Plaster Siling & Wet kitchen...

Salam...
Progress umah lagi =)
Plater siling kat Living, Dining, Foyer & Wet Kitchen dah siap. Cuma tinggal nak cat dan buh lampu je. Kitorg belum pegi beli downlight. Akan diusahakan dalam minggu ni. Berkira² juga nak buat plaster siling kat bilik atas. Tapi.... ongkos macam x mengizinkan =( Saya tak suka siling asal tu ekcelli. Tapi, kalo xdpt pun, xpe lah ehh...

Foyer...

Living & Dining. Design L Box yang simple. Since siling pun x brape tinggi. Nak design moden sangat kan... simple je la..sekadar syarat =P
 
Living Hall... Dah ada grill nanti baru taruk lampu.
Wet Kitchen pulak ye... ni fav area saya taw.. ♥


Sinki dah ready =)

Masa ni tiles lantai lum pasang... Love dat feature wall. Saya saje pilih tiles bunga² bg seri sket. Baru la semangat nak masak² =)
 
Sabtu lepas gi tengok, tiles lantai dah siap.. Katanya minggu ni nak settle habis wet kitchen, dan ready untuk kabinet lak.
 
Laundry Area sebelah sinki. Muat la mesin basuh + tong sampah...

Tingkap mati satu panel..blum cari lagi sticker nak lekat nanti =)
 
Ni dinding dry kitchen. Saya ngade² nak tiles kecik² untuk match dengan kabinet kaler silver hitam. Glass tiles yang saya nak tuuu mahal... Doblas ringgit sekeping.. x mampulah! Mujur jumpe yang ala², tapi murah seploh hengget. Oklah tu kan..dapat jugak =) tengkiu yayang..sudi layan ♥
 
Dah siap dah pasang tile 'idaman'. Tinggal nak siapkan point untuk oven & new plug. Dah pasang tiles ni baru nampak cantik. Tak perasan pun kan tiles ni murah sket. dari jauh pun macam glass tiles idaman jek..huhu... Untuk kitchen ni, sinki lum cari.. Tak jmpe lagi yang berkenan. Nak yang bulat!

Tingkap third bedroom di bilik ampaian. 

Lampu Living Hall yang saya publish sblm ni, kitorg g tukar lak jadi bentuk gini. Nasib baik HOL tu boleh main tukar² asalkan lum pasang =)
 
Lampu master bedroom wajib cantik + romantik hokey...
Cite dah habis. Sambung next entri..tata.

Nippon Paint sudah mariii....

Salam..
Cat yang kami order dari kedai hardware sebelah Avenue Puchong tu dah sampai smlm. Kami pilih Nippon Q-glo aje sbb kata pekedai, lebih ekonomi compare to satin glo, tapi hasilnya lbh kurang sama. Bilik kanak² lak asalnya order odour less air care.. tapi kemudiannya pekedai tu call bgtau xde stok, so dia gantikan dengan spot less.. takpelah, dia pun setuju nak bg harga sama ngan odour less. Sbb katanya spot less lbh mahal. Tak kisah lah. Dan yang bestnya, diorang hantar terus ke rumah baru.......

Nanti, bila wiring dah settle, encik suami dah boleh memulakan tugas mengecat. 

Warna² cat ni orang Laurea yang bagi idea..based kat warna langsir yang kitorg pilih. Diorg sangat baik sbb x kisah bg idea pasal hiasan dalaman kat kitorg. Korang, g la tempah langsir kat Laurea... diorg sangat ramah! Thumbs up! ♥

House Of Lightings pulak =P

Salam...
Saje nak up traffic. Saje nak cite pasal HOL ni wpun ramai yang duk cite kat blog masing² kan. Takpelaa.. pengalaman masing² kan. Ekcelli ni je satu² kedai kami duk borong lampu kipas. Takde masa nak survey byk kedai. Survey secara blogwalking jek. Dan rata² bloggers duk cite kedai ni antara kedai termurah. Oklah tu.. bonusnya pulak..dekat je ngan umah baru kitorang tu. Sbb kat Puchong kan. Jadi, itulah sebabnya kedai ni je jadi pilihan =)


Lampu untuk living hall... simple sudah...
 
Ramai bloggers yang borong kat HOL ni duk beli kipas ni. Kitorg pun nak jugak lah! Letak kat dining hall. Lagipun, dlm banyak² kipas lampu, ni je rasa cantik sket. Yang lain² tu tak kena lak ngan taste kitorg.
 
Dah setel memilih tu, cek dulu barang dibeli. Pastu g bayar. Nak bayar siap ada no. giliran ala² kat bank gitu. Sbenarnya ada lagi benda x cukup nih. kena dtg beli lagik. Overall kitorg amik kipas KDK,panasonic & alpha. Sbb kipas ni je yang nampak match dgn konsep & taste. Lampu² sume amik mentol energy save. Yang saya suka kan... babyfan untuk dry kitchen. Sebab saya mmg sukeee sgt dgn benda kecik² nih =P
 
Sesi susun-susun dalam bonet... Pastu, ada jugak jalan² kat Top Ten. Sbb nak cari lampu² yg blum cukup. Tapi, byk yang kitorg nak x de stok. Diorg suh order dulu. Malas nak ulang alik kedai. Huhuhu... So, sesi beli lampu akan ditangguh ke satu hari cuti yang lain =)
 
Wiring kat wet kitchen sedang gigih dikerjakan.
 
Wiring living hall... tak sabar koi nak tgk plaster siling. Tapi design simple je =)

Tu jelah kisahnya...

Tengkiu Husband, Tengkiu Kontraktor! ♥

Salam...
Ingat tak saya penah stori mori kat sini pasal ada rasa tak puas hati pasal sinki yang dah dibeli kan. Sinki tu dibeli pada hari rabu..khamis tu ekcelli husband bgtau diorg dah wat bench. Kiranya tmpat untuk sinki tu dah ukur siap². Tapi saya rasa x leh duk diam bila ingat rasa x berkenan ngan sinki tu.. gundah gulana taw!

Ini la rupa sinkinya. Sbenarnya, plan asal kat wet kitchen tu mmg nak sinki satu bowl besar utk aktiviti cuci kuali + periuk aje. Kiranya kerja² masak n cuci tools masak je la. Pastu konon² dry kitchen tu nak letak sinki 2 bowl untuk cuci pinggan mangkuk n da geng la. Tapi, last² minit tukar plan. Biar sume keje basuh tak kira besar kecik bendanya wat kat wet kitchen aje. Supaya dry kitchen tu x kecah dgn pinggan mangkuk bersidai. Ok, plan dah tukar tp mind set pasal sinki x tukar. So, berlaku lah 'tibai beli' kat kedai ari tu. Inilah pengajaran berharga saya okeh.

Jumaat tu saya blum terus terang dgn husband pasal runsing saya tu..tp tghari tu saya cakap jugak yg saya rasa x suka dgn sinki tu. Mulanya mmg takuuuttt sgt encik suami naik angin okeh. Sbb bench dah buat. Konpem² ada halangan kalo nak tukar sinki kan. Tp sebab husband saya amik berat pasal hati perasaan cerewet saya, jadi ptg tu dia g amik smula sinki tadi kat umah. Tp dia ckp belum confirm bole ubah. Oh, sedihnya. Semalaman saya x hepi okeh.. runsing, runsing. Bagi saya, sblm pasang tiles mesti ada cara nak setel hal ni kan. Tp sume org ckp x bleh. Server down sungguh daku =(

Pagi² sabtu saya bangun awal sbb nak g tgk umah. jmpe anak bos kontraktor.. dia bg jwapan yang mendukacitakan hati..huhu =( Dia ckp, "kak dah x leh wat ape² sbb bench dah buat". Dia suh kol ayah dia. Husband pun mcm nak marah kat aaii sbb konpem² benda mcm ni libatkan kos kan. Last² ada satu ayat sedap dia bagi "ye la, takkan duk umah ni 20 thn, 20 thn ma nak badmood,kan?". So lovinggggg, kan? I love u lah! ♥ So asben pun kol ayah budak ni, ckp la prob kami..Ayahnya kata boleh buat, pecah je la sket area sinki tu. Tp ada kos sket la. Dalam 3-4 ratus. Takpe yang! I sanggup ganti balik duit tu asalkan bukan guna sinki tadi. Heheheh...

Saya kol balik kedai tiles tu tanya buleh tak tukar sinki. Oh, sungguh la nasib menyebelahi saya. Trus g kedai tu dan pilih sinki baru. Sampai² trus nampak sinki 3 bowl. Hah..mmg dari smlm berangan kalo bole tukar mmg nak 3 bowl trus. Kebetulan cina situ ckp sinki yg tu baru smpai smlm. Brand tora, tebal 1mm. Which is lebih tebal dr Sorento yg beli sblm ni. Jenuh fikir, timbang baik buruk, saya amik keputusan amik sinki 3 bowl. Pastu pening pilih paip yg seswai sbb mangkuk tengah tu besar jugak. Kena cari paip yang boleh tarik jauh. Saya suh je dak cina tu tanggalkan paip² berkenaan utk saya buat demo. Supaya pilihan kali ni tak salah lagik. Setel tukar sinki + kepala paip, kena tambah RM200 sbb amik sinki yg lg besar kan =)

Trus g antar kat umah, tgk diorg dah setel pecah konkrit ni. Terharuuu sgt ngan uolls. Terasa diri begitu dihargai♥ 

Diorg tebuk smula dinding sbb kena alihkan paip.. bagi center ngan sinki baru =)

Ini la rupa sinki yang aaii pilih tu♥ Sayang,kan kalo bench panjang tp guna sinki ciput. Tul tak?

Next day husband g tgk, dah siap =)

Next day lagik, diorg tgh bersiap² nak pasang tiles =)
Saya sangat lega, sangat berterima kasih esp kat my loving husband. Kalau dia malas nak layan karenah saya, mungkin saya akan terus hidup dlm dukacita. Hehehe... Thanks pada kontraktor sbb sudi memperbetulkan kesilapan saya.. yuhuuuu~

Lagu ciptaan husband saya, khas utk saya:
♪ ♫ Saya ada satu sinki
saya beli masa cuti
tapi saya sakit hati ♫ ♪ ♪

Menangis saya dengar lagu ni okeh =P