Delivery Of Vacant Possession

Salam....
Alhamdulillah.... itulah tajuk surat dari Pemaju Semai Ria Sdn. Bhd. bertarikh 5 Ogos 2011. Surat ni sampai kat box umah saya sabtu lepas... setelah saya pun dah malas fikir bila nak dapat surat dari arkitek @ pemaju..xkisah la pasal CF ke, pasal kunci ke... sebab last surat dari diorang pun April. Surat yang tiap2 bulan kami terima cuma dari bank... suh bayar interest.

Happy... sebab pemaju panggil collect kunci. Dalam surat tu pun ada dilampirkan pengesahan dari arkitek yang rumah dah dapat CF. Semalam saya call pemaju untuk confirmkan isi surat tu... So, sekarang ni kami kena tunggu bank settlekan bayaran kepada pemaju dan laywer. Bila dua payment ni dah clear, kami kena datang ofis pemaju untuk bayar deposit api & air.. then trus amik kunci. Saya tanya jugak... x buat majlis serah kunci ke? Hmm... diorg cakap xde.. kena collect kat ofis.. Okey..mungkin nak jimat kos la tu. 

So, Due date bank kena jelaskan bayaran kepada pemaju & lawyer adalah 14 September. Kalau cepat bank settlekan bayaran ni, lagi cepat kitorg leh amik kunci. Pas amik kunci trus gegas ke Majlis Perbandaran Sepang untuk proses kelulusan ubahsuai rumah =)

Sekarang tgh list kan nama2 kontraktor untuk ajak g site visit... Alhamdulillah... rezeki Ramadhan 2011. Kalau Ramadhan 2009 kami sign S&P... Agreement rumah tu Oktober 2009. Alhamdulillah.. rumah kami siap awal, dan serah kunci pun awal =)


nota kaki : kawan2 blogger yang beli umah kat sini, ape citer korang? Bila nak amik kunci? =D