Meal Shakes Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Ada ibu2 preggy susah nak telan pil masa pregnant. Jgn susah hati, Shaklee ada sediakan Multivitamin serbuk tau! Just tambah dlm susu/ jus / aiskrim/ yogurt / etc.
  • Menyediakan 24 vitamin, mineral dan zat perlu
  • Kaya dengan protein
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dgn kalsium & magnesium 
  • Mengandungi vitamin A, C, E, Zink
  • Mengandungi Vitamin B lengkap, zat besi dan copper 
  • Kaya dgn serat larut
Dapatkan HARI INI, selewat2nya 31 Oktober 2014 sempena promo! Murah dari biasa tau. Yg menariknya lagi, boleh share dgn anak2.

BELI 3 DAPAT 4!
SHAKLEE MEAL SHAKES


Saya Resign dan Pilih Bisnes Dari Rumah ~ Makan Gaji Vs Bisnes Sendiri Part 1

Assalamualaikum...

Wah wah.. macam gempak je tajuknya ya. Hehe. Sekadar perkongsian saya sebagai ex-gomen staff. Sempena genap 10 tahun batch saya dalam perkhidmatan awam ( 21 Sep 2004 - 21 Sep 2014 ) dan juga sempena minggu gaji gomen. Anyway, tahniah saya ucapkan buat kawan-kawan batch saya yang masih bertahan dalam perkhidmatan awam. Cuma saya, awal-awal dah menarik diri untuk kembali kepada fitrah seorang isteri dan ibu.

Hmmmm... sebenarnya, selama hampir 10 tahun dalam perkhidmatan awam, jujurnya saya bagitau... saya kurang cakna bab gaji. Hmmm... bila tarikh gaji masuk, bulan berapa gaji naik, berapa bonus dan macam-macam lah. Ohh.. bukanlah saya sombong dengan gaji. Takkkk.... cuma memang dah sifat azali saya begitu. Tak de lah minat sangat sebab... gaji saya tetaplah begitu.. takde perubahan amaun kecuali ada kenaikan gaji atau bonus. Atau ada OT... hmm, takyah cakap la pasal OT..mmg saya tak OT.. kalau ada pun, saya claim cuti. Hehe. Cuma, bila gaji masuk.. saya buatlah kira-kira perbelanjaan untuk bulan tu sahaja. Alamakkk... jangan pulak ada yang kata saya tak bersyukur. Hehe. Bersyukur tu tetap kena bersyukur. Cuma... kepuasan... hmm yg ni kompleks sikitlah nak cerita.

Jangan kan gaji saya, gaji suami saya pun saya tak ambil kisah sangat. Haha. Bila gaji dia masuk, berapa gaji dia dan macam-macamlah yang biasanya para isteri suka nak tau kan. Yang saya tau, suami saya tak pernah abaikan nafkah keluarga walaupun saya ada income sendiri.. itu dah memadai.

Excited saya agak kurang ketara sebab ianya berstatus pendapatan tetap. Rajin ke, malas ke, ponteng keje ke... gaji tetap masuk. Amaun tak berkurang lak tu. Tapi, sejak saya kenal dan join Shaklee.. ia memberi saya satu impak. Impak Maksima. Haaa.. tapi still takde impak kat gaji laa... ia bagi saya satu keseronokan dalam menentukan habuan gaji kedua saya. Hehe. Faham tak? 

Shaklee memberi pendedahan baru kepada saya untuk dibayar atas apa yang saya usahakan pada bulan itu. Ayat mudahnya, kalau bulan tu saya perform, banyak buat sales, cecah target saya, coaching dll maka insyaAllah, besar lah gaji saya sesuai dengan usaha saya. Kalau saya malas-malas.... takde la gaji bulan tu. So, takde la income. So, mana best? makan gaji ke bisnes sendiri? Mestilah bisnes sendiri. Saya berpeluang create berapa amaun gaji saya bulan tu. Kan mencabar tu.... =)

Sejak tu jugak, saya mula apply pada bisnes kek saya. Saya mula letak target berapa RM sales nak capai bulan tu. Ia memudahkan saya menentukan berapa keuntungan, modal, dan juga gaji saya. Haaa.. menarik tak. Saya letak berapa gaji saya nak bulan tu. So, selagi tak capai target, saya akan bakeeeee sampai la saya puas hati dengan pencapaian bulan tu. Ianya satu kepuasan maksima saya compare dengan kerja saya makan gaji.

Oh.. takde la saya kata tak best makan gaji. Makan gaji tak mencabar. Makan gaji itu ini.... atas rezeki masing-masing la. Dan, dah ditentukan oleh NYA yang u all sangat diperlukan dalam satu-satu servis tu. Bertahan nya u all pada profesion skrg sebab, itulah sumber rezeki u all yang Allah dah tetapkan. Dan Saya tak pandang serong pada yg makan gaji. Alaaa... suami saya pun kerja makan gaji. Cuma saya je pilih jalan ni...

Hmm... kalau saya nak duk umah goyang kaki je lepas resign pun takde masalah. Tunggu je suami saya hulur duit belanja bulan2. Wahhh... best tu. Tapi, saya tak minat. Saya bosan. Dan, memilih jalan tu membuatkan saya kurang berpeluang untuk memberi. Ya... memberi la kepada sape2 yg memerlukan terutamanya famili kita, mak ayah kita. Sebenarnya, sebelum saya resign pun mmg saya dah aktif berbisnes. Sebabnya, itulah cara saya dapat memberi lebih kepada orang tua saya... =)

Dan, point penting kenapa saya pilih resign dan bisnes sendiri? Sebab... saya nak famili time. Saya nak besarkan sendiri anak-anak saya. Tak perlulah saya hantar ke taska, tak perlulah husband saya allocate duit utk taska, gajikan maid, dan macam-macam lah. Oh tidakkkk... ada yang kata jadi surirumah takde masa nak berbisnes? Isk isk iskkkkk.... salah tu. ia bermula dengan passion dan cita-cita. Rutin harian kita bukan 24hours kelek anak, kan? Bisnes dari rumah, memadai spent atleast 2 - 3 jam sehari. Tapi, kalau nak income besar lagi, kenalah berkorban lebih sikit ya. 

Oklah... sekian saja coretan buat masa ini. Nak join bisnes Shaklee di bawah empayar saya? Hanya perlukan fokus, semangat dan cita-cita yang tinggi. Modal cuma RM65. Dan menariknya, boleh jadi percuma! Saya tidak amalkan front loading. Tapi saya bimbing dari zero to hero. InsyaAllah!

Soothing Radiance Whitening Softener

 
Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Overnight Renewal Whitening Cream

Overnight Renewal Whitening Cream (48g)
  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

Spot Whitening Treatment

Spot Whitening Treatment (10ml)
  • Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
  • Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

Ultimate Protection Whitening Lotion

Ultimate Protection Whitening Lotion (50ml)

Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

Daily Defense Whitening Essence

Daily Defense Whitening Essence (30ml)
 
Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
  • Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
  • Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

Gentle Action Makeup Remover

Gentle Action Makeup Remover (150ml)
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Gentle Deep Foaming Cleanser


Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan
 

Belian Suplemen Shaklee Secara Online & Menggunakan Kad Kredit di aainaa-nadirah.com

Assalamualaikum....

Pertama sekali, saya ucapkan juta² terima kasih buat pengunjung dan pelanggan aainaa-nadirah.com. Sesungguhnya Allah telah pertemukan kita di sini. Alhamdulillah.

Berita Baik!!

Kini, sangat mudah mendapatkan suplemen Shaklee secara online di www.aainaa-nadirah.com! Hanya perlu klik klik!

aainaa-nadirah.com kini dilengkapi sistem belian online dengan menggunakan sistem eSell yang telah dibangunkan sendiri oleh pihak Shaklee. Sistem eSell ini memudahkan para pengunjung mahupun pelanggan aainaa-nadirah.com untuk membuat belian terus tanpa melalui saya. Sungguh mudah dan cepat.

Hanya perlu klik button seperti ini pada entri² berkaitan.


Anda akan direct menuju kepada sistem belian online Shaklee. Hanya perlu sahkan produk yang dingini, kuantiti, masukkan detail diri dan penghantaran serta buat bayaran menggunakan kad kredit/ kad debit. Sangat mudah. Setiap penghantaran akan dikenakan bayaran RM10 untuk Semenanjung Malaysia, manakala RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, penghantaran adalah percuma untuk pembelian melebihi RM800.

Sekarang anda boleh membeli Suplemen Shaklee anda menggunakan CREDIT CARD/ DEBIT CARD! Mudah dan sambil² tu boleh collect point Credit Card!

Sekiranya dalam satu² set yang dipilih terdapat produk yang tidak diingini, anda hanya perlu untick produk tersebut. Anda juga boleh mengubah kuantiti ikut kesesuaian dan keinginan anda.

Tips Penting!
Membeli di entri² tertentu, bermaksud anda hanya boleh membeli produk yang ada di dalam entri berkenaan. Sekiranya anda ingin membeli secara rambang, contohnya hendak membeli ESP + Herbal Blend + NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser sahaja, anda boleh membuat pembelian dengan klik Button Shaklee's Shopping Cart di bahagian sidebar kanan blog ini. Gambar seperti di bawah:

Di sini, terdapat senarai penuh produk keluaran Shaklee. Hanya perlu untick produk yang tidak diingini.

Sistem eSell sangat seronok untuk digunakan kerana ia memudahkan anda membeli. Jangan risau, saya tetap menyediakan After Sales Service kepada anda. Saya tetap akan Follow Up pelanggan² saya walaupun kita tidak bersua muka dan berurusan secara terus.

After Sales Servis sangat penting supaya saya dapat memastikan pelanggan saya mendapat panduan pengambilan vitamin yang betul dan saya dapat pantau proses penyembuhan (Healing Crisis) pelanggan saya.

Selamat membeli-belah keperluan suplemen anda di aainaa-nadirah.com. Anda gembira, saya bahagia =)

My Kids and Meal Shakes's Story. A Review...

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian dari seorang mama kepada seorang mama... Isu pemakanan dan kesihatan anak. Tapi sebelum tu, mari saya perkenalkan anak-anak saya yang seramai tiga orang ini...

 Nur Safiyyah Aqilah. Lahir 20 April 2008

Nur Sarah Atiqah, lahir 14 Januari 2010. Nur Amirah Hannani, lahir 18 April 2012.

Alhamdulillah, mereka membesar dengan sihat dan aktif dengan izin Allah. Cuma, mungkin mereka tak nampak chubby. Nampak kecik dan kurus je. Hmmm.. mungkin follow baka mama nya yang memang tak tinggi dan kurus. Hehe. Anak sulung dan anak ke dua saya, ke dua-duanya minum susu Dugro 3-6 tahun. Anak kecik saya tu, baru je beberapa bulan menerima susu Dutch Lady 123 Chocolate. Anak yang kecik tu bermasalah sikit nak diberikan susu tepung sebab dia sangattt memilih susu. Dari brand murah sampai mahal saya cuba, semua dia reject. Akhirnya, Dutch Lady saja yang dia nak minum.



Bercerita mengenai Meal Shakes dan mereka. Sebenarnya saya mula perkenalkan Meal Shakes ni pada hujung tahun 2012. Itupun, saya cuma berikan pada anak sulung dan anak ke dua. Amirah masih breastfeed masa tu. Umur pun belum setahun. Niat asal saya mencuba... supaya selera makan anak-anak saya bertambah, dan kesihatan diorang lebih baik. Biasalah, budak² hantar ke taska kan selalu demam selsema.

Mengenai selera makan.. memang agak sadis jugaklah. Disebabkan diorg ni memang agak picky eater. Asyik minum susu aje kan. Mama mana yang tak risau. Sebab nampak tak balance diet di situ. Maka dari situ lah saya ikhtiar dengan Meal Shakes. Untuk permulaan, hanya sesudu teh sahaja saya tambah ke dalam susu diorang. Start dengan dos yang rendah. Untuk permulaan tu, dekat seminggu kot diorang berak². Seingat saya sebelum tu diorang ni jenis tak lancar 'membuang' juga. Tapi, saya redha je. Dan saya teruskan je beri setiap hari.... anggap tu healing crisis. Selepas satu minggu, Alhamdulillah dah okay.. xde berak². Berak macam biasa dah.. lancar dan selesa =)

Sekarang, selera makan diorang bertambah baik. kesihatan juga baik. Sangat jarang demam batuk selsema. Seingat saya, sangattt lama diorang tak diserang demam. Alhamdulillah! Sekarang pun saya dah naikkan dos kepada satu sudu teh, tiga kali sehari.


Untuk Amirah, saya baru mulakan dalam sebulan lebih. Awal² tu saya just letak sesudu kecil je. Tapi, disebabkan saiz badan Amirah tak seperti umurnya, maka saya terus bagi 1 sudu teh, 3 kali sehari. Alhamdulillah, kalau awal² dulu.. kalau bancuh susu dia 180ml, mesti dia tak habis dalam 90ml. Tapi sekarang ni, bancuh 180ml pun tak cukup. Memang satu perkembangan yang best sebab macam saya bgtau tadi, dia sangat memilih susu dan cerewet. Bab makan pun Alhamdulillah... selera sangat². Bab poo poo pun... best sebab hari² mesti membuang. Bab aktif dan IQ dia pun semakin baik.

Saya memang tak boleh nak berikan diorang Pediasure atau lain² susu untuk galakkan tumbesaran diorang. Sebabnya, anak² saya susah nak terima susu lain dr yang diorg biasa minum. Jadi, solution-nya, Meal Shakes adalah yang terbaik. Satu sude teh ke dalam susu diorang tak mengubah rasa asal susu, malah lebih sedap berkrim =)

Alhamdulillah... kadang² apa yang kita buat untuk anak kita tu nampak remeh je. Tapi impak dia besar. Mungkin bagi sesetengah mama, Meal Shakes tu agak mahal. Tapi, bagi saya taklah. Satu tin Meal Shakes boleh bertahan hingga 3 bulan penggunaan. Malah, saya sendiri join minum. Hihii... Mahal hanya pada harga. Tapi efek kesihatan yang anak² dapat adalah priceless!


Sekian....

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com


Lain-lain perkongsian :

Waktu Solat Menurut Al-Quran Dan Sains

Assalamualaikum...

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.
Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.

WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.

WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaanya.

WAKTU ASAR
Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

MENJELANG MAGHRIB
Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

KETIKA WAKTU ISYA’
Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya ‘menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya ‘akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. 

Wallahu ‘alam Bishowwab. 
(Aneka Sains)
Detik Islam

Glukosa Tidak Seimbang? Kawal Dengan Sugar Control Set

Assalamualaikum...


Pemyakit Kencing Manis semakin menular dikalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatnya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis membawa kepada :
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf
Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan :
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah*
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan*
  • Membantu penyembuhan luka*

Kandungan Set :

Energizing Soy Protein
Merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur . Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhada[ paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi manakala karbohidrat dengan Indeks Glisemik yang rendah memecah gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Mengekalkan paras gula rendah dalam darah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangk masa panjang.

Vita-lea Iron Formula
Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sepertimana yang disarankan oleh RDA.Tablet Vita-Lea juga disaluti Spirulina. Dihasilkan melalui kaedah terkini dan teknologi eksplosif dan kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". 

Manfaat utama bagi pengidap kencing manis ialah, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus. Selain itu ia juga sebagai pelengkap nutrisi dan meengkatkan stimulasi metabolisma.

GLA Complex
GLA Shaklee diekstrak dario Borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Ia juga 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Manfaat bagi pesakit kencing manis ialah, ianya herba tradisi yang merawat ulser, mengeluarkan virus,melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina. Ia juga menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.

Alfalfa Complex
Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buhan mahupun sayuran. Ia diperkaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat. 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fotokimia. 

Manfaat kepada pengidap kencing manis ialah, mencuci hati, darah dan usus. Ianya adalah makanan sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah, mencantikkan kulit dan menguatkan otot. Ia juga menyingkirkan lemak dan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Selain itu, ia juga melegakan keletihan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

Sustained Released Vita-C 500mg
Setiap tablet Vita-C Shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

Manfaat buat penderita kencing manis ialah, memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Ia juga membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun.

Zinc Complex
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh. 

Manfaat buat insan yang diuji oleh penyakit kencing manis ialah, ia membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes. Ia juga mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergik dan bintik di kulit.

Sekian...

Kencing Manis @ Diabetes Mellitus

Assalamualaikum...

Hari ni bercerita sedikit berkenaan penyakit kencing manis atau nama perubatannya - Diabetes Mellitus. Oh ye, hari ini saya berminat nak share tentang kencing manis Jenis 2. Di mana, 90% penderita penyakit ini adalah dari Jenis 2. 


Kencing manis jenis 2 terjadi apabila sel-sel tidak bertindak balas dengan baik, badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Maka, apabila ini terjadi, gula dalam darah akan melebihi paras normal.


Apakah Itu INSULIN?
Ia merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kalenjar pankreas yang juga dikenali sebagai Langerhans Islets (kepulauan kecil).Tugas Insulin tadi ialah mencernakan glukosa dalam darah dan membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Apabila hormon insulin tidak mencukupi ataupun tidak berkesan, ia akan menyebabkan gula tidak dapat masuk ke dalam sel-sel dan seterusnya akan mengakibatkan paras gula darah tinggi.Kencing manis ataupun Diabetes dikatakan penyakit kronik yang tiada ubat dan akan kekal seumur hidup. Walaubagaimanapun, ianya penyakit yang boleh dikawal.


Ambil Berat!
Kencing manis yang tidak terkawal boleh mempercepatkan penyempitan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Antara Masalah Pengidap Kencing Manis :
  • Serangan Jantung
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kebutaan/ Ketarak
  • Angin ahmar/ Strok
  • Koma
  • Sakit saraf/ Mati pucuk
  • Lemah tenaga batin (lelaki)
  • Gangren/ anggota tubuh badan mati atau membusuk
Kenali Simptom Kencing Manis :

  • Paras gula darah tinggi - Selepas makan, tahap gula darah akan meningkat secara semulajadi. Namun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan adalah tidak normal.
  • Dahaga dan kerap kencing terutamanya di malam hari - Walaupun telah meminum banyak air sebelum tidur, rasa haus tidak hilang malah kerap ke tandas. Ini kerana, apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut dan mengakibatkan badan kekurangan air. 
  • Letih, lesu dan cepat marah - Badan bekerja lebih kuat untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan menyebabkan keletihan. Kerap bangun malam untuk ke tandas juga menyumbang kepada keletihan dan seterusnya menyumbang kepada sikap cepat marah.
  • Berat badan susut secara tiba-tiba - Apabila hormon insulin tidak membekalkan glukosa ke dalam sel-sel tubuh yang boleh digunakan sebagai tenaga, badan akan menganggap ia kelaparan dan menguraikan lemak-lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. Ini akan menyebabkan badan susut 2-3kg dalam tempoh 2-3 bulan.
  • Sentiasa rasa kelaparan -Apabila tidak mempunyai insulin ataupun insulin tidak bertindak seperti biasa, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa dan menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh atau menurun tiba-tiba. Apabila ini terjadi, badan menganggap anda lapar dan perlu lebih glukosa untuk berfungsi.
  • Luka lambat sembuh - Tanda paling umum dan klasik kerana saluran darah telah dirosakkan oleh glukosa berlebihan yang bergerak di dalam arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan sukar sampai ke anggota badan.
  • Terdedah kepada jangkitan kulat (gatal-gatal) - Diabetes melemahkan imunisasi. Bermakna, anda mudah diserang pelbagai jangkitan. Jangkitan yang biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain. Golongan wanita perlu lebih berhati-hati terhadap jangkitan yis pada faraj.
  • Penglihatan kabur - Glukosa yang tinggi dalam darah mengubah bentuk kanta mata dan menyebabkan penglihatan kabur. Namun, akan kembali kepada asal apabila paras gula dalam darah kembali atau hampir normal. Akan tetapi, jika dibiar dalam tempoh yang panjang ia akan menyebabkan kerosakan kekal atau buta.
  • Tidak selesa pada kaki & tangan - Rasa semut-semut , kebas dan kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki menandakan saraf dirosakkan oleh kencing manis. Jika dibiar paras gula tinggi pada waktu yang lama, akan menyebabkan kerosakan saraf yang kekal.
  • Kulit merengsa - Boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher dan bahagian ketiak menjadi gelap. Ketika tahap ini, pesakit mungkin telah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah tidak tinggi.
Bagaimana Mengawal Kencing Manis?
  • Pemakanan - Makanlah pelbagai jenis makanan mengikut umur dan aktiviti. Lebihkan memakan buah dan sayur-sayuran. Kurangkan mekanan berkarbohidrat dan bergula supaya kalori dalam sehari dapat dikawa.
  • Bersenam - Lakukanlah senaman bagi mengurangkan berat badan dan menyihatkan jantung dan paru-paru.
  • Penjagaan berat badan - Pesakit dengan berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri - Terutama pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. 

Sekian.....

Ruam Baby Hilang Sepenuhnya dalam 4 hari!

Assalamualaikum....

Ini testimoni fresh hari ni. Excited nak share kat sini. Happy bila jiran saya inform yang ruam anaknya dah hilang sepenuhnya sejak menggunakan Shaklee Herbal Blend. Sebelum tu dia ada bagitau, anaknya dah kena ruam dalam dua ke tiga hari. So, saje la nak cuba Herbal Blend.

Dari Whatsapp jiran saya ni pun saya dah dapat bayangkan betapa happy nya dia. Yelah... anak dia masih lagi dalam pantang. Belum cukup 44 hari pun lagi. Jiran saya ni pun, berpantang dengan Set Pantang Shaklee tau! So, lepas ni, if u all nak grab set berpantang, jangan lupa grab Herbal Blend sekali. Actually, kalau nak grab sejak preggy pun takde masalah. Biasanya, time preggy kan kulit perut kita gatal2... so, sapu je Herbal Blend ni. Nyamannnn je rasa. Oh ye... tak mahal pun satu tiub ni. RM27.50 je =)

Orait.. Thanks Kak Ros, sudi share testimoni dan izinkan kan saya share pulak di sini. Benda baik kena sebarkan, betul tak. Semoga akak dan baby serta keluarga sentiasa sihat hendaknya =)

Sekian...


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Baca di sini juga :

Nasib Seorang Bakers. Haha~

Assalamualaikum..

Heiii.. ape la sedih sangat tajuknya. Hehe. Takde sedihnye. Saje buat gempak. Hehe. My friends dan beberapa readers blog ni mungkin sedia maklum, yang saya merupakan Bakers di Aainaa's Bakehouz. Alhamdulillah, saya suka sgt baking dan deco cake. Banyakkk kek saya buat. Hihihi. Berusaha memenuhi kek impian orang lain. Ngeeee~ Tapi buat masa ni saya sedang bercuti dari dunia baking. Saya tumpu sepenuhnya pada bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, smlm genaplah usia saya 30 tahun. Tahun ni special sbb bertukar siri. Haha.. kat sini la tajuknya "Nasib seorang Bakers" Hehe. Kebiasaannya, bakers sibuk buat kek orang lain kan.. tapi kek sendiri tak buat walaupun saya ni kategori 'cake maniac'. Itu normal.

Secara peribadi, saya sukakan hari lahir. Itu salah satu sebab saya suka buat kek. Dan saya suka nak sambut hari lahir lebih-lebih lagi kalau bday org tersayang. Sebab tu jugak saya sanggup susah2 bake kek utk org tersayang. Itu cara saya menghargai kewujudan orang yg saya sayang di dunia ni =) Dan, biasanya seorang ibu takkan pernah lupakan tarikh lahir anak2. Sbb, pada tarikh itulah si ibu bertarung nyawa melahirkan permata hati ke dunia. Dan, seharusnya, seorang ibu patut diraikan pada hari lahir anaknya. Dan, pada hari lahir juga sebenarnya kita patut menginsafi umur yang kita miliki. Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dgn kematian =)

Ucapan dari kedua ibubapa saya. Kebiasaannya, saya akan hadiahkan sesuatu kat mak bila tiba hari lahir saya. Mak pun, kdg2 bagi juga something wpun kecil dan biasa2. Eh, hati mana tak happy kan? Nak pulak pemberinya Ibu kita yang dah susah2 lahirkan kita =)

Pada hari kejadian, ramai juga kawan2 yang wish thru pm, wall, whatsapp, telegram & sms. Haiiii.. seronok. Rasa terbuai2. Ape yang seronok sangat? Yelah... tiap kali diorg wish, disertakan doa. Kan seronok pada hari tu ramai yg doakan kita murah rezeki, panjang umur, kan? Mudah-mudahan, makbul doa kawan2.. pulak tu ada lebih 40 orang yg mendoakan =)

Hadiah dari Shaklee. Haha.. takdelah. Ni yang saya order sehari sebelumnya. Hmm.. biasanya saya x harap pun hadiah birthday. Tapi, kalau ada pun apa salahnya kan. Hehe. Cuma, saya ni memang sukaaaaaa diraikan. Haha. Eh, tak semestinya kena birthday party ke apa. Kdg2 tu, cukup la sekadar saya rasa hari tu special sikit dari hari-hari lain... contohnya hari tu saya berehat sepenuhnya dari kerja2 hakiki ke... haha. *pemalas* takpun sepotong kek ke... haha... nak jugak kek!

Hmmm... beli je la kek. Thanks Ami sebab hantar sampai ke rumah mlm td. Mengidam kek dah berminggu.. malam td baru dapat. Pagi tadi baru makan. Kan... ni la nasib seorang bakers =D Time bday sendiri, mengharap kek dari org lain. Huihuihuiiiiii~

Kek Roll Kinder Bueno dari Ami. Saje nak merasa. Pulak tu kan saya mmg sukaaaa sangat Kinder Bueno =) Kalau nak merasa kek keju leleh, kek roll ni, boleh la jenguk FB Amie Happy Day. Ami ni tinggal di kawasan Putra Perdana, Puchong. Ada buat delivery ke luar kawasan tp maybe ada cas sikit. Kena tanya Ami ye.

Oklah.. takat ni je cerita entry ni. Sekali sekala cerita lain sikit dari Shaklee kan. Yang special kali ni? Hmmmm... haha. Biarlah rahsia! Apapun, bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dan rezeki yang melimpah. Semoga berjumpa lagi 4 September tahun depan... InsyaAllah jika umur masih panjang =)

Hasil Ketara Penggunaan SCP Dalam Dua Minggu

Assalamualaikum...

Semalam saya share testimoni ni di wall FB saya. Teruja sangat dengan hasil penggunaan Shaklee Collagen Powder yang sedang offer bulan ni, maka saya share di blog kesayangan saya ni pula. Saya nak kongsikan dengan lebih ramai org luar di sana kesan dan kebaikan SCP yang hebat ini.

" Nad, bezanya tona kulit awak. Mmg nampak sangat mulus gebunya! Saya penggemar SCP jugak. Tp sbb skrg masih awal preggy so tak dpt la nak minum SCP buat masa ni. Hanya mampu berkongsi keistimewaan SCP pada kawan2.

Ada yg kata SCP mahal. Mahal tp setanding nilainya. SCP ni tahan lasak, diekstrak dr bahan2 semulajadi dan bermutu tinggi. Sbb tu boleh nampak kesan awal. Tp saya x mau overclaim. Shaklee tekankan penggunaan selama 8 minggu utk hasil yg betul2 terbaik. Tp rata2 pengamal SCP dpt kesan yg awal. Best kan!

Best product speaks for itself!
 

Aainaa Nadirah | 012-3453316 
 ‪#‎sayajualshaklee‬ ‪#‎shakleepuchong‬ ‪#‎sayasebarkebaikanshaklee‬

Buy 6 free 1 --> penggunaan 14 minggu.
Free membership --> worth RM65
Cash back bonus --> RM110++
The best bonus --> kulit cantik, sakit sendi berkurang, penglihatan bertambah baik dan byk lg!
— feeling love SCP sooooo muchhh!!! Rugi tak grab promo ni with Helmi Ismail. "

Saya quote status saya semalam. Hasil yang mengujakan, mesti rasa teruja nak share dengan orang lain =)

Inilah wajah Master Nadiah Suhaidi setelah 2 minggu penggunaan SCP. Kalau diikutkan, Shaklee tekankan penggunaan selama 8 minggu untuk hasil yang terbaik. Tapi, yang menariknya SCP ni, sesetengah pengguna boleh dapat hasil yang mengujakan seawal 5 hari! Tapi bergantung juga lah pada badan masing-masing. Kalau banyak toksin, better detox dulu dengan Alfalfa atau Herbalax.

Ada banyak lagi testimoni SCP ni yang saya nak kongsikan. Sebab, SCP Shaklee adalah Collagen yang exclusive dan terbaik! Dah ramai yang menikmati kebaikan SCP ni. Oh ye, suka saya nak beritahu, rata-rata testimoni skincare atau kecantikan kulit Shaklee adalah pic original tanpa edit. Takde nak sharpen, licin sana sini, edit buang kesan jerawat,... takde. Sebab kesan dia mmg marbeless dan camera juga setuju!

Jangan tunggu lama-lama untuk grab SCP Shaklee. Jadilah salah seorang #shakleeeffect !


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

8 Senaman Minda Untuk Berjaya & Jenamakan diri dan perniagaan anda

Assalamulaikum...

Terima kasih Jutawan Muda, Irfan Khairi, sudi berkongsi artikel bertajuk "8 Senaman Minda Untuk Berjaya & Jenamakan diri dan perniagaan anda" ke inbox email saya. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Jom baca!

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.
1. Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!
4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.
5. Orientasi keputusan
Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?
Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.
Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!
6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.
7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.
Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik 'nasib' yang akan dating  kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu 'melengahkan masa' sebagai satu tabiat.
Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.
Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar "Tunggu dulu... nanti-nanti kita buat" sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.

Double Promotion Bulan Ini!

Assalamualaikum...

Berita gembira buat readers dan followers Aainaa-Nadirah.com! Bulan ni Shaklee umumkan buat pertama kalinya, dua promosi secara serentak.

Buy 6 Free 1 Shaklee Collagen Powder

Buy 3 Free 1 Meal Shakes


Ramai mengidam kulit halus mulus gebu kan, so ape lagi. Bulan ni beli 6 kotak dapat 7 kotak Collagen. Siap dapat free membership dan cash back next month tau! Dah la dapat harga jimat, free membership lagi pastu dapat lak cash back. Sape nak bagi kan?

Buat ibu-ibu hebat yang begitu peduli dengan kesihatan anak, masa ni lah nak grab Meal Shakes pada harga istimewa. Beli 3, dapat 4. Best,kan. Boleh buat stok setahun. Boleh bantu ibu-ibu kurangkan belanja perubatan. Anak sihat, ibu senang hati kan.

Jangan lepaskan promo bulan ni tau. Hanya sepanjang September 2014 =)