Royale Chulan, Seremban. Mac 2018.

Assalamualaikum & Hai.

Seperti biasa, tuan suami outstation selama 6 hari. Tapi kali ni dekat je. Kat Seremban je. Aaii dan anak-anak tak ikut la sebab bukan cuti sekolah huhuuu. Jadinya selama 5 hari tu kenalah uruskan rumahtangga dan anak-anak secara solo. Kerja-kerja hantar dan jemput anak secara bersendirian. Tapi takde masalah la tu. Dah biasa =)

Tetapinya, ada la adik lelaki Aaii temankan selama ketiadaan suami tu. Oklah tu. 

Yang menjadi masalahnya bila terlalu multitask, akan ada perkara tak diingini berlaku. Haha. Pagi khamis yang bahagia, Aaii secara tak sengaja pergi langgar pintu pagar. Aduiiii. Rasa macam dah tekan buka untuk dua pagar. Tapi, satu pagar je buka. Hmmmm... tak pasal-pasal bengkok 1 pagar ni. Stress weiiii. 

Ambil masa juga la nak inform tuan suami pasal pagar ni. Takut juga dia marah,kan. Hihi... Tapi bila dah bagitau tu dia tenang-tenang aje. Dia pun faham kot yang wife dia kalut semacam bila dia takde. Haha. Manja ngatttt!

Dan tak pasal-pasal petang tu lepas habis audit, dia balik! Balik sebab nak jemput kami ke Seremban. Huhuuuu. Eh, esok kan sekolah. Haha... monteng la jawabnya. Bebudak suka la bila bagitau malam ni nak tido hotel kan. Dah terbayang-bayang kolam kannnn.

Aaii okey jelah. Boleh rehat, release stress kejap kan.

Tarikan pertama anak-anak. Ofkos bath tub. Eheeee...


Katil king. Kitorang bawa juga selimut dan toto macam biasa... Best hotel karpet tebal. Aaii sukeeee.


Alahai anak-anak. Lima orang dah huhu. 

Breakfast di pagi Jumaat. Konon nak merasa Kimchi. Alamak tak lepas kat tekak Aaii. Taktau la kot chef sini buat tak sedap ker...

Pusing keliling hotel lepas breakfast. Ada playground. Layan anak-anak riadah dulu sambil ambil angin pagi.

Lepas tu, aktiviti feveret anak-anak la kan. Terjun kolam! Mujur papa nya rajin melayan.

Mama nya macam biasalah, selfie.. wefie... Hihi. Aisyah sedap tido. Dapat cahaya matahari pagi.

Suka budak2 ni sebab kolam ni ada slide kat belakang tu. Tapi kena ada pengawasan orang dewasa la. Kawasan situ air dia dalam.

Jacuzzi pula. Layan....

Spa bersebelahan kolam.

Suplemen Shaklee jangan lupa. Penting ni =D

Sebelum Checkout, kita abadikan kenangan kita di sini.

Selesai percutian 2 hari 2 malam di Royale Chulan Seremban. Sepanjang duk sana, takde keluar makan pun. Hanya breakfast di hotel dan order delivery dari peniaga-peniaga makanan kat sana. Masuk la group2 FB food delivery situ. Senang kerja Aaii. Hihiii.

Balik dari Seremban baru fikir balik pasal pagar yang rosak tu haha. Melayang RM150 untuk repair. Aduiii.

Okey kita sambung next entry ya...

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment