Shaklee Herbal Blend Dah Restock!

Assalamualaikum...

Produk laku keras dari Shaklee dah restock! All time favourite dan sentiasa dicari-cari. Baru pagi tadi Shaklee announce dah restock lebih kurang jam 10pagi. Dan, seperti sebelum-sebelum ni jugak... dalam jam 12 tengahari kat online dah sold out. Dengar-dengar kat branch pun banyak dah sold out =)

Ape la yang hebat sangat Herbal Blend ni sampai jadi kegilaan ramai? Jom tengok poster ni :



Testimoni :



Sebenarnya memang best krim ni. Serbaguna. Untuk Ibu hamil pun bagus juga. Buat sapu pada kulit perut yang gatal-gatal akibat regangan.

Nak dapatkan satu tiub Shaklee Herbal Blend? Jangan lambat ye. Takut habis stok pulak. Cepat-cepat contact saya ya =) Harga satu tiub krim serbaguna ini hanyalah RM27.50. Sangat berbaloi memilikinya =)


Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com

Shaklee Malaysia Relocated ~ Shaklee @ Sunway Pinnacle

Assalamualaikum...

Buat SID dan customers yang disayangi. Bermula 25 Ogos 2014, Shaklee HQ telah berpindah ke Sunway Pinnacle. Tidak lagi di Empire Subang =) Seronok la kan. Lepas shopping kat Shaklee, boleh sambung shopping kat Sunway Pyramid =) Sebab kat Sunway lebih banyak pilihan compare dengan Empire. Yang bestnya, HQ yang baru ni lebih besar, cantik dan tentulah mesra family!

So, jangan lupa berkunjung ke Shaklee HQ yang baru tau.


Gambar-gambar ni saya kidnap dari FB Mr Ethan Wang. Hehe. Sorry mohon halal =)


Yang ni paling best. Duk shopping berjam-jam kat Shaklee pun tak risau. Letak je anak-anak main kat sini =)

Shaklee is pleased to announce that, to better serve its valued customers and distributors, the Malaysia headquarters will be moving to a larger office at the Sunway Pinnacle in Subang Jaya on the 25th of August.

Sekian...

Klorofil & Alfalfa

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita berkenaan klorofil. Apa yang istimewanya klorofil dan apa contoh-contoh tumbuhan dalam keluarga klorofil. Nama klorofil ni berasal dari bahasa Greek lama iaitu chloros (hijau) dan phyllon (daun). Klorofil ini merupakan zat yang membawa warna hijau kepada tumbuh-tumbuhan. Ia juga merupakan zat makanan yang sudah beribu tahun akrab dengan sel-sel tubuh manusia.

Tahukah anda?
Klorofil boleh didapati daripada sayuran hijau seperti barli, spirulina, alfalfa, brokoli, wheat grass dan banyak lagi.

Klorofil berperanan melakukan proses fotosintesis, di mana ia mensistesis oksigen dan karbohidrat daripada karbon dioksida yang diserap menggunakan tenaga sinar matahari kepada tumbuh-tumbuhan. Fotosintesis ini juga penting kepada manusia kerana sebahagian besar gizi berasal daripada tumbuh-tumbuhan.

Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan tinggi klorofil dapat membantu mendapatkan kualiti kesihatan yang baik. Klorofil juga banyak digunakan dalam mengubati beberapa penyakit :
  • Jantung
  • Kanser
  • AIDS
  • Asma
  • Diabetes
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Kusta
  • Artritis
  • Jerawat
  • Radang tenggorok
  • Radang pankreas
  • Radang gusi
  • Iritasi usus
  • Kemurungan
Klorofil juga dipercayai dapat mencegah implikasi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mengatasi anemia.

Dalam produk Shaklee, suplemen yang mengandungi tinggi klorofil ialah Shaklee Alfalfa Complex. Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

Keistimewaan Alfafa keluaran Shaklee? Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai zat termasuk kalsium fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant. The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity)

Keistimewaan Shaklee Alfalfa Complex :

1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yg kaya dengan pelbagai jenis zat.

2) Ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

3) Mempunyai akar tunjang 6meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam
tanah.

4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)

5) Mengandungi vitamin B6, U, K dan D serta mineral yg penting iaitu :-

* Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

* Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

* Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

* Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

* Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

* Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

* Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia
Firman Allah SWT :
Maksudnya : Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau.
(Surah Al-An'am 6:99)

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com


Batu Feringgi Backpaker

Assalamualaikum...

Ini destinasi hari ke 4 dan 5 - Batu Feringgi. Tak sangka pulak hubby tempah chalet. Silap saya jugak tak tanya betul-betul hari tu. Anyway, memang best la tempatnya. Chalet ni hubby jumpa thru blog.

Ini FB dia..


Chalet ni ada dua unit je. Owner dia melayu. Kami panggil Kak Ros. Satu malam RM150. Tapi saya tak pasti if rate lain time cuti sekolah or etc.
View dari dalam. Memang senang kalau nak mandi pantai. Dekat je...

Bilik dia pun not bad. Ada aircond. Cuma, kalau menginap di chalet tepi pantai ni, kena bersedia emosi bab lantai berpasir. Biasalah kan. So, nasihat saya.. bawak la selipar bilik. Dalam hati saya, "menyesal tak minta banyak2 selipar bilik dari Anuar Cititel. Hehe". Ye laa... sebab saya tak tau nak duk tepi pantai =P
Ada iron! Penting tu. Saya ingatkan takde iron. Susah payah saya iron baju siap-siap kat Cititel. Hehe.
Kat beranda. Makan kat situ syokkk sangat. Sambil dipupuk bayu laut. Kalau menginap di chalet, jangan lupa bawak makanan banyak2. Terutamanya untuk breakfast or supper. Bawak yang simple je. Contohnya kek lapis atau gulung, roti dan jem, jus oren, kopi 3 in 1, dan lain-lain.. ikut kegemaran masing-masing. Yelah, bukan senang nak dapat feel makan tepi pantai kan. Nak pulak kita yang duk kat bandar ni. Selain tu, dapat jimatkan kos makan di kedai. Terutamanya yang ada anak kecik. Hehe.
 
Jangan risau pasal toilet. Toilet dia selesa. Water heater pun ada.

Lepas lunch kat beranda, kami rehat-rehat dulu. Dah petang, dalam kul 5.30 tu.. kami turun la ke laut. Meraikan anak-anak yang dari tadi excited. Kesian.. duk kat Cititel tu tak jumpa kolam budak. Isk iskkkk..
Kalau datang pantai, jangan lupa bawak acuan sand castle tu. Sian diorang.. takde pulak alat nya. So terpaksa la guna tangan, bentuk-bentuk je sendiri. Idea buat longkang tu pun, sebab nak bagi diorang rasa seronok tengok air masuk dalam kolam buatan diorang. Haha.
Haa... gigih kan, buat longkang. Tiap kali air masuk, menjerit-jerit suka. Hehe.

Dah nak senja... moh la balik ke bilik.
View waktu senja... Nak tengok matahari terbenam katanya...

Malam tu, keluar jugak la berjalan-jalan kat pasar malam Batu Feringgi. Saje nak pantau suasana. Hehe. Nak shopping tu, takde la sangat. Kalau 7 tahun lepas, excited ke sini sebab memborong CD ataupun DVD. Skrg ni takde dah nak beli nya. Nak beli beg ke apa-apa tu, memang saya tak minat sangat. Last, anak yang sempat rembat patung Frozen dan Ultraman. Hmmm.... layannn...
Balik dari pasar malam, hujan lebat pulak. Hubby dah start rasa tak sihat. Dah mula ada simptom demam dan selsema. Cepat-cepat bagi sepeket Nutriferon dan sebiji Vitamin C yang di patah dua. Nutriferon ni memang sentiasa ada dalam handbag. Kalau anak demam pun boleh bagi utk cegah dari melarat. Nak pulak time kita bercuti ni kan.

 Alhamdulillah esoknya, dengan izin Allah.. hubby tak jadi demam. Risau jugak kalau demam sebab dah nak balik Puchong, kan. Lepas check out terus menuju ke Jeti. Naik feri pulak kali ni.... Dan terus menuju ke rumah... =)

Okay habis dah cerita di Penang. Semoga ada sedikit perkongsian yang bermanfaat =)


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Day 3 - Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Skip terus cerita hari ke tiga. Sebab hari ke dua takde pegi mana-mana. Duk melanguk dalam bilik je ngan budak-budak. Lunch hari ke dua tu pun order room service je. Malam nya, hubby tapaw je. Senang =) 

Hari ke tiga la baru ada aktiviti sebab hubby balik audit awal. So, dalam jam 4pm tu kami ke Bukit Bendera.

Last time saya naik Bukit Bendera ni tahun 2007. Masa tu tgh pregnantkan si budak baju pink tu. Hehe. Sekarang dah besar pun dia. Siap bawak adik-adik dia naik sekali. Masa tu, saje jalan ke Penang sempena hubby nak bertukar balik ke KL... 

Last time datang, masih naik keretapi yang slow tu. Gok gek gok gek naik bukit. Kali ni, train dia lajunyaaa... Tak sempat nak feeling2 suasana keliling. Tapi saya lak rasa sebu semacam. Mujur takde sampai nak termuntah. Bab naik train ni, bebudak la paling excited. Sebab tu saje naik sini lagi. Saya tak ingat harga tiket untuk sekepala. Cuma yang pasti, kami berlima.. 2 dewasa 3 kanak (2 - 6 tahun) total RM18 untuk pergi balik.

Tarikan pertama diorang bila sampai kat atas.
Yang ni pun. Cuma tak sesuai la dengan umur mereka. Nak main pun mahal. Hehe...
Penat panjat tangga.. tapi rasa best tengok view dari atas.





Antara view yang saya suka sangat.
Banyak ambil gambar pemandangan je. Sangat takde feel nak bergambar berlima. Maklumlaa... macam-macam ragam kan.

Tak banyak berubah rasanya sejak last datang sini. Tapi untuk rasa lengkap datang Penang, kena la naik Penang Hill, kan. 
Ini gambar hari ke lima. Dah check out hotel. Konon nak singgah Chowrosta. Tapi takde parking, putus angin terus. Hehe. So, berhenti tepi jalan sebab nak beli jeruk je la. Beli pun tak banyak sebab konon-konon nanti nak beli lagi. Ye lahhh...

Plan asal nak pusing dalam Georgetown je. Tapi, tetiba decide nak jumpa best friend zaman Uniten dulu. Disebabkan petang tu dia nak balik Ipoh, so gegas jugaklah ke Balik Pulau semata-mata nak melepas rindu sahabat lama =)
Sahabat baik dan juga regular customer Shaklee saya. Sahabat ni la yang selalu follow up saya dah solat belum. Selalu ingatkan saya untuk pakai pakaian tutup betul-betul. Minat kami hampir sama. Masa tu suka sangat pakai tshirt + jeans + kasut snickers. Hehe. Remaja la katanya =)

Dua jam kami makan dan berbual kat KFC Balik Pulau sambil tunggu hubby selesai solat Jumaat. Rasa tak puas bercerita. Hehe. Lepas tu, kami menuju ke Batu Feringgi. Till we meet again ya, Dann =)

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Sambung next entry =)

Cititel Penang Part 1

Assalamualaikum....

Cuti-cuti Malaysia Part 1 bulan ni. Hehe. Macam biasa la, ikut hubby outstesen. Kali ni ke GeorgeTown, Penang selama 4 hari 3 malam. Hari ke 4 & 5, destinasi lain. Will update soon =) 

Kami bertolak dari Puchong agak lewat. Lebih kurang 10.30am. Sampai di Hotel dalam pukul 3.00pm. Banyak berhenti. Ada sekali tu berhenti di RnR mana ye..tak ingat. Sebab makan nasi goreng yang bawa bekal dari rumah. Ada sekali berhenti di stesen minyak, sekali di RnR Sg. Perak utk beli buah2.

Check in, terus masuk bilik. View laut. Seberang sana tu tanah besar.

Bilik katil besar habis katanya.. dapatlah twin sharing begini. Anyway not bad biliknya. Yang specialnya bilik ni ada kipas syiling. Biasa kan ada econ je. Selain hotel ni, hotel yg kami pernah pegi ada kipas ni... Tok Aman Bali. Atleast ada pilihan nak econ or kipas. Saya mmg pilih kipas la sbb econ hotel kdg2 sejuk melampau.
 
Its ok.. bukan isu besar. Tengok meja tengah tu boleh alih, so kami alihkan dan gabung katil. Ini gambar the next day. Tu yang messy je kan. Toto, mmg kitorg selalu bawak. Samaada guna dlm kereta atau incase tak muat katil =)

Oh ye.. Lepas check in tu, kitorg g makan kat Nasi Kandar Line Clear. Katanya tempat tu popular. Tak jauh pun dari Cititel tu. Jalan kaki je. Cuma, saya blur jugak la. Haha. Taktau apa yang bestnya. Biasala tekak orang mengandung ni pelik-pelik. Takde la rasa excited sangat. Tapi kedai ni memang ramai pelanggan. Dan rata-ratanya memang kata sedap. Ok, jangan terpengaruh dengan cakap saya sebab, saya ni makan apa pun xde feel buat masa ni. Hehe. Yang penting, bila u all pegi Penang, ni antara kedai makan wajib pergi tau.

Gambar awal pagi hari ke dua di sini.

Bilik bersepah. Anak-anak lasak dan macam2 peelnya. Panggil housekeeping pun just utk kutip sampah dan vacum je. Internet kat sini ok, not bad. Boleh la saya ber FB dan blogging sementara hubby g audit.

Lunch hari ke dua tu just order room servis je la. Nak keluar dengan tiga org bidadari ni, tak mungkin la. Hehe. Jadinya, just order Nasi goreng cina utk kongsi 4 beranak. Harganya RM32.50 sampai terus di depan pintu bilik. Walau bagaimanapun, nasi ni sangat sedap. Berbaloi bayar mahal pun. Saya makan pun x cukup. Rasa nak lagi. Hehe. Ni la first time saya order makanan room servis ni. Hehe.

Review tentang hotel ni kan.. best la. Antaranya, bilik best. room service best esp kalau u all duk tingkat 6, ada mamat housekeeper tu namanya Anuar. Mesra dan senang nak minta apa2. Dia pun selalu pesan kalau nak air mineral ke, sabun ke, apa2 la.. panggil je dia. Hehe. Selain tu, kedai makan banyak area hotel ni. Boleh gi jalan kaki je. Antara restoran famous yang dekat... Sup Hameed. Kena try jugak tu.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Okay, itu ajelah cerita utk hari nanti. Nanti kita sambung Part 2 pulak =)

Set Berpantang Shaklee & Tips Bidan

Assalamualaikum...

Selalu taip je cerita-cerita vitamin Shaklee. Hari ni kita layan video pulak ye. Jom dengar dan tonton 1001 penerangan set berpantang Shaklee =)



Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com

Penghantaran Suplemen Anda Adalah Pada Setiap Hari

Assalamualaikum...

Masih tercari-cari pengedar suplemen Shaklee anda? Tak perlu susah-susah. Aainaa-Nadirah.com sentiasa menyediakan stok secukupnya. Anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan suplemen. 

Kenapa Dapatkan Suplemen Shaklee dari Aainaa-Nadirah.com
  • Stok yang tersedia (Ready Stok)
  • Konsultasi Percuma
  • Bersesuaian bajet dan keperluan
  • Nikmati keistimewaan sebagai pelanggan Aainaa-Nadirah.com 
  • Penghantaran setiap hari
  • After Sales Services
Menyedari betapa pelanggan kami sangat istimewa dan mementingkan ketepatan masa serta keperluan segera, maka kami menyediakan penghantaran terus ke pintu rumah anda oleh kami sendiri buat pelanggan di sekitar Taman Amanputra & Putra Perdana, Puchong/ Cyberjaya dan Putrajaya. Kami juga tidak keberatan untuk membuat penghantaran sehingga ke Tesco Bukit Puchong dan sekitarnya. Anda hanya perlu bertanya kepada kami sekiranya kawasan anda dapat kami capai =)

Buat pelanggan kami yang berada di luar kawasan yang disebutkan di atas, sudah tentu kami turut menyediakan penghantaran melalui Poslaju atau Gdex secara setiap hari (mengikut hari bekerja syarikat penghantaraan terbabit). Sudah tentu anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan bekalan kerana kebiasaannya, parcel anda akan diterima pada hari berikutnya jika tiada halangan syarikat penghantaran berkenaan. 

Anda risau tentang kos penghantaran? Anda tidak perlu risau kerana kami sangat sayang dan menghargai setiap pelanggan kami. Selain berkongsi kebaikan dan manfaat vitamin keluaran Shaklee, kami juga ingin bantu anda berjimat dari segi kos penghantaran. Bertanyalah kepada kami berkenaan ini ya. Pasti kami akan ceritakan kepada anda.

Semoga anda gembira berurusan dengan Aainaa-Nadirah.com, pengedar suplemen semulajadi, selamat dan berkesan No.1 anda - Shaklee.