Surirumah Biasa @ Surirumah Bekerjaya??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pembaca sekalian? Adakah anda membaca post saya ini dari ofis atau dari sofa empuk puan-puan di rumah? Dengan keadaan ekonomi sekarang (harga barang naik, yuran taska naik, gaji pembantu rumah pun naik dsbnya) saya pasti ramai di antara kita terpaksa bekerja makan gaji (suami-isteri) untuk menampung kehidupan terutamanya di bandar-bandar besar.
Saya? Alhamdulillah….Sejak meletakkan jawatan pada bulan April 2014 lalu banyak masa di habiskan di rumah menjaga & melihat sendiri anak-anak membesar di hadapan mata. Rutin harian hidup juga telah berubah. Kalau dulu tiap-tiap pagi rumah kami lah antara yang paling ‘havoc’ sekali. Mana nak suruh anak-anak bangun tidur, nak sediakan sarapan, nak sediakan bekalan makanan & sebagainya. Keluar rumah, terus hantar anak ke taska di cyberjaya (3 orang). Selepas itu husband akan hantar saya pula ke ofis di Putrajaya sebelum patah balik ke ofis beliau di Cyberjaya. Waktu petang pula, husband akan ambil ketiga-tiga orang anak sebelum menjemput saya. Sampai rumah, berserabut sebab tengok rumah pun tak berkemas. Nak memasak pun malas. End up hanya pada hujung minggu sahaja kami sekeluarga akan buat aktiviti mengemas.

Serabut kan?
Bila dah resign ni, kehidupan terurus. Anak pertama & kedua  (6 tahun & 4 tahun) masih lagi di hantar ke sekolah. Anak ketiga (2 tahun) di jaga sepenuhnya oleh saya (JIMAT 1).

Husband tidak perlu lagi menghantar & menjemput saya tiap-tiap pagi. Jimat duit minyak (JIMAT 2), Jimat masa (JIMAT 3).

Rumah pun sentiasa kemas (yang ni BONUS).

 So, apa yang saya buat? Asyik duduk rumah je? Tak takut nanti di kata habiskan duit suami je?
Pada saya menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.

Sebenarnya sebelum berhenti kerja saya menjalankan perniagaan Shaklee. Ia bermula apabila saya mencuba set penyusuan dari kawan saya. Alhamdulillah…hasil dari penggunaan set tersebut saya sangat berpuas hati. Sejak dari itu saya terus mengamalkan lain-lain produk Shaklee dan ternyata ianya serasi dengan saya. Saya juga selalu bercerita tentang khasiat produk Shaklee terutamanya set menyusu kepada kawan-kawan dan ramai antara mereka pula berminat untuk mencubanya.


Dari 1 order sebulan meningkat menjadi 1 order seminggu dan sehingga kini boleh dikatakan tiap-tiap hari ada saja order dari kawan-kawan& pelanggan baru untuk mencuba set dari Shaklee terutamanya Set Menyusu, Set Bersalin & Set Berpantang. Apabila order semakin banyak & banyak juga barang perlu di pos (selalunya husband saya yang menjadi mangsa pergi ke pos office) saya mula terfikir untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM (Working at Home Mother). Husband menyokong penuh hasrat saya.
Bulan April 2014 secara rasminya saya menjadi WAHM dan menjalankan perniagaan membuat kek secara kecil-kecilan dan juga jualan langsung Shaklee.
Alhamdulillah sekarang saya tidak perlu terkejar-kejar ke sana ke mari untuk mengejar deadline dsbnya. Bisnes Shaklee pada saya adalah satu bisnes yang amat sesuai dijalankan oleh suri rumah kerana kesemuanya boleh dilakukan menggunakan internet.
Bermula dari order dari customer, kita membuat belian dsbnya semuanya dihujung jari. Even penghantaran barangan pun di uruskan oleh Shaklee (dengan sedikit caj penghantaran dikenakan kepada customer).

Di dalam Shaklee, saya mencapai apa yang saya selalu impikan yang sukar untuk di capai bila bekerja makan gaji. Dengan Shaklee (dan sudah pasti dengan izin dari ALLAH) saya boleh;
  1. Meluangkan lebih masa dengan anak2 (home based business)
  2. Mengemas rumah dengan lebih kerap (hehehehehehe)
  3. Menolong keluarga di kampung
  4. Mempunyai 2 kereta atas nama sendiri (viva & city)
Alhamdulillah……

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment