Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan blogers saya, silent readers dan siapa-siapa sahaja yang sudi singgah di blog saya. Sekiranya ada salah silap penulisan atau gaya penyampaian dalam blog ini, mohon diampuni =)

Takde cerita sangat nak diceritakan. Just nak berkongsi sedikit sambutan raya tahun ini. Tahun ini, giliran beraya di rumah Ayah dan Mak saya. Seronok, la kan. Beraya kat rumah sendiri. Tapi bagi saya rumah mak ayah atau mertua, saya tetap seronok sbb raya pertama masih boleh beraya di dua-dua rumah. Maklumlah, dekat sangat, Hanya lebih kurang 15 minit perjalanan. Hehe. Untung kahwin dekat-dekat ni kan. Jom kita layan gambar raya =)

Ini keluarga saya. Adik beradik saya ada 10 orang. Tiga daripadanya dah berkahwin menjadikan total ahli keluarga tahun ni, 21 orang. Alhamdulillah. Meriah sungguh. Gambar ni ambil pun dah petang. Biasalah, bila dah ramai-ramai mmg susah nak bersiap awal. Lepas bergambar ni siap-siap terus ke Kuantan, rumah nenek.
 
Mak dan ayah saya.... =)
 
Keluarga bahagia saya. Hehe.. susah nak bergambar molek-molek. Anak-anak ada macam-macam ragam =)
 
Settle bergambar di rumah mak ayah saya, kami terus ke rumah keluarga husband. Tak jauh pun. Sempat la beraya, makan lemang, siap bergambar lagi. Kebetulan jugak datang petang tu, adik beradik semua cukup. So, complete la gambar famili =)
 
Dah siap beraya, kami gerak terus ke Kuantan, rumah nenek. Mak ayah & adik-adik dah gerak dulu. Kitorg je lambat sikit. Lambat pun dalam 30 minit je.
 
Pagi raya ke dua, sebelum ke rumah Ayah Long di Sungai Soi. Kuantan jugak, Tak jauh pun dalam 30 minit kot. Duk kat rumah nek satu malam mmg agak mencabar. Haha.. Tapi bersempit-sempit pun seronok cuma tak tahan si kecik duk menangis sepanjang malam sbb tak selesa. Haha. Setahun sekali je dik.

Settle beraya di rumah Ayah Long, sempat lagi bergambar ramai-ramai. Ramainyaaaa! Petang raya ke dua, saya balik rumah mertua pulak...Raya ke 4 kot.. balik smula rumah mak ayah. Begitulah setiap tahun... =)

Okey, ini aje lah cerita kali ni... =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment