank you... =) 

Masa memula kawen, duk umah kedai je kat Seri Kembangan. Lif pun xde. Penduduk pun ramai warga asing. Pengangkutan pun payah. So, gi keje sokmo tumpang member yg kebetulan duk selang satu rumah. Tapi bila dia pun dah pindah masuk kuarters, mula la hati rasa nak try apply kuarters gak. Husband saya dah lama suh apply kuarters. Cuma saya yang taknak. Tapi bila tgk keadaan mcm dah x sesuai.. trus la apply. Masa tu tgh pregnant anak sulung. Husband pulak keje kat Bukit Mertajam. Weekend je balik. Banyak sebab la sbenarnya. Transport pun ye jugak...

-Hall-

Maka, saya pun apply online je la.. Dan tak disangka2, dalam masa 2 minggu trus BPH offer rumah ni. Huissshh... hati mana x hepi,kan? Minggu tu jugak bagi settle urusan amik kunci. Husband balik weekend tu trus g cuci rumah. Bonusnya lagi masa tu kan... husband bagitau dia dah dapat tukar ke Jalan Duta. Alhamdulillah... murah rezeki masa ngandung ni =) Dah duk putrajaya, xrisau sgt bab transport sbb bas banyak =)

-Stor-

Dalam rumah ni la 2 orang puteri kami membesar. Sorang lagi sempat membesar dalam perut je. Hihi.. Banyak kenangan terindah di sini....

-Third Bedroom- 

 -Second Bedroom-

 -Master Bedroom-

 -Balkoni-

 -Dining-

 Mural tinggalan anak2. Nasib orang BPH tak komplen.



Dapur.. suka dapur ni sbb luas. Abaikan je la comot2 tu ye.. mmg x sempat sungguh nak cuci bagi kilat..huhu~

Laundry Area....

Settle serah kunci pada BPH pada 18 April 2012. Alhamdulillah, dapat bagi peluang pada orang lain yang lebih memerlukan kuarters =) Dan secara rasminya kami dah jadi warga Puchong, Selangor pula.... huhuhu~

Lepas ni, dapat balik elaun rumah + full elaun cola. Hihihi~