Summer Strawberry-Basil Smoothie

Assalamualaikum...

Mudah sahaja! Masuk semua bahan dalam blender, blend sehingga sebati dan siap untuk dinikmati =)

  • 3/4 cawan Greek Yogurt perisa vanilla rendah lemak
  • 5 - 6 daun basil
  • 1 sudu besar perahan limau
  • 1 hidangan ESP
  • Ais


Shaklee Meal Shakes Chocolate Banana Kids Smoothie

Assalamualaikum...

Ini, kalau kita ajak anak² buat smoothie ni, mesti mereka makin teruja nak minum. Apatah lagi dalam resepi ni ada menggunakan Sirap Coklat. Fuhh... kalau anak saya memang rayalah! Saya pilih sirap coklat Hersheys.

  • 1 biji pisang
  • 1/2 cawan yogurt vanilla (bebas lemak)
  • 1 cawan susu
  • 1/2 cawan walnut atau almond
  • 2 sudu sirap coklat
  • 1 skup serbuk Shaklee Meal Shakes 


Cinch Strawberry Kiwi Smoothie

Assalamualaikum...

Ada buah² lebih buat pavlova? Dan makan macam tu je sudah bosan, kan. Jom buat smoothie. Resepi ini juga boleh tukar Cinch kepada ESP.

  • 1 cawanjus epal sejuk
  • 2 skup Shaklee Cinch Vanilla mix
  • 1/2 biji pisang dipotong kecil
  • 1 biji buah kiwi dipotong kecil
  • 5 biji strawberry beku
  • 1 sudu teh madu
Blend kesemuanya. Siap =)


Phytonutrient-Rich Smoothie!

Assalamualaikum...

Jom cuba resepi ini =)

  • 1/2 cawan oat yang dimasak
  • 2 sudu besar Flaxseeds atau walnut
  • 1/2 cawan blueberi
  • 1 cawan susu skim
  • 2 skup Cinch Vanilla
Blend kesemuanya. Siap =)



Mangosteen Energizer

Assalamualaikum...

Bunyi resepinya kedengaran bertenaga. Kalau nak tau bertenaga ke tak, jom cuba!


  • 3 sudu besar Shaklee ESP
  • 1 cawan Jus manggis yg dikisar
  • 1/2 cawan betik yang dipotong kecil
  • Ais
Blend kesemuanya. Siap =)
Kalau sedang ada masalah pembuangan (sembelit) pun elok cuba ni.



Strawberry Banana Shake

Assalamualaikum...

Sedapnya apabila campurkan strawberi + pisang + vanilla cinch. Minum sejuk². Jom try dengan resepi ini :

  • Dua Skop Shaklee Vanilla Cinch Mix
  • Satu cawan susu
  • Satu biji pisang
  • Lima biji strawberi beku (strawberi boleh dibekukan untuk tahan lama)
  • Ais
Blend semuanya. Siap =)



Kesan Pengambilan ESP Ketika Hamil

Assalamualaikum...

Selalunya saya share pengalaman & kesan pengambilan ESP ketika hamil mummy² hebat di luar sana. Kali ni, saya nak share pengalaman saya sendiri pula sebagai peminum tegar ESP. 
  • Atasi rasa cepat lapar - Kerap terasa lapar ni biasa sangat pada ibu² hamil. Jadi, saya akan ambil ESP di awal pagi, di antara waktu makan ataupun sebelum tidur.
  • Rasa lebih bertenaga - Ketika mengandung yang ke 4, saya sangat sibuk dengan urusan rumahtangga, anak² dan juga tempahan kek. Pernah saya tak tidur semalaman, tak makan kerana terlalu mengejar masa untuk siapkan tempahan kek. Jadi saya alas perut dengan ESP dan ianya dapat mengekalkan tenaga saya.
  • Tiada strechmark - Mimpi ngeri, kan bila tengok perut bertanda². Bukan setakat strechmark, malah kulit gatal² di perut pun tiada. Rasa aman sangat kandungan kali ni. Protein penting untuk sel kulit yang sihat.
  • Kulit berseri - Bukan nak perasan, tapi memang macam tulah. Hehe. Takde la kulit² kering, gatal²... rasa suka je tengok kulit sendiri.
  • Berat badan memuaskan - Saya ni kategori kurus, kecik. Jangan tak percaya, berat saya di awal kehamilan hanya 39kg. Sebelum bersalin 48kg. Hehe. Dan, baby saya lahir dengan berat 3.5kg. Wowwww...! Alhamdulillah, takde masalah nak turunkan berat selepas bersalin.
Okey, ini pula penemuan saya terhadap kesan pengambilan ESP selepas bersalin. Bila tengok kesannya, makin berkali² lagi saya jatuh cinta dengan ESP. Memang superB!
  • Tenaga yang cukup untuk meneran - Alhamdulillah, tadi saya dah bagitau berat saya, dan berat baby saya. Bayangkan berapa banyak tenaga nak guna untuk keluarkan baby seketul tu. Body dia memang gebuuuu. Tembam pulak tu. Sebelum masuk Labour Room, saya minum lagi ESP. Alhamdulillah, selesai melahirkan, saya masih ada tenaga. Takde la saya lemah², pitam²... rasa lega je.
  • Kulit baby gebu sangat! - Part ni memang takde kompromi! Gebu, lembut. Sekarang dah 6 bulan dah dia. Kulit dia mantain putih. Alhamdulillah, kulit dia cantik dan tak terlalu sensitif macam kakak long dia. Masa mengandung kak longnya, saya minum soya homemade dan satu jenama lain. Memang berbeza.
Okey dua sahaja. Lain² review saya akan kongsikan dalam entry lain. Pada saya, ESP merupakan suplemen protein lengkap dan terbaik. Soya Shaklee merupakan non GMO Soy! Ianya soya berkualiti tinggi. Saya bukanlah penggemar soya. Tapi ESP ni memang kegemaran saya!

[ Promosi sepanjang September 2015 ]
Promosi ESP ---> KLIK SINI
Baca Lagi Tentang ESP ---> KLIK SINI
Cerita Kehamilan ---> KLIK SINI
Testimoni ESP ---> KLIK SINI

Kale Booster Smoothie ESP

Assalamualaikum...

Bosan dengan menu ESP yang sama berulang²? Alahaiiii... apa kata cuba resepi yang berbeza ini. Mana tau sesuai dengan citarasa, kan =)


Kisah Cinta dengan ESP

Assalamualaikum...

Puan Norhana sangat sukakan ESP kini. Niat asal nak upgrade lagi susu ibu. Tak disangka dapat bonus lain. Itulah yang menarik tentang ESP =)

Strawberry Lemonade Shake ESP

Assalamualaikum...

Sekali sekala cuba resepi baru dalam pengambilan ESP. Kalau dah biasa dengan milo + ESP + Mealshakes, atau pun Fresh Milk + ESP + Strawbery, apa kata kita cuba sesuatu yang baru. Nak lagi seronok, guna la blender Shake N Take u all. Syoknye =)

Sedap ni.. ala² smoothies.

Tahukah anda? ESP merupakan makanan protein yang serba lengkap. Semestinya ia harus dimiliki oleh sesiapa pun. 

Belajar Mengira dan Mengasing Warna

Assalamualaikum...

Idea ni saya dapat pun daripada FB. Alatan nya pun saya beli dari Daiso.

Masukkan straw mengikut bilangan yang di tulis di tepi cawan. Ajar anak² kemahiran mengira dan mengasingkan bilangan.

Si adik ni dari tadi duk kacau kakaknya. Jadi, saya bagi aktiviti mengasingkan straw mengikut warna yang sama.

Gambar aktiviti yang ni tak tak banyak. Bermain dengan fur ball ni agak menarik juga. Comel pulak tu. Fur ball ni banyak jual di kedai kraftangan felt dan jahitan. Murah dan banyak. Tapi saya beli di Daiso. Anak² sedang mengasingkan fur ball mengikut warna.

Tingkatkan keupayaan berfikir, kecergasan dan daya tumpuan anak² anda dengan suplemen dari Shaklee :

Langkah Permulaan Kepada Homeschooling

Assalamualaikum...

Saya baru sangat terjun dalam bidang homeschooling ni. Sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi asyik tertangguh dengan macam² alasan. Dan akhirnya, Ogos 2015 barulah dapat mulakan... Dua orang anak saya yang terlibat ni ialah Sarah, 5 tahun dan Amirah, 3 tahun. Sebelum ni, masa saya masih bekerja, Sarah ni dah masuk tadika pun. Sempat lah dapat pelajar cemerlang. Hehe. Then, kami rehatkan dia dari tadika. InsyaAllah, tahun depan masuk tadika 6 tahun =)

Warm up dulu. Bagi diorang main tampal².

Buat sendiri aje... print dan gunting sendiri.

Nampak diorang suka sangat dengan aktiviti ni. Fokus Sarah sangat bagus. Dia memang suka belajar. Si adik ni ada masanya dia main. Tak fokus sangat.


Siap dah =)

Walaupun banyak main, siap jugak ye =) 

Homemade Playdoh

Assalamualaikum...

Anak² u all selalu minta belikan playdoh tak? Selalu, kan. Nak beli yang jenama molek sikit, selamat untuk kanak² tu memang mahal sikit la. Pastu main kejap je dah pupus sikit demi sedikit. Hihi. Anak² saya memang suka sangat lah dengan playdoh. Tapi, tak larat lah nak membeli berkali². Hehe. Bukan kedekut tapi berjimat. Haha.

Okay, hari tu scroll newsfeed FB, ternampak sorang mummy ni share cara² dia buat homemade playdoh. Jadi, saya pun tak ketinggalan mencuba... jom saya kongsikan di sini pula ya.

Tiga cawan tepung + 1/2 cawan garam halus. Gaul bagi sebati dulu. Then, masukkan air panas sedikit demi sedikit (anggaran dua cawan air). Kalau nampak doh dah lembik, jangan tambah air dah. Uli sampai sebati, doh dah kurang panas, boleh la tambah sesudu besar minyak. Uli lagi. Boleh tambah cream of tar tar 2 sudu (optional). Saya bubuh 2 sudu kecik je. Sambung uli sampai dia cantik dan tak melekat di tangan. Sampai rasa mcm playdoh tu la...

Then, bahagikan doh, dan warnakan dengan pewarna makanan...

Dah siap warna, boleh la bagi anak² main. Anak² saya seronok kemain bila bagitau saya buat playdoh ni. Ala² kagum gitu. Haha. Padahal diorg tak tau, mamanya dah selamat tong sampah-kan satu adunan tadi. Haha... geram sebab tak jadi. Hihihi...

Sempena hari pertama launch homemade playdoh ni, mama bermurah hati pinjamkan cookies cutter mama. Hehe... silalah main anak² ooiii... main puas-puas,

Diorang bertiga boleh leka selama tiga jam. Suka betul. Selepas tiga jam, dah tak de dah kaler² yang lawa tu. Semua dah jadi kaler kelabu. Haha. Dah bercampur. No problem, selagi ianya homemade dan bahan²nya murah dan mudah dapat, mama tak de sebab nak marah. Sebab lain kali bole uli lagi. =D 

Okaylah, jimat belanja, jimat GST, dan bahan² yang digunakan confirm selamat sebab semuanya berasaskan makanan. Selamat mencuba ya mommies =)

PG Gold Museum, Penang

Assalamualaikum...

Salah satu tarikan baru di Penang. Sebenarnya kami pun tak tahu. Hehe. Tapi, ketika dalam perjalanan dari Padang Kota ke Chaw Rosta, kami terpandang muzium ni. Sangat la menarik minat kami nak masuk ke sini. Jadi, lepas ke 3D Trick Art Muzium, kami decide singgah di sini sebagai destinasi terakhir sebelum pulang...


Dealer PG kalau tak singgah sini, rugi tau. Dan, bagus juga ada muzium ni.. dapatlah kita mengenali sejarah emas serba sedikit. Nak masuk ni. ada tiketnya. Dewasa RM28.00

Muzium ni baru je di buka pada Mei 2015.

Pembelian emas juga boleh dilakukan di sini =)


Antara koleksi emas dan silver Public Gold. 


Staff Muzium akan guide kita sepanjang sesi lawatan ke dalam muzium ni. Cantik interior muzium ni. Sangat kreatif. Terasa macam duduk dalam gua =)


Ruang 3D untuk fotografi.



Ni tempat orang buat Gold Wish. 

Selepas ruang Gold Wish tu, kita boleh merasai sendiri pengalaman mendulang emas secara tradisional. Kalau rezeki masa mendulang tu dapat emas, kita boleh bawa balik sebagai cenderahati. Hari tu ada rezeki kami, dapatla sebutir. Kecikkk je. Tapi bermakna la juga =) 

Selepas kawasan mendulang ni, sudah tak dibenarkan mengambil gambar mahupun video atas dasar² keselamatan. Ada juga satu seksyen, kita akan di perlihatkan demo cara² melebur dan membentuk silver. Cubalah u all datang dan tengok emas dan silver dengan lebih dekat. Berpeluang tengok emas dan sentuh emas dalam bentuk jongkong =)

Tamat sudah sesi bersiar² kali ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa tempat tak sempat nak pergi, tak mengapa. Lain kali masih boleh datang. Selamat tinggal Penang... jam 3 petang keluar dari Penang, Alhamdulillah selamat tiba di rumah kira² 8 malam. 

Untuk membeli emas sebagai pelaburan, boleh hubungi En Helmi 012-3206073 atau lawati www.helmiismail.com

Penang 3D Trick Art Museum

Assalamualaikum...

Selepas selesai berjalan² di Padang Kota, kami singgah kejap di Pasar Chaw Rosta.Sekadar beli jeruk sahaja. Tak shopping benda lain. Hihi... kemudian, pusing² nak ke Public Gold Museum.. tapi terlajak ke 3D Trick Art. 

Jom layan gambar =)

Depan Penang 3D Trick Art Museum, Tiket masuk untuk dewasa ialah RM15. Kanak² RM10.00

Kalau masuk sini, u all kena sporting sket la nak bergambar. Jangan kaku sangat macam kitorg ni. Haha. Anak² pun tak mau nye buat aksi² join main gasing ke apa. Hihi. Maybe baru nak warm up. Baru nak cari mood =D

Tips nya, cuba lah datang pada hari tak sibuk. Supaya boleh lah staff museum ni layan snap pic korang. Kalau nak gambar² u all lawa, better minta staff nya snap. Tapi kalau korang pro amik angel lawa, tu kira bonus la... hihi.

Macam sweeeettt sangat naik sampan, kan!


Suka gambar ni. Nampak comel lah orang² dalam pic tu. Haha.

Wahai tikar terbang.. bawalah kami balik ke Puchong dengan cepat. Hihi. 


Gambar ni pun awesome. Tapi pening lah masuk bilik ni. 

Cepat² tutup!

Meh² kita berpayung. Kang tak pasal² mandi air teh =D

Aduhaiii... 

Jeng jeng jenggggg~

Banyak lagi gambar sebenarnya... tapi tepek mana yang nampak lawa ajelah... okay... sambung next entry =)