Vitalea Kids & Chew Vita C untuk Consumer Tetap

Assalamualaikum...

Terima kasih kasih kepada pelanggan tetap saya, sudi membeli Vitalea Kids & Chew Vita C khas buat anakanda tersayang. Semoga si manja sihat dan ceria selalu =)

Nak order? Jangan segan hubungi saya ya =)

Blog Jual Telekung Kanak2 dan Dewasa

Assalamualaikum....semoga semua yang meluangkan masa membaca blog ini di beri rezeki yang halal & keberkatan hidup oleh Allah hendaknya.

Hari ini saya ingin memperkenalkan blog yang menjual Telekung Lycra kanak2 dan dewasa.

Anda boleh dapatkannya di laman web ini. www.hannanicloset.blogspot.com

Telekung ini diperbuat dari 'high quality lycra'
Antara ciri-ciri telekung ini ialah
  • Tidak berkedut 
  • Tidak perlu iron iron
  • Kain sejuk
  • Jahitan kemas

hannanicloset
Code : HH021 ( Green )

www.hannanicloset.blogspot.com
Code : HB0025 ( Blue )

www.hannanicloset.blogspot.com
Code : HU023 ( Purple )

Lahirnya Seorang Muhammad ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni 13 April genaplah saya berpantang selama 44 hari. Syukur Alhamdulillah saya sihat sepanjang berpantang, baby pun sihat =)

28 Februari 2015, kami keluar awal pagi ke Azzahrah Bangi untuk rutin check up biasa. Masa ni saya dah 38 minggu. Kami keluar takde bawak pulak beg2 baju semua. Hehe. Sebab tak jangka akan bersalin petang tu. Kami berlima keluar rumah tanpa sarapan sebab nak cepat ambil no. giliran. Saya sempat minum ESP + Meal Shakes + Performance Max je masa tu.

Sampai Azzahrah pun dah 9 lebih. So confirm la kul 12 nanti baru dapat jumpa doc =(. Kalau u all check up kat klinik pakar, better datang awal, amik no sebelum jam 9 ok. The best ambil no kul 8 pagi. Sementara saya menunggu tu, husband bawak anak-anak dara kami makan. Saya sempat makan choc yang ada dalam beg je. Lamaaa sangat menunggu. Pinggang pun start sakit dah. Dan tepat jangkaan saya, kul 12 lebih baru saya dapat jupa doc Noraini =)

Ni la first time dpt jumpa Doc Noraini setelah 2x check up di klinik pakar. Sebelum ni hanya checkup dengan doc ganti. Doc terus tanya sihat ke, ada sakit-sakit ke... sebab dah 38 minggu kan, tambahan pula ini kelahiran yang ke empat. So, saya cuma bgtau ada sakit pinggang dua malam lepas. Then, doc cakap nak check jalan. Setel scan baby, doc pun buat VE. Dan, sah! Doc kata jalan dah buka 5cm! hampir 6cm!

Adehhh, rasa terjelepuk kejap. Barang tak bawak, mental emosi tak ready..doc dah suh check in wad dah. Bateri fon saya dan husband pun dah kong. Tapi nasib baik sempat inform mak-mak dan yang lain2.. First, doc suh buat CTG. So time ni, kami dah berpecah. Husband balik rumah dengan anak-anak untuk ambil semua barang. Saya sorang2 uruskan yang patut. Dari buat CTG, sampai daftar wad. Masa ni dah ada rasa contraction sikit-sikit. Dalam kul 2ptg, husband sampai.. kami lunch dulu. Kul 3pm baru masuk wad. Sampai wad, saya sempat solat, cas telefon, minum ESP + Meal Shakes (untuk tenaga) dan makan Ostematrix 4 biji, dan tak lupa juga air Anugerah. Air zamzam lupa bawak. Huhu. 

Untuk pakej bersalin di sini, kami amik Pakej Ummi. RM1688+, 2 beded. So ini lah biliknya. Sempat la saya salin uniform hospital, nurse datang nak masukkan ubat utk membuang. Then, dalam 4 petang, nurse bgtau nak tolak ke Labour Room. Cuak tiba-tiba. Mcm cepat sangat. Mil pun tak sampai lagi ni.

Masuk LR sorang-sorang. Husband terpaksa tunggu kat luar sebab tiga anak dara kami takde orang nak jaga. Nurse datang, kata nak induce. Saya tanya juga kenapa nak induce. Kalo bole mmg saya x nak laa.. then nurse kata doc suh induce supaya cepat bersalin. Aduhaiii. Katanya lagi sebab jalan dah besar tp contraction tak kuat. Tabah je laaa walaupun awalnya saya tolak.

Dan tanpa disangka-sangka, saya demam! Suhu badan saya cecah 38 degree. Terpaksa laaaa masuk antibiotik pulak. Hehe..macam2. Dah la suami tiada di sisi masa tu. Sambil tahan sakit, sambil berwassap dgn husband kat luar LR. Sepanjang masa demam tiba-tiba tu, bidan la yang banyak suapkan air, lap-lapkan badan. Terharu tau. Hehe.

Bidan bgtau, kedudukan baby senget ke kanan dan mendongak. Jenuh la saya disuruh mengiring ke kanan, ke kiri. Dan banyak kali gak laaaa kena VE disebabkan contraction yg sangat kuat. Bersalin kali ni sangat menduga kekuatan saya sebagai wanita. Cehhh! Memang mencabar. Sakitnya lain macam. Mengikut kata doc, sakit lain macam tu disebabkan kedudukan baby. Dan, saya tak menolak apa yang kawan saya bgtau, melahirkan baby boy mmg sakitnya kuat. Yelaa... selama ni beranak anak dara je kan. Takde la sakit macam ni. Hehe.

Akhirnya dalam jam 6 petang, husband saya berjaya meloloskan diri masuk LR, sebab Mertua dan adik ipar dah sampai dari Temerloh. Alhamdulillah. Masa husband masuk tu pun saya dah tak tertahan sakit dah. Tak lama lepas tu, Doc Noraini pun masuk utk mulakan procedure kelahiran....

Detik-detik mencabar. Saya rasa payah sangat nak keluarkn boboi sorang ni. Push push tak keluar. Yelahh... baby pun duk senget. Tak center. Memang tak tahan sakit. Sampai saya mintak Czer! Haha... sebenarnya, nak czer mmg bukan pilihan sb dah tentunya kos dia tinggi. Tapi, Doc Noraini bagus. Dia tetap yakin saya boleh bersalin normal. Akhirnya, saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg secara vacum (huhu) pada jam 6.36pm. Terpaksa laaaa vacum. Sebab baby tak nak turun. Hehe. Dan tak pasal-pasal kena gunting. Huhu.

Alhamdulillah, husband dapat peluang untuk gunting sendiri tali pusat anaknya =) Nurse pun terkejut sb baby 3.5kg. Doc jangka dalam 3kg je. Ditambah pulak saiz badan saya ni kecik je. Berat saya pada hari nak bersalin tu pun 48kg je. Saya pun mmg tak tinggi. Hehe. Tu laa..cukup vitamin budak nih.

Alhamdulillah, lahir dah seorang Muhammad setelah tiga Nur sebelum ni. Hehe. Setelah selesai semuanya, Satu ciuman di dahi dari husband sebagai ucapan terima kasih dan satu ciuman di dahi dari Doc Noraini sebagai tahniah =) Sweet je momen tu.

Oh ye.. overall bersalin kat sini memang best. Bidan pun sangat baik. Setiap kali buat VE, disertakan doa dan zikir. Bila kita sakit, dia tenteram kan kita dengan zikir sambil usap kita. Tenang je. Dalam LR pun ada alunan ayat suci Al-Quran. Aurat kita kat sini pun terjaga. Alhamdulillah...

Waktu maghrib, saya dibawa naik ke wad. Mak, abah mertua ngan adik ipar, suami dan anak2 semua dah tunggu kat wad. Hehe.. Rasa tak rock la jumpa orang time terlantar nih. Hihi.


Saya request baby room in. Sebab nak bf kan. Lagi satu rasa tenteram tgk anak depan mata. Oh ye, lepas settle semua hal kat wad, saya telan lagi 4 biji Ostematrix utk legakan sakit pinggang. Memang sakit pinggang sangat. Orang kata, kalau vacum mmg sakit pinggang. Huhu..

Parent saya dan dua adik perempuan saya ada datang malam tu. Husband saya pulak, bawak mak abah, adik dan anak2 balik rumah malam tu, dan datang balik ke wad untuk temankan saya. Sian dia... tidur atas lantai beralaskan sejadah je. Huhu. Tak teringat nak bawak toto. Hehe. Part ni kena ada budi bicara dgn rakan sebilik. Hihi...

Alhamdulillah, selepas bersalin kali ni takde rasa nak pitam-pitam, gelap-gelap mata. Badan pun rasa bertenaga, cergas je. Banyangkan lah, saya tak tidur sejak selamat melahirkan sehingga jam 2 pagi. Jenuh saya paksa diri saya tidur, akhirnya dapat la tidur sejam. Pastu saya terjaga, terus tak dapat tidur. Haha. Hebat penangan vitamin Shaklee =D Sebab, kalau diikutkan, mau lembik gak saya lepas bersalin tu sebab proses nak meneran tu lama dan saya banyak kali meneran disebabkan kedudukan baby yang tak lurus, dan darah pun banyak keluar kali ni. Tapi Alhamdulillah lepas baby keluar tu, saya takde rasa penat, nak tidur dan pening. Doc offer ubat tidut untuk saya rehat pun, saya taknak.

Esoknya saya dibenarkan balik rumah. Happy sangat dapat balik =) Nak balik tu pun nurse tolak guna wheelchair. Round jap sampai ke nurseri baby untuk ambil baby. Nak keluar hospital pun diiringi dua orang nurse yang cun. Sorang tolak wheelchair, sorang pegang baby =)

Balik rumah, saya ditempatkan di bilik bawah. Haha... padahal sendiri tempatkan diri sendiri. Bilik ni memang saya dah prepare untuk saya menginap sepanjang berpantang. Vitamin-vitamin, air, breastpump semua letak tepi katil. Saya hanya amalkan vitamin Shaklee sebagai set berpantang saya. Selain tu, bertungku, berbarut tu memang wajib.

Okey, setakat ni dulu kisah pengalaman melahirkan Muhammad Adam Danial di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi. Secara keseluruhan, saya puas hati bersalin di sini. InsyaAllah kalau ada rezeki anak lagi, nak bersalin di sini lagi =D

Anak ke empat saya, Semestinya baby Shaklee =)

Shaklee Dish Wash Concentrate

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Shaklee Garlic Complex

PERBEZAAN SHAKLEE 
Diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi dua ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap dua tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan dua ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA
  • Mengandungi Spearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Menghalang alergi - Menghalang penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asma, selsema dan hepatitis
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - Formula uniknya mampu memperbaiki masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori dan menghalang ulser gastrik
  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan disebabkan logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari
  • Mencegah kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mngurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine
  • Menstabil glukos - membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh
Asal Bau Garlic?
Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.

Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 tablet sehari selepas makan. Untuk radang dan alergi : 2 tablet sehari. Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2 - 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali

Testimoni VIVIX

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Kesan ke atas setiap orang mungkin berbeza dari  testimoni dibawah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum....semoga semua yang meluangkan masa membaca blog ini di beri rezeki yang halal & keberkatan hidup oleh Allah hendaknya.
Hari ini saya nak share tentang testimoni salah satu produk yang mendapat sambutan dari pengguna tegar Shaklee.

Sebelum itu, mari kita berkenalan secara ringkas tentang VIVIX.
VIVIX mengandungi campuran unik botani polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan.
Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penuaan pada tahap sellular :
  • KEROSAKAN DNA
  • PENGAWALAN GENETIK
  • PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL-SEL
  • PENIMBUNAN PROTEIN AGE
VIVIX juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.

TESTIMONI VIVIX

1. Sakit lutut & tangan menggeletar

2. Kencing Manis

3.  Stroke

4. Kanser


5. Rokok


Adakah VIVIX halal? 
Jangan risau, mengikut sijil halal daripada Islamic Services Of America, VIVIX telah mendapat perakuan halal (klik pada sijil halal di bawah).   Islamic Services Of America diiktiraf sebagai salah sebuah organisasi untuk menentukan kehalalan produk di Amerika. klik di sini

Berminat untuk mendapatkan VIVIX? Sila hubungi saya seperti nombor di bawah atau klik di sini untuk mendapatkan dari pengedar terdekat di kawasan anda.

Vita E Complex

PERBEZAAN SHAKLEE
Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak dari d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan lapan jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti rasksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA :
  • Melindungi jantung - pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah rendah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung, dll
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 8--IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti Penuaan - satu kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha
  • Anti Oksidan yang kuat - Pengambilan yang lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun tubuh, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - ketarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaikikitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janis dan keguguran
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vita C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.

Untuk 400IU vitamin E, sesorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas ;
  • 1 kilogram biji gandum
  • 500ml minyak sunflower
  • 8 kilogram bayam
  • 500gram badam
ADAKAH VITAMIN E SELAMAT?
Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitaimin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok 33%. Kajian juga membuat kesimpulan bahawa dos selamat adalah 3,200IU.

Selenium-Suplemen Vitamin E kepada lelaki tidak subur : kesan ke atas parameter air mani dan kadar kehamilan
Journal : International Journal of General Medicine
Authors : Mohammad K Moslemi, Samaneh Tavanbakhsh
Published Date : January 2011 Volume 2011 : 4 page 99 - 104

Kajian ini melibatkan 690 lelaki tidak subur dengan idiopathic asthenoteratospermia yang menerima tambahan harian Se (200ug) dalam kombinasi dengan vitamin E (400 unit) untuk sekurang-kurangnya 100 hari ~ 37% tiada respon, 11% kehamilan spontan dan 52% mutu sperma lebih baik.

Kesimpulannya, tambahan Se (selenium) dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.

Shaklee GLA Complex


PERBEZAAN SHAKLEE
Kebanyakkan GLA (Gamma-linolenic Acid) tersedia di pasaran dihasilakn dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari dua kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah tiga kali lebih dari segi bioavailabiliti dan tiga kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA
  1. Borage Seed ~ 17 - 25%
  2. Blackcurrant ~ 15 - 20%
  3. EPO ~ 7 - 10%
The most concentrated natural GLA is from borage seed

Shaklee GLA Cpmplex ~ the most natural, the most effective natural ingredients

MANFAAT UTAMA
  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit lebih muda
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menentang kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit - ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hanil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitam disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
  • Hiperaktif dan Autisme (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autism, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif
Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, suplemen GLA asid linolenik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi daripada makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (manopaus lelaki)

Shaklee Get Clean Water Pitcher

Apa Yang Ada Di Dalam Air Anda?
Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga. Logam berat, pencemaran industri, racun perosak-bahan tercemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang. Menurut agensi perlindungan alam sekitar Amerika Syarikat, air yang kita minum adalah bertanggungjawab sehingga 20% daripada pendedahan plumbum kepada manusia. Dan laporan EPA menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 13% daripada sistem rawatan air negara telah melanggar akta air minum yang selamat dalam setiap lima tahun yang lalu.

Memperkenalkan Get Clean Water Pitcher
GET CLEAN WATER PITCHER adalah revolusioner baru - penapisan sistem water-filteration pitcher, disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang boleh hadir dalam air anda dan mungkin berbahaya kepada kesihatan anda. Multipatented Get Clean Water Pitcher menggunakan blok pepejalkarbon untuk menapis dan membersihkan air anda. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air. Setiap penapis dibuat dari tenpurung kelapa yang mampan karbon menggunakan proses zeroemission. Tambahan pula, ia adalah water-filteration pitcher pertama dengan sistem penapisan karbon-blok yang boleh diisi semula. Jadi, kurang sisa akan ke tapak pelupusan. Air yang sihat dan planet yang bersih.

PERBEZAAN SHAKLEE
  • SELAMAT - "menyingkirkan kandungan plumbum" dan banyak bendasing lain. Get Clean Water Pitcher ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan tercemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • MESRA ALAM - memelihara alam sekitar. Get Clean Water Pitcher menggunakan sistem penuras jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ia dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik kepada alam sekitar.
  • HANDAL - Lebih banyak air bersih pada setiap masa. Get Clean Water Pitcher menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan kita.
  • PILIHAN BIJAK - Menjimatkan kos rakyat Malaysia daripada membazirkan wang dengan membeli minuman air botol. Degan hanya beberapa sen seliter sahaja, Get Clean Water Pitcher dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut.

Food Art, Bento, etc etc.... Layan kan jelahh...

Assalamualaikum...

Off topic sket petang ni. Sebelum off laptop. Actually tak sempat nak update kat sini yang saya dah selamat melahirkan bayi ke empat. Dah nak habis pantang pun. Hehe.. next entry lah saya ceritakan. Hari ni saje nak share kegilaan baru yang tak berapa nak gila la kot. Sebab nak buat benda ni pun kena kira mood jugak. Hehe...

Hidangan sarapan untuk Cik Sarah dan Cik Amirah. Hanya ada roti kaya bentuk bear, anggur, mini chipsmore dan choco roll cake. Biasalah anak-anak memang teruja kalau buat macam ni. Sambil makan, sambil main-main berimaginasi. Hehe.

Yang mangkuk kecik dan benda cucuk-cucuk tu, saya cari kat Daiso. Acuan bear tu saya beli kat Mr. DIY. Kat online banyak lagi jual aksesori bento ni, tapi mmg mahal lah sikit. Untuk beginner macam saya ni, yang tak bape konfiden utk istiqamah ni, better beli dari dua kedai ni je dulu. Hehe. Sebab murah sket.

Spagetti yang di-manusia-kan. Hehe. Yang ni tak berapa nak rajin. Takde letak hiasan sangat tapi bebudak tetap teruja. Biasa la... budak kan. Haha. Mata ngan mulut tu buat dari cheddar cheese.

Oklah, next time kalau saya rajin lagi, saya share kat sini ya =D

DTX Complex

Perbezaan Shaklee

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting, dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

" Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia "

FUNGSI HATI :
  • Rembesan Hempedu - cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small glabule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
  • Bertindak Sebagai Detoksifikasi - Metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.
  • Mengawal Paras Gula Dalam Darah - dengan menukarkan tiroksina ~ hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
  • Penting Dalam Metabolisma Lemak - penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

FORMULASI YANG DIPATEN :
  • Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed) - proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin - kaya dengan bahan antioksida. Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol. Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang. Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.
  • Articok (Artichoke) - Membina semula sel-sel hati. Meransang pengaliran hempedu.
  • Dandelion - Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jondis. Membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang. Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit. Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi untuk melawan anemia. Melawan tumor dan kanser. Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.
  • Kunyit (Tumeric) - Mengandungi curcumin : bahan antioksida. Meningkatkan kesan anti-radangan dan membantu mengurangkan kesakitan. Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.
  • Reishi Mushrooms (Ling Zhi) - membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser. Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis. Merawat sindrom keletihan yang kronik. Membantu mencegah penyakit jantung.
  • Schizandra - Ekstrak biji benih dari schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida. Ia juga berkait dalam meransang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin.

Lecithin

Perbezaan Shaklee

Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80gm kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

MANFAAT UTAMA
  • Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati
  • Pemecahan lemak dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh
  • Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan
  • Memperbaiki alergi - menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol. Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak
  • Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus

Guna Sikit, Mudah Dibilas dan Kulit Makin Cerah Berseri!

Assalamualaikum...

Fresh testimoni dari adik saya, Ain Sakinah =)

Jom lihat apa komen adik saya setelah beberapa hari menggunakan NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser dari Shaklee.
Anda perlu tahu kerja-kerja NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser terhadap kulit anda :

✔ Membersih dan menyegarkan kulit
✔ Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit
✔ Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit
✔ Strawberi Begonia mencerah kulit dan mengimbangkan pigmen
✔ Lembut dan menyegarkan 

Anda dapat keseluruhan kebaikan bahan semulajadi yg terdapat dalam cleanser ini pada harga yang sangat berbaloi. Dengan penggunaan selama setahun, anda hanya berbelanja RM9.92 sebulan. Berbaloi,kan 


Hasil perkongsian testimoni ini di FB saya, komen-komen ini pula menyusul =)


Apa itu Gentle Deep Foaming Cleanser? Baca SINI

Shaklee Cinch Shake Mix


PERBEZAAN SHAKLEE ;
Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangkan ambil bersama satu sudu Energizing Soy Protein). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot, dan otot lah yang menaikkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine ~ nutrisi penting di dalam cinch untuk keperluan tubuh kita.

FAEDAH UTAMA :

Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut
  • Indeks glisemik - 22; sesuai untuk pengidap kencing manis
  • Dengan Cinch Pro, campuran ekslusif protein dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat - 6gram serat setiap hidangan
  • Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis
"The Shaklee Weight Management Programe addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever"
  Dr. Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD A leading expert in human metabolism

Sijil Halal Shaklee 2015


Assalamualaikum...

Ini Sijil Halal Shaklee yang terbaru untuk tahun 2015. Gunakan Shaklee tanpa was-was =)

Bisnes Tanpa Modal Loan Bank atau Upah Artis

Assalamualaikum....semoga semua yang meluangkan masa membaca blog ini di beri rezeki yang halal & keberkatan hidup oleh Allah hendaknya.

Hari ini saya nak share tentang posting dari Presidential Master Shareeza ( a.k.a Master Cery) dari blognya di sini.

Semoga apa yang dikongsikan oleh beliau dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin memulakan bisnes dengan zero modal ( kecuali bil elektrik....hehehehhee)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menariknya bisnes shaklee saya tanpa modal loan bank ataupun upah artis terkenal atau iklan berbayar kat tv3.

Biasanya kalau nak iklan kan produk kat TV, kosnya sangat tinggi cecah puluhan ribu, begitu juga kos untuk bayar model2 artis iklankan produk atau pun letak sepanduk2/billboard kat tepi highway tu. betul tak?

Saya start dengan bisnes ni 5 tahun yang lepas, cuma ada Rm200++ kat dalam dompet, saya buta IT,saya tiada blog,FB saya pun malu2 kucing ja time tu, diri sendiri pemalu tahap maksima, maluuu nak bukak mulut cerita pasal produk atau peluang bisnes.Bercakap memang tak reti

Bagaimana saya nak upah artis atau iklan kat kat TV ataupun iklan online kalau saya cuma ada RM200?

Haa itulah MENARIKnya. Saya upah diri saya sendiri. Saya gunakan diri sendiri untuk 'mengiklankan' produk saya. Blogspot free. Fb pun free time tu.

Mudah sangat, Ya, nampak mudah sebab orang kenal saya sekarang ja, time saya dah tuai hasil, tu yang nampak mudah.Cuba tanya apa saya buat 5 tahun lepas, lebih tepat lagi apa saya buat 2tahun pertama.

Inilah yang saya buat rutin setiap hari 'upah diri sendiri yang ZERO time tu', cabar diri setiap hari ,Aktif Blogwalking sehari 20x, update blog 2-3x sehari, posting kat FB 6x sehari, aktif fb-walking setiap hari.

Setiap hari, Bukan buat bila suka. Kenapa setiap hari? Sebab saya bukan siapa2. Kalau sekejap buat sekejap tidak, bagaimana orang nak nampak. yer tak.

Haa. Tiada lagi rahsia.

Ini antara muka2 yang asalnya zero, lama2 mereka jadi 'artis' dalam bisnes Shaklee
Dan nak bagitahu satu lagi point menarik bisnes yang tak perlu kos yang tinggi ni, bukan saya seorang yang jadi model tak berbayar, tetapi saya ada puluhan ribu 'model tak berbayar' dalam group saya. Menarik.

Kalau saya seorang yang 'buat iklan tak berbayar', impaknya let say 5%, tapi kalau 20ribu orang dalam organisasi saya ' buat iklan tak berbayar'.. agak2 besar tak impak?..hihi

Tapi jangan tak tahu, saya start dengan diri saya sendiri, sebelum lahirnya puluhan ribu 'model tak berbayar' yang buat iklan tak berbayar tu.
Tiada jalan singkat menuju kejayaan. Saya ulang, Nak tahu mudah tak mudah, Haa cubalah. blogwalking sehari 20x, update blog 2-3x sehari, posting kat FB 6x sehari, aktif fb-walking setiap hari.

Promosi Hebat Sepanjang April 2015

Assalamualaikum...
Promo April telah tiba. Berita baik untuk yang nak turunkan berat abdan, untuk kesuburan, dan detox. Jom tengok apa promosi hebat sepanjang April ~


 Lecithin ( klik di sini )

GLA Complex ( klik di sini )

DTX Complex ( klik di sini )

Cinch ( klik di sini )

Penapis Air Mudah Alih Shaklee

Assalamualaikum....semoga semua yang meluangkan masa membaca blog ini di beri rezeki yang halal & keberkatan hidup oleh Allah hendaknya.

Hari ini saya nak share testimoni tentang satu lagi produk Shaklee iaitu Penapis Air Mudah Alih Shaklee. Baru-baru ini rakan saya yang terlibat dengan banjir di Pantai Timur (Kelantan) telah membeli set ini untuk kegunaan keluarganya. Maklumlah di waktu itu bekalan air bersih sukar di dapati.

Hasil feedback dari beliau, penapis air mudah alih ini memang berguna terutamanya di saat kita terputus bekalan air bersih.

Jom kita baca apa sebenarnya Penapis Air Mudah Alih Shaklee ini.....


Memperkenalkan Air Get Clean®
Kod Produk:52114

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee

Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
 


Ingin mendapatkan produk ini? Sila hubungi saya melalui nombor telefon di bawah.