Children Splash Pool di Setia Spice Aquatic Centre, Penang

Assalamualaikum & hai...

Setelah besesat-sesat kat dalam Spice Arena bagai tu, akhirnya kami jumpa jalan yang benar. Aduhaii. Sebelah je ngan entry parking Zone B. Kalau keluar ikut pintu masuk parking ni dekat je. Kitorang pegi naik lif, tah mana-mana perginya. Haha.

Sempena cuti sekolah ni, diorang ada buat harga promosi. Tiket kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM5 je. Promosi sah sehingga 31 Disember 2017. Untuk hari Isnin - Jumaat, antara 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sorry tak snap pulak gambar banner. Boleh tengok kat FB Setia Spice Aquatic Centre.

Total untuk kanak-kanak ni RM5 x 4 orang : RM20. Untuk parents, entry RM3 je. Tapi kalau parents nak mandi sama, sorang RM8. Kitorang takde bawa baju extra jadi bayar tiket RM3 je la. Total kitorang ber tujuh cuma RM26 sekali masuk dan mandi. 

Nak mandi ni pun diwajibkan pakai swimming suit.

Antara aktiviti yang ada dalam ni. Sorry tak snap pulak gambar2 fees dia.

Slide yang ni la boleh nampak dari tingkap bilik. Nampak je air yang splash dari atas tu. Tiap-tiap hari bebudak tengok je dari jauh. So petang ni impian diorang nak main sini jadi realiti. So layan... Nasib baik tiket murah je. Hihi.




Anak dara tiga orang ni memang enjoy habis la mandi sini. Anak bujang sorang tu mampu main tepi-tepi je. Risau tenggelam kalau main jauh-jauh. Budak-budak besar ramai. Takut terlanggar. So better sangat kalau papa nya dapat mandi skali tapi sebab tak bawak baju extra, dapat pantau je la.

Air kolam ni sejuk ya amattt. Diorang berendam kejap pun dah gigil. 

Kakak abang dia syok mandi. Dia syok tido dalam kendong je. 

Dah puas main air, dah mandi, dah tukar baju kering. Jom lah balik. Syok tengok kolam belakang ni. Terjun tiruk dari atas ni syok ni.

Sini ada kelas berenang juga. Kat tingkat atas ada gym dan squash. Cafe pun ada sini. Cuba la datang sini. Syok bawa anak-anak. Nak mandi dari pagi sampai petang pun no problem =)

Okeylah sambung cerita day 5 dan last day nanti ye...

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment