Realiti Hubungan Shaklee & Israel



Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan kejam rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza. Serentak dengan itu heboh satu dunia mengutuk tindakan tersebut dan menyeru negara seluruh dunia untuk memboikot produk Israel dan syarikat yang menyokong rejin Zionis.

Dalam internet (FB terutamanya) heboh tentang syarikat Shaklee menyokong Rejim Zionis. Ramai keyboard warrior tanpa segan silu berkongsi 'screen capture' dari laman web keneseth dan disebabkan tertera logo Shaklee tanpa usul periksa telah menuduh secara membabi buta.



'screen capture Keneseth Israel'


Persoalannya.....adakah mereka klik di icon Shaklee tersebut?

Saya pasti hampir 100% yang 'share' berkaitan perkara tersebut tidak klik di ikon itu.

Apabila kita klik icon Shaklee seperti di laman web Keneseth Israel, ia akan membawa kita terus ke laman seperti di bawah ini.

Perhatikan alamat laman web tersebut (anak panah sebelah kanan) (http://kic.myshaklee.com).

Alamat laman web rasmi ialah www.shaklee.com. (seperti gambar terakhir)

Perhatikan juga anak panah sebelah kanan (Shaklee Independent Distributor). Ia bermaksud bahawa orang perseorangan (ejen) yang memilik laman web tersebut dan bukannya Syarikat Shaklee.

Analogi yang mudah...Si A & Si B adalah ejen kereta Honda. Si A menggunakan sedikit keuntungan untuk menyumbang kepada Israel. Sedangkan Si B tidak menyumbang apa-apa kepada mana-mana pertubuhan atau negarapun. Bolehkah kita pukul rata bahawa syarikat Honda menyumbang kepada Israel?

Tak boleh, sebabnya tindakan Si A adalah tindakan peribadi beliau. Kenapa Shaklee tak ambil tindakan terhadap Independent Distributor ini?

Sebenarnya Shaklee tiada hak untuk menentukan apa yang patut kita nak buat dengan duit kita. Contohnya, kalau saya hendak menderma ke Palestin, saya boleh berbuat demikian tanpa ada apa halangan.

Lebih kurang kalau kita dapat gaji. Adakah majikan kita cakap "duit gaji ni tak boleh bayar kereta", "tak boleh bayar sewa rumah" dsbnya?



laman web Shaklee Independent Dstributor

Di bawah ini adalah laman web rasmi Shaklee yang tidak mempunyai pautan ke Keneseth Israel



laman web rasmi Shaklee


Pautan lain


Surirumah Biasa @ Surirumah Bekerjaya??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pembaca sekalian? Adakah anda membaca post saya ini dari ofis atau dari sofa empuk puan-puan di rumah? Dengan keadaan ekonomi sekarang (harga barang naik, yuran taska naik, gaji pembantu rumah pun naik dsbnya) saya pasti ramai di antara kita terpaksa bekerja makan gaji (suami-isteri) untuk menampung kehidupan terutamanya di bandar-bandar besar.
Saya? Alhamdulillah….Sejak meletakkan jawatan pada bulan April 2014 lalu banyak masa di habiskan di rumah menjaga & melihat sendiri anak-anak membesar di hadapan mata. Rutin harian hidup juga telah berubah. Kalau dulu tiap-tiap pagi rumah kami lah antara yang paling ‘havoc’ sekali. Mana nak suruh anak-anak bangun tidur, nak sediakan sarapan, nak sediakan bekalan makanan & sebagainya. Keluar rumah, terus hantar anak ke taska di cyberjaya (3 orang). Selepas itu husband akan hantar saya pula ke ofis di Putrajaya sebelum patah balik ke ofis beliau di Cyberjaya. Waktu petang pula, husband akan ambil ketiga-tiga orang anak sebelum menjemput saya. Sampai rumah, berserabut sebab tengok rumah pun tak berkemas. Nak memasak pun malas. End up hanya pada hujung minggu sahaja kami sekeluarga akan buat aktiviti mengemas.

Serabut kan?
Bila dah resign ni, kehidupan terurus. Anak pertama & kedua  (6 tahun & 4 tahun) masih lagi di hantar ke sekolah. Anak ketiga (2 tahun) di jaga sepenuhnya oleh saya (JIMAT 1).

Husband tidak perlu lagi menghantar & menjemput saya tiap-tiap pagi. Jimat duit minyak (JIMAT 2), Jimat masa (JIMAT 3).

Rumah pun sentiasa kemas (yang ni BONUS).

 So, apa yang saya buat? Asyik duduk rumah je? Tak takut nanti di kata habiskan duit suami je?
Pada saya menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.

Sebenarnya sebelum berhenti kerja saya menjalankan perniagaan Shaklee. Ia bermula apabila saya mencuba set penyusuan dari kawan saya. Alhamdulillah…hasil dari penggunaan set tersebut saya sangat berpuas hati. Sejak dari itu saya terus mengamalkan lain-lain produk Shaklee dan ternyata ianya serasi dengan saya. Saya juga selalu bercerita tentang khasiat produk Shaklee terutamanya set menyusu kepada kawan-kawan dan ramai antara mereka pula berminat untuk mencubanya.


Dari 1 order sebulan meningkat menjadi 1 order seminggu dan sehingga kini boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja order dari kawan-kawan& pelanggan baru untuk mencuba set dari Shaklee terutamanya Set Menyusu, Set Bersalin & Set Berpantang. Apabila order semakin banyak & banyak juga barang perlu di pos (selalunya husband saya yang menjadi mangsa pergi ke pos office) saya mula terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM (Working at Home Mother). Husband menyokong penuh hasrat saya.
Bulan April 2014 secara rasminya saya menjadi WAHM dan menjalankan perniagaan membuat kek secara kecil-kecilan dan juga jualan langsung Shaklee.
Alhamdulillah sekarang saya tidak perlu terkejar-kejar ke sana ke mari untuk mengejar deadline dsbnya. Bisnes Shaklee pada saya adalah satu bisnes yang amat sesuai dijalankan oleh suri rumah kerana kesemuanya boleh dilakukan menggunakan internet.
Bermula dari order dari customer, kita membuat belian dsbnya semuanya dihujung jari. Even penghantaran barangan pun di uruskan oleh Shaklee (dengan sedikit caj penghantaran dikenakan kepada customer).

Di dalam Shaklee, saya mencapai apa yang saya selalu impikan yang sukar untuk di capai bila bekerja makan gaji. Dengan Shaklee (dan sudah pasti dengan izin dari ALLAH) saya boleh;
  1. Meluangkan lebih masa dengan anak2 (home based business)
  2. Mengemas rumah dengan lebih kerap (hehehehehehe)
  3. Menolong keluarga di kampung
  4. Mempunyai 2 kereta atas nama sendiri (viva & city)
Alhamdulillah……

Promosi Julai - Buy 6 Free 1 Vivix

Assalamualaikum..

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 suplemen di Amerika Syarikat.

Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penuaan pada tahap sellular :
  • KEROSAKAN DNA - Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • PENGAWALAN GENETIK - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochandria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochandria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • PENIMBUNAN PROTEIN AGE - Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.
Juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.
 
Bulan ini anda sangat bertuah sebab, dengan pembelian satu set promo VIVIX, anda akan dapat :
  • Free membership (worth RM65)
  • Free sebotol Vivix
  • Cash back RM241++
  •  Free join Our Team
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya. Promo ini hanya sah dari 1 Julai - 31 Julai 2014 sahaja. Boleh dapatkan dari saya atau agen-agen di dalam team saya =)






Menyusukan Anak Dan Berpuasa, Pengalaman Saya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni hari ke tiga berpuasa. Di facebook, saya lihat ramai kawan-kawan yang menyusukan anak mula update status bagaimana nak kekalkan production susu. Risau susu tak cukup masa bulan puasa ni. Alhamdulillah, anda ibu yang sangat prihatin dengan keperluan anak. Dan sesungguhnya, anda ibu yang penyayang. Thumbs up!

Mengimbas kenangan dua tahun lepas. Ketika saya masih gigih menyusukan anak ke tiga saya. Nur Amirah Hannani. Ketika itu, saya masih lagi bekerja dan anak saya masih belum bercampur susu formula, dan tak mahu susu formula. Hehe. Alhamdulillah sekarang umurnya dah 2 tahun. Dalam proses wean off. Tapi masih bf sekali sekala =)

Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee masa kali pertama mencuba Breastfeeding Set. Saya beli dari seorg kawan. Beliau mencadangkan Set Advanced. Kerana ada Performance Max di situ utk mengelakkan badan dehidrate dan kekal 'lembab'. Masa itu, saya bukanlah ada masalah susu kurang atau susu cair atau apa-apa masalah biasa ibu hadapi. Tapi, saya mencuba untuk diri sendiri. Saya kenal diri saya yang agak memilih makanan dan jenis tak banyak makan. Makanan yang diambil seharian pun tak seimbang. Hehe. Atas sebab itu saya memilih vitamin Shaklee kerana percaya pada originality dan pure vitamin yang dibekalkan. Ya, saya perlukan Protein, B Complex, Multivitamin, Vitamin C, Kalsium untuk top up keperluan nutrien dalam badan. Kerana saya masih ingat kata-kata seseorang.. Sekiranya badan kita kekurangan bahan mentah untuk menghasil susu, bagaimana untuk badan kita menghasilkan susu dengan baik? Contoh konsep sebuah kilang. Ambil contoh kilang roti. Bahan mentah nak buat roti tak cukup. Dapat ke nak hasilkan roti yang sedap dan menepati piawaian. tak, kan?

Iya, komposisi susu kita tetap akan sesuai dengan anak kita. Tetap akan bekalkan susu berkualiti untuk anak. Tapi bagaimana dengan tubuh ibu? Akibat ibu kekurangan bahan mentah dari sumber makanan tadi, badan kita akan mula menyerap kalsium dari tulang, gigi, protein akan diserap dari tisu kulit dan sebagaimananya. Masa tu, mulalah para ibu komplen penat, lesu, kering dan sebagainya. Terutamanya di bulan Ramadhan. Akibatnya juga, ibu mudah nampak lebih 'berusia' kerana kehilangan kolagen penting. Bukankah penampilan ibu juga masih penting buat ayah?

Berapa ramai kaum ibu yang mengambil diet seimbang ketika bersahur dan berbuka? Adakah menepati saranan KKM? Adakah kita ambil buah dan sayur yang banyak ketika bersahur dan berbuka? Kebiasaan kita kurang berselera ketika bersahur,kan? Makanan diambil cuma sedikit dan kadang-kadang sekadar syarat. Maka, di sinilah saya buat keputusan untuk amalkan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, sudah 2 tahun saya masih amalkan vitamin yang sama =)

Selain dari vitamin Shaklee, saya tetap tidak mengabaikan pengambilan kurma dan air masak. Kebiasaanya, saya suka blend kurma bersama ESP + Meal Shakes + susu segar. Ada kalanya saya tambahkan badam. Rasanya sedap dan hasilnya mengagumkan =D

Vitamin yang masih saya amalkan sehingga kini.

Alhamdulillah, produksi susu saya ketika berpuasa tidak terjejas. Mengepam di waktu ofis, 3x kali sehari tidak mengganggu pengeluaran susu. Masih dapat amaun yang sama ketika tidak berpuasa. Malah kadang-kadang dapat lebih =) Badan kekal bertenaga sepanjang waktu kerja. Balik rumah masih cergas memasak untuk berbuka. Seronok, kan? Biasanya ramai ibu kecundang dalam usaha menyusukan anak sehingga 2 tahun pada bulan puasa. Namun, jgn jadikan alasan berpuasa sbg halangan untuk menyusukan. Nikmat dunia ni Allag bagi banyak. Tinggal kita nak grab dan gunakan mana yang sesuai dgn kita.

Selain dari pengambil diet seimbang dan suplemen, konsep demand and suppy jangan sesekali diabaikan. Mesti follow jadual penyusuan dan mengepam untuk pastikan otak dan badan mendapat isyarat yang sama dan konsisten. Sekiranya di bulan puasa kita mula skip jadual mengepam dan malas mengepam dengan alasan "tak banyak susu yang keluar", anda dah silap besar. Biarlah susu keluar sikit ketika mengepam. Tak apa. Sebab kita kena 'bercakap' dgn tubuh sendiri dan yakin ada rezeki untuk anak yang Allah dah beri.

Pengambilan air putih secukupnya sangat penting. Selepas berbuka, minumlah air putih setiap jam. Ia akan bantu badan kita menerima air yang cukup walaupun berpuasa.

Saya doakan lebih ramai kaum ibu dapat terus berpuasa dan menyusukan anak dengan baik pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah, ibu sekarang sudah bijak memilih dan menentukan apa yang terbaik utk anak dan ibu =)

Mahu dapatkan set ini? Jangan segan hubungi saya dan saya akan kongsikan kebaikan dan cara pengambilan set ini. Anda juga boleh dapatkan dari pengedar-pengedar kumpulan saya =)


Lagi Testimoni. Klik Di sini

Hubungi saya untuk mendapatkan ready stock, konsultasi percuma, harga istimewa menepati bajet & keistimewaan sebagai pelanggan aainaa-nadirah.com
ATAU
Klik di bawah untuk pembelian secara online menggunakan kad kredit/ kad debit. Anda tetap akan menikmati After Sales Services dari aainaa-nadirah.com