Bayview Hotel, Penang ~ Day 5

Assalamualaikum...

Terus skip hari ke lima ya. Hari ke empat takde aktiviti sangat, cuma ada la hantar baju² untuk didobikan (finally. Haha). Risau charge yang sangat mahal trauma kena charga mahal kat KB dulu, maka saya pilih² je mana yang sangat perlu dicuci. Hasilnya, saya cuma hantar tiga pasang pyjama anak² dan dua helai tshirt hubby. Sikit je kan. Itu pun dah kena charge RM70! Fuhhhh. Nasib tak hantar lagi banyak. Hihi. Setakat ni, dobi Hotel Park Avenue tetap the best!

Jom tengok apa aktiviti hari ke lima.

Hubby balik kerja awal. Sebab Jumaat kan. Jadinya, beliau siap² tapaw Mee Sotong dari Padang Kota. Famous katanya. Ok, bagi saya sedaplah sebab saya memang suka sambal² yang ada rasa lejen. Macam teringat sambal kantin sekolah. Huhu.

Coconut Shake, pun dari padang Kota. Okayyy...sedap. Ada aiskrim vanilla.

Kanak² mandi kolam...

Oh yee... lupa pulak! Hari ni birthday saya tau. Hehe. Takde sambutan apa². Cuma malam tu, hubby bawa dinner di Nurul Ikan Bakar Special. Tempatnya di Gelugor. Sorry, tak snap pulak gambar depan kedai tu. Kalau cari dalam waze, InsyaAllah jumpa. Kedai ni ramai pelanggannya. Tempat duduk pun banyak. Kalau nak duk makan bersila ada, nak makan atas pokok pun ada. Pilih je.

Kami pilih makan bersila. Selesa dengan bebudak ni. Adam pulak tido time ni jd mudah la nak makan. Baringkan je diribaan, jadi bolehlah makan dengan aman. Menu pilihan malam tu ialah Sotong goreng tepung, Butter Prawn, telur dadar, sayur kailan, air fresh oren. Alhamdulillah, sedap semuanya. Habis licingg makan malam tu . Hehe.. Total belanja pun dalam RM41.00

Sampai ke bilik, plan nak on tonton, tengok drama Wadi. Tapi dah terlena masa susukan Adam. Hehe... okay, sambung next entry yaaa...


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment