Shaklee Vivix - Botanical Beverage Mix


Revolusi Terbaru Dari Shaklee
Minuman campuran botani VivixTM merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

VivixTM mengandungi campuran unik botani polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan,

Semulajadi. Bakal dipatentkan tidak lama lagi. Bahan² utamanya telah diuji secara klinikal ekslusif untuk Shaklee.

NUTRITION FACTS
Serving Size : 1 Teaspoon (5 ml)
Serving Per Container : 30
Energy : 252 kcal Per 100g / 15 kcal Per Serving
Carbohydrate : 67 g Per 100g / 4 g Per Serving
Total Sugar : 2 g Per 100g / 0.1 g Per Serving
Protein : 0.3 g Per 100g / 0.02 g Per Serving

Botanical Blend 1390 mg
(Polygonum Cuspidatum Extract, Muscadine Grape Extract, European Elderberry Extract adn Purple Carrot Extract

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Perbezaan ALFALFA Shaklee dgn produk lain?

Assalamualaikum & Good Day.. 

1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yg kaya dengan pelbagai jenis zat.

2) Ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

3) Mempunyai akar tunjang 6meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam
tanah.

4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)

5) Mengandungi vitamin B6, U, K dan D serta mineral yg penting iaitu :-

* Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

* Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

* Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

* Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

* Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

* Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

* Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

[credit: vitaminsemulajadi]




Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Energizing Soy Protein(ESP) - Idaman Kalbu

Assalamualaikum & Good Day Semua..

Protein yang baik membantu kesihatan tubuh yang baik, kerana protein adalah bahan asas pembinaan sel tubuh manusia. Protein yang baik membantu kepada pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Sel tubuh yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.
Apa itu Energizing Soy Protein?

Energizing Soy Protein atau ringkasannya ESP adalah supplement terlaris di kalangan BF mommies, selain daripada Alfalfa. entry kali ni saya nak share dengan kawan-kawan fakta tentang ESP ni. yelah, dah kita ramai-ramai makan, harus ambil tau juga apa bendanya Kita adalah protein, asas kepada sel ialah protein.

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It's a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – 'the first' dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
TOTAL: 100%

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Credit: MIA

Grab harga istimewa ESP dari saya, Bulan ni promo alfalfa. Best choice set combo Alfalfa + ESP =)


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Masalah Keputihan?


Assalamualaikum & Good Day semua...

Masalah keputihan? Memang mimpi ngeri buat kaum wanita. Kalau baca status Dr Hamid Arshat tu aje pun dah buat kita seram kan.

Satu masa dulu saya pun dihambat kerisauan apabila ada masalah keputihan ni. Oppss..malu nak share tapi demi kebaikan lebih ramai kawan2, mari saya kongsi. Serius nye keputihan saya tidak lah sampai berbau, kuning semua tu. Cuma agak aktif dan manggangu keselesaan. Sehingga wajib menggunakan panty liner setiap hari. Masalah keputihan berlarutan hingga saya mengandung, bersalin.

Tetapi...

Alhamdulillah sejak mencuba Set 3M Shaklee, yang ada mengandungi alfalfa.. masalah ini hilang hingga kini! Ye..sekarang saya lebih bebas dan selesa tanpa keputihan!

Kawan2 ada masalah keputihan juga? Cuba lah Alfalfa Shaklee. Saya sangat berpuas hati dengan Shaklee Alfalfa Complex!


Baca di sini utk khasiat alfalfa

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Family Day OSB

Assalamualaikum & Good Day...

Cerita tahun lepas. Hehe.. Baru sempat nak story kat sini. Event yang happening. Dianjurkan oleh mak Shaklee saya - Syuhada Wahi. 

Date : 08 Disember 2013
Time : 9.00am - 1.00pm
Venue : Taman Putra Perdana, Presint 1

Agenda : Recognition, award, magic sharing, lucky draw dan of course makan2! Saya berjaya menyumbangkan 3 kotak brownies - 12" Choc Congo Bars, Butterscoth Choc Congo Bars & Fudgy Choc Brownies. Oh ye lupa... juga Party style Red Velvet. Dan of course... air tangan sendiri... saya kan tokey Aainaa's Bakehouz. Okai poyo! Jom layan pic =)

Gabungan Jutawan = OSB + JMS + EJVV. Meriahh uollsss...

Event ni special sbb dihadiri Master kesayangan kami - Kak Cery.

Hadiah2 yang tersedia...

Suasana kat sini.. meriah je. Dengan keletah anak2...

Dapat token dari Kak Cery. Yang bestnya dpt beg kecik LongChamp, Pen dan buku motivasi =)

Mama Shaklee saya - Syuhada Wahi. Thanks Dear.. Kita kawan lama.. Dan hari ni kita lakar dan kejar impian serta kejayaan kejayaan bersama. Thanks sbb guide Na hingga ke tahap ni.

Ni Leader sulung saya - Mea Salih. Semangat yang kuat dan tak pernah putus asa. Keep it up dear. Good Job! 

Anak Shaklee saya yg turut hadir - Kak Sal. Semoga Kak Sal berjaya bersama Shaklee dan team JMS. Kak Sal sentiasa berusaha belajar dan optimis dengan impiannya.

Kitorg lagi...hehehehe....

Sempat lagi coaching2 time ni...

Tak habis lagi coaching. Seronok nak tengok team membesar dan sama2 berjaya.

Anak2 mmg syok la. Taman besar. Main tak henti berjam2... 

Balik rumah... semua pengsan. Heheheh...

Thanks Sue.. untuk event yang best ni. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Semoga kita semua terus success =)

Apa itu Alfalfa?

Assalamualaikum & Good Day semua...

Ada yang tanya.. Alfalfa tu apa? Haha..ada gak yang tanya... rumput ke? Hahaha..ape2 je laaa... Kalau nak tau, alfalfa ni merupakan raja segala tumbuhan. Waahhh.. macam mana lak bole dapat gelaran mcm tu? Padahal dia ni kecikkk je. Haa.. jom tgk gambar ni.

Alfalfa merupakan tumbuhan yang mempunyai akar tunjang iaitu akar utama yang mengunjur sehingga ke dalaman 6 meter ke bawah tanah . Oleh kerana itu, ia mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah.

Sementara daunnya pula, mengumpul klorofil yang banyak hasil daripada proses fotosintesis semulajadi. Maka, bukan setakat akarnya yang bekerja..malah daunnya pun tidak kurang hebatnya. Disebabkan keistimewaan ini, Alfalfa mengandungi Vitamin A, C dan E, kalsium, potassium, fosforus dan zat besi =) Jom tengok manfaat alfalfa pula.


  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Sumber : mamafaiz.com

Alfalfa pilihan saya?

Shaklee Alfalfa Complex

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago Sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

Keistimewaan Alfafa keluaran Shaklee? Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant. The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity)

Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia. Menarik, kan?


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Alfalfa Complex Shaklee

Assalamualaikum & Good Day =)

Bulan ni promo Alfalfa Complex Shaklee. Jadi jom kita selidik semua perkara berkenaan alfalfa Shaklee ni okay! Secara amnya, Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Sbb tu kalau tengok di botol alfalfa ada signature Dr. Forest C. Shaklee. Melambangkan originality.

Bahan utama dalam Alfalfa Complex Shaklee itu sendiri merupakan Alfalfa (Medicago Sativa), Dicalcium Phosphate, Tricalcium Phosphate. Kalau tengok pada tiga bahan utama itu, dapat la kita simpulkan, Alfalfa complex Shaklee mengandungi sumber kalsium yang tinggi. Sekiranya mengambil sebiji alfalfa, kita akan memperoleh 30mg. Sekiranya mengambil 10 tablets sehari, maka kita akan memperoleh 300mg kalsium. Sekiranya tak nak mkn 10bj sehari pun bole. Nanti, bole top up dgn sumber semulajadi yg lain. Contohnya dari susu, sayuran hijau, kekacang dan lain2.


Alfalfa Shaklee di ekstrak dari alfalfa terbaik yang tumbuh di California dan kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Alfalfa juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan kerana sifatnya yang merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjang Alfalfa menjalar sedalam 6 meter ke bawah Tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan Tanah, sementara daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Sebelum saya kenal Shaklee, sayur ni la saya suka cari kat Jusco. Haha. Sbb masa tu terpengaruh juga di forum2.. makan alfalfa utk boost susu badan. Tapi bila masak, hubby lak tak suka.

Tapi sejak ada alfalfa Shaklee ni, tak perlu dah saya masak sayur alfalfa. Skrg ni telan je terus. Kalau nak compare dengan sayur masak tadi, better amik tablet. Sbb sayur alfalfa yang dimasak td dah banyak kehilangan nutriennya semasa proses pemanasan kan!

Sape nak alfalfa terbaik dari ladang Shaklee ni? Jom dapatkan dari saya dengan harga istimewa ya!

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Promosi Januari 2014 - Alfalfa Complex


Assalamualaikum & Good Day semua,
 
Promo tahun baru ni mmg best! Sbb, ni salah satu vitamin kesukaan ramai. Ramai boleh consume. Dari remaja sampai warga tua. Umum tahu yang alfalfa merupakan raja segala tumbuhan! Akar dia menjalar jauh ke dalam Tanah dan mampu menyerap nutrien dengan lbh optimum. Jadi, sbb itu alfalfa sangat istimewa!
 
Yang ni mmg favourite BF moms! Termasuklah saya. Kerana dipercayai dapat MEMBANTU melancarkan pengaliran susu ibu. Ok, saya tak kata bila makan, jadi magic susu terus banyak ye. Ianya membantu. Apa2 pun, konsep asas penyusuan tetap kena apply iaitu demand & supply. Tetapi, ibu2 menyusu yang mengamalkan pengambilan alfalfa bukan sahaja dapati ianya salah satu milk booster. Malah, alfalfa juga bertindak sebagai kacip Fatimah, energy booster, sumber kalsium, agen detox yang berkesan (sesuai nak kurus!), dan juga 'deadorant' semulajadi. Ia membantu mengatasi masalah bau badan. Isk.. nak senaraikan manfaat dia mmg banyak. Nanti kita cerita lagi.
 
Tapi ni nak bgtau, harga alfalfa bulan ni mmg sangat2 jimat. Rugi grab sebotol. Walaupun sebotol pun harga promo, tp if amik 2 3 botol atau 1 set terus.. sure tak menyesal. Haa.. tunggu apa.. ada no. fon saya kat bawah ni, cepat2 contact saya okay! Dapatkan Alfalfa Complex pada harga istimewa!!
 
Pssttt... alfalfa bukan  utk orang perempuan je tau. Lelaki pun sangat digalakkan consume! ;)
 

Bonus Shaklee 2014

Assalamualaikum... good day semua.
 
Alhamdulillah! 2013 telah lama melabuhkan tirainya. Tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis. Alhamdulillah... 2013 pergi dengan 1001 kenangan. Antara kenangan terindah yang sangat diingati ialah.. Disember lepas saya telah membeli sebiji lagi kereta. Kereta apa?

 
Honda City E grade. Tak dpt beli E+ sebab xde stok. Takpelah... mana ada aje =) Dan mcm xpercaya dah ada 2 biji kereta. Sebiji lagi cik Viva putih tu.. Hehee... City sebiji lagi tu? Tu kereta hubby. Mencabar jugak la nak membeli City ni sbb all my budget, my loan. Alhamdulillah Hubby bg 100% support. Dan Alhamdulillah proses membeli dipermudahkan Allah. Takde masalah nak apply loan, takde nak kena penjamin bagai. Ye, kalo nak ikut gaji gomen saya mmg tak lepas la. Kalo kat slip gaji tu dah tolak mcm2..pastu nak buat loan city mmg negatif la. Hihi. Tapi Alhamdulillah..lulus dengan adanya bonus statement Shaklee =). Mmg teruja dibuatnya.


Dan Alhamdulillah, bulan Disember lepas saya dah complete Car Bonus Shaklee. Mmg itu la target saya masa mula2 join Shaklee. Nak kete sebiji dgn car bonus! So lepas ni saya akan target lebih lagi =)
 
Alhamdulillah 2013 saya dah beli lappy sendiri - Asus. Pun guna bonus Shaklee. Hehehe... Nanti dah master saya beli brand Apple =P
 
Alhamdulillah lagi, cuti tanpa gaji saya dah diluluskan. Maka, bermula 2 Januari saya dah tak perlu ke ofis lagi. Yeay!
 
Saya harap lepas ni saya boleh update blog lebih kerap lagi... macam dulu2.
 
Okay bersambung di next entry... anyway, Selamat Tahun Baru 2014 =)