Olive Tree Hotel, Penang

Assalamualaikum & Hai...

Lama tak update blog. Rindu...

Oklah, latest story. Cuti sekolah hujung tahun 2017 ni kami sekeluarga berpeluang ke Pulau Mutiara buat kali ke berapa ntah. Hehe. Dah banyak kali jejak Penang ni. Tempat pun banyak dah pergi. Kali ni, macam biasa la follow tuan suami outstesen di sini selama 6 hari 5 malam. Lamaaa kan.

Kami bertolak dari Puchong agak lewat, kira-kira 11 pagi. Sampai di Hotel lebih kurang 4.30 petang. Sepanjang perjalanan cuma sekali berhenti makan di Hentian sebelah. Makan bekal yang dibawa dari rumah je =)

Tiba di hotel, anak-anak dah sibuk nak mandi kolam. Aduii. sabar ya anak-anak. Layan gambar bilik dulu.

Bilik Olive Deluxe. Bilik corner. Bagi kami kecik je biliknya tapi hotel boy cakap ini paling besar. Huhu. Nak besar lagi.. bilik suite la kan. Bilik kali ni takde bath tub. Maaf la ye anak-anak. Haha. 

Berdepan dengan katil, ada tv samsung 40". Kalau bawak anak-anak stay lama, bawak la thumbdrive, isi cerita banyak-banyak dalam tu. Belakang tv ni ada USB port. Bole cucuk thumbdrive. Saya tertinggal thumbdrive kartun budak-budak ni kat tv rumah. Nasib baik ada bawak thumbdrive 8gb saya. Hihi. Nasib baik juga dalam laptop ni banyak 'stok' cerita kartun. Bole la bebudak tengok cerita kartun diorang. Takde la bosan sangat.

Ruang foyer.

Yang bestnya, lantai bilik hotel ni lantai kayu lamina macam ni. Okey sangat. Selesa dan senang nak cuci. Takde la seriyau sangat kalau makan tertumpah-tumpah. Boleh lap aje. Kalau ikutkan, saya suka lagi bilik yang full carpet. Tapi macam ni pun ok juga =)

View sebelah kiri bilik.

View dari depan bilik. Hotel ni menghadap Spice Canopy. Boleh google apa ada dalam spice canopy ni. Banyak aktiviti menarik juga. Ada playground dan ada splash pool untuk budak-budak.

View sebelah kanan bilik. 

Lepas check in tu takde ke mana-mana. Masuk bilik terus rehat-rehat je. Hari pun dah lewat petang. Mandi-mandi solat. Pastu husband pergi beli nan cheese & ayam tandori untuk dinner kat kedai mamak sebelah hotel ni. Jalan kaki je. Sangat dekat. Tapaw, makan dalam bilik je. Pinggan mangkuk cawan semua saya bawa dari rumah =)

Anak ramai, senang makan dalam bilik je la. Nak bawak gi makan kedai macam haruuu je. Haha.

Okey, done story hari pertama di Penang. Nanti sambung lagi =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment