Olive Tree Hotel Day 3 & 4

Assalamualaikum & Hai...

Hari ke tiga takde aktiviti sangat. Pagi tu breakfast bersama di Coffee House. Kali ni, Si kakak yang sulung tu guna kupon breakfast ofismate husband. Dia datang sorang je. Untuk Kak Ngah, dan 2 adiknya free je. Alhamdulillah.


Boleh pulak mendobi sendiri. Hihi. Malas nak hantar dobi. Tiga helai je nak basuh. Guna liquid detergent yang mak bagi sebagai hadiah cabutan bertuah hari tu =) Sidai dalam toilet dulu bagi air dia turun semua then baru sidai kat tepi tingkap yang boleh buka tu. Cepat kering =)

Petang tu, sekali lagi ke kolam tingkat 8 hotel. Layannnnn.

Sebelah malam takde ke mana-mana. Lepak bilik je. Makan Megi goreng Mi Sedap tu. Janji kenyang =)

DAY 4

Hari ke empat, aktiviti pagi masih sama. Breakfast sama-sama di coffee house. Husband gi kerja, kami lepak je dalam bilik.

Tengahari tu saya cuma panaskan nasi tomato. Nasi ni takde lauk. Kena beli asing. Ada 4 jenis lauk yang boleh pilih. Tapi saya tak beli lauknya.

Lunch. Ada kuih dan sosej breakfast tadi. Yang mana  tak habis, bawak naik atas. Jangan membazir. Hihi.

Hari ni awal husband balik. Kul 3 petang dah ada kat bilik. Bebudak ni terus request nak mandi kolam kat Spice Canopy tu. Dari bilik boleh nampak splash pool tu. Hari-hari duk aim nak mandi situ. Huhu. So, husband cakap, jom siap! Suka la kanak2 tu.

Aduiii. Kitorang parking tak jauh dari Aquatic Centre tu tapi naik lif keluar tempat yang salah. So, jalan-jalan makan angin la kejap. 

Kids Park ni free entrance je. Open untuk public. Tapi kanak-kanak ni tak berminat nak main sini. Semua excited nak mandi kolam.

Yang tinggi tu Olive Tree Hotel.

Bangunan Aquatic Centre. Ok kita sambung next entry untuk Splash Pool ya.

Next...

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment