Day 3 - Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Skip terus cerita hari ke tiga. Sebab hari ke dua takde pegi mana-mana. Duk melanguk dalam bilik je ngan budak-budak. Lunch hari ke dua tu pun order room service je. Malam nya, hubby tapaw je. Senang =) 

Hari ke tiga la baru ada aktiviti sebab hubby balik audit awal. So, dalam jam 4pm tu kami ke Bukit Bendera.

Last time saya naik Bukit Bendera ni tahun 2007. Masa tu tgh pregnantkan si budak baju pink tu. Hehe. Sekarang dah besar pun dia. Siap bawak adik-adik dia naik sekali. Masa tu, saje jalan ke Penang sempena hubby nak bertukar balik ke KL... 

Last time datang, masih naik keretapi yang slow tu. Gok gek gok gek naik bukit. Kali ni, train dia lajunyaaa... Tak sempat nak feeling2 suasana keliling. Tapi saya lak rasa sebu semacam. Mujur takde sampai nak termuntah. Bab naik train ni, bebudak la paling excited. Sebab tu saje naik sini lagi. Saya tak ingat harga tiket untuk sekepala. Cuma yang pasti, kami berlima.. 2 dewasa 3 kanak (2 - 6 tahun) total RM18 untuk pergi balik.

Tarikan pertama diorang bila sampai kat atas.
Yang ni pun. Cuma tak sesuai la dengan umur mereka. Nak main pun mahal. Hehe...
Penat panjat tangga.. tapi rasa best tengok view dari atas.





Antara view yang saya suka sangat.
Banyak ambil gambar pemandangan je. Sangat takde feel nak bergambar berlima. Maklumlaa... macam-macam ragam kan.

Tak banyak berubah rasanya sejak last datang sini. Tapi untuk rasa lengkap datang Penang, kena la naik Penang Hill, kan. 
Ini gambar hari ke lima. Dah check out hotel. Konon nak singgah Chowrosta. Tapi takde parking, putus angin terus. Hehe. So, berhenti tepi jalan sebab nak beli jeruk je la. Beli pun tak banyak sebab konon-konon nanti nak beli lagi. Ye lahhh...

Plan asal nak pusing dalam Georgetown je. Tapi, tetiba decide nak jumpa best friend zaman Uniten dulu. Disebabkan petang tu dia nak balik Ipoh, so gegas jugaklah ke Balik Pulau semata-mata nak melepas rindu sahabat lama =)
Sahabat baik dan juga regular customer Shaklee saya. Sahabat ni la yang selalu follow up saya dah solat belum. Selalu ingatkan saya untuk pakai pakaian tutup betul-betul. Minat kami hampir sama. Masa tu suka sangat pakai tshirt + jeans + kasut snickers. Hehe. Remaja la katanya =)

Dua jam kami makan dan berbual kat KFC Balik Pulau sambil tunggu hubby selesai solat Jumaat. Rasa tak puas bercerita. Hehe. Lepas tu, kami menuju ke Batu Feringgi. Till we meet again ya, Dann =)

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Sambung next entry =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment