Homemade Playdoh

Assalamualaikum...

Anak² u all selalu minta belikan playdoh tak? Selalu, kan. Nak beli yang jenama molek sikit, selamat untuk kanak² tu memang mahal sikit la. Pastu main kejap je dah pupus sikit demi sedikit. Hihi. Anak² saya memang suka sangat lah dengan playdoh. Tapi, tak larat lah nak membeli berkali². Hehe. Bukan kedekut tapi berjimat. Haha.

Okay, hari tu scroll newsfeed FB, ternampak sorang mummy ni share cara² dia buat homemade playdoh. Jadi, saya pun tak ketinggalan mencuba... jom saya kongsikan di sini pula ya.

Tiga cawan tepung + 1/2 cawan garam halus. Gaul bagi sebati dulu. Then, masukkan air panas sedikit demi sedikit (anggaran dua cawan air). Kalau nampak doh dah lembik, jangan tambah air dah. Uli sampai sebati, doh dah kurang panas, boleh la tambah sesudu besar minyak. Uli lagi. Boleh tambah cream of tar tar 2 sudu (optional). Saya bubuh 2 sudu kecik je. Sambung uli sampai dia cantik dan tak melekat di tangan. Sampai rasa mcm playdoh tu la...

Then, bahagikan doh, dan warnakan dengan pewarna makanan...

Dah siap warna, boleh la bagi anak² main. Anak² saya seronok kemain bila bagitau saya buat playdoh ni. Ala² kagum gitu. Haha. Padahal diorg tak tau, mamanya dah selamat tong sampah-kan satu adunan tadi. Haha... geram sebab tak jadi. Hihihi...

Sempena hari pertama launch homemade playdoh ni, mama bermurah hati pinjamkan cookies cutter mama. Hehe... silalah main anak² ooiii... main puas-puas,

Diorang bertiga boleh leka selama tiga jam. Suka betul. Selepas tiga jam, dah tak de dah kaler² yang lawa tu. Semua dah jadi kaler kelabu. Haha. Dah bercampur. No problem, selagi ianya homemade dan bahan²nya murah dan mudah dapat, mama tak de sebab nak marah. Sebab lain kali bole uli lagi. =D 

Okaylah, jimat belanja, jimat GST, dan bahan² yang digunakan confirm selamat sebab semuanya berasaskan makanan. Selamat mencuba ya mommies =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment