Open Wardrobe di Bilik Tetamu Guna Barang IKEA

Assalamualaikum & Hai....

Sebelum berpantang tahun lepas, dah kemas dan susun molek dah bilik kat tingkat bawah ni. Actually ni bilik untuk tetamu. Especially kalau parent, adik beradik datang bermalam. Masa sebelum berpantang tu, kemas la molek2 sesuai dengan keadaan. Tapi masa dalam pantang tu, boleh pulak gi ubah lagi kedudukan perabot bilik tu haha. Tapi ubah dengan bantuan suami la of kosss.

Gambar sebelum. Ada satu mulig je lekat kat situ. Lama-lama nampak membazirnya ruangan ni. Huhu. 


So, decide alih MALM yang kat hujung katil tu ke dinding ni. Alih mulig dan tambah satu lagi mulig yang baru. Tempat asal MALM tu letak meja Linnmon dan kerusi Adde. Jadi tempat bekerja/ studi. Tertutup sikit ruang tu so sesuai la. Dekat dengan tingkap.

Wajah selepas diubahsuai semula. Oklah sikit. Banyak baju boleh gantung. Boleh gantung sejadah. Drawer MALM tu khas untuk simpan cadar, selimut, tuala dan lain2 untuk kegunaan tetamu. 

Lain kali kita snap pic satu bilik ni pulak. Tunggu bilik ni lawa dululah. Eheee...

Mulig, MALM, spice rack yang dijadikan rak letak Al-Quran dan Yassin. Semua dari IKEA. Suka sangat barang Ikea, kan =)

Okey nanti sambung next entry ok....

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment