I'm Back!

Assalamualaikum...

Lama sangat tak update blog. Rindu sangat ke blog ni. Ya, yaa... saya masih sayangkan blog ni tau. Mau nya tak sayang? Bertahun² build blog ni. Post pun dah banyak. Itupun ada post yang di set ke mode draft atas sebab² tertentu. Hehe.

Lately ni many things happen. Latest, rumah kami dipecah masuk oleh penyamun. Hmmm... mimpi ngeri juga bagi kami walaupun si penyamun tak sempat grab apa² disebabkan pintu antara wet kitchen & dry kitchen tu ketat berkunci. Diorg masuk thru tingkap dapur wet kitchen. Tak perasan la bila masa tingkap tu dlm keadaan unlock sb kami mmg tak buka tingkap tu. Grill mmg dah kena umpil. Yang menjadikan kami dapat kesan dapur kena pecah tu, bila pagi tu buka pintu dry kitchen tu, kami tengok pintu dan grill antara wet kitchen & Laundry area ternganga luas. Dan solex grill tu berada di tempat lain. Pasu money plant yang saya letak kat tingkap pulak berada dalam sinki. Bila cek tingkap, tak berkunci... cek grill, dah kena kopak. Hmm... dan sedihnya, malam tu 3 rumah kena pecah. Satu rumah tu kehilangan sedikit barang =(

Pesan saya, if ada panggil orang repair kerosakan rumah korang, better berhati². Make sure lepas diorg tinggalkan rumah u all, cek balik ada x brg hilang/ tingkap yg tak berkunci, dll. Yup, kami syak orang yang dtg repair dapur kami sblm ni yg unlock tingkap kami. Kitorang mmg tak perasan la tingkap ni unlock sbb mmg kami tak buka tingkap tu, jadi takde la kami belek tiap² hari. Tingkap pulak jenis sliding.

Orang luar yang pernah masuk rumah kita ni boleh hafal selok belok rumah kita. nak pulak kalau kita kerap panggil org yg sama. So, better hati². Zaman sekarang agak sukar nak bersangka baik terutamanya kalau melibatkan keselamatan.

Okay, cuma itu sahaja sharing utk entry ini =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment