Olive Tree Hotel, Penang Day 5 & Last

Assalamualaikum & Hai.

Ya Allah lamanya tak update blog ni. Post yang last pun tak habis ceritanya. Dekat setahun tergantung. Haha. So malam ni saya nak sudahkan ceritanya. Sebab lepas ni banyak lagi cerita yang nak diabadikan di sini =)

Malam sebelum berangkat pulang ke Puchong....

Pekena Pasembor dulu. Sedap. Tak puas makannya. Tapi dah tak lalu nak lepak malam2 kat sini. Almaklumlah dengan anak-anak kecik ni... Makan sekadar alas perut je. Lagipun, mahai. Hihiiiiii.

Sepinggan ni pun dah berapa puluh RM harganya... 

Esoknya check out. Sebelum check out, kita bergambar dulu. Hiasan ni semua sempena sambut krismas tak lama lagi.





Suka la budak-budak. Sakan bergambar.

Aktiviti wajib kalau ke Penang. Cari jeruk lah kita. Semua suka makan kan.



Balik tu kami naik feri. Dapat letak gambar view laut je la haha. Sebab gambar kitorang atas feri tak brapa cun lahaiiiii. 

Okeylah. Habis dah hutang cerita ke Penang tahun 2017. Lagi 3 bulan, genap la setahun cerita ni huhuuuu. Apsal la malas sangat nak blogging sekarang ni kan?

Okey, jumpa lagi di next post =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment