Realiti Hubungan Shaklee & Israel



Assalamualaikum...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan kejam rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza. Serentak dengan itu heboh satu dunia mengutuk tindakan tersebut dan menyeru negara seluruh dunia untuk memboikot produk Israel dan syarikat yang menyokong rejin Zionis.

Dalam internet (FB terutamanya) heboh tentang syarikat Shaklee menyokong Rejim Zionis. Ramai keyboard warrior tanpa segan silu berkongsi 'screen capture' dari laman web keneseth dan disebabkan tertera logo Shaklee tanpa usul periksa telah menuduh secara membabi buta.



'screen capture Keneseth Israel'


Persoalannya.....adakah mereka klik di icon Shaklee tersebut?

Saya pasti hampir 100% yang 'share' berkaitan perkara tersebut tidak klik di ikon itu.

Apabila kita klik icon Shaklee seperti di laman web Keneseth Israel, ia akan membawa kita terus ke laman seperti di bawah ini.

Perhatikan alamat laman web tersebut (anak panah sebelah kanan) (http://kic.myshaklee.com).

Alamat laman web rasmi ialah www.shaklee.com. (seperti gambar terakhir)

Perhatikan juga anak panah sebelah kanan (Shaklee Independent Distributor). Ia bermaksud bahawa orang perseorangan (ejen) yang memilik laman web tersebut dan bukannya Syarikat Shaklee.

Analogi yang mudah...Si A & Si B adalah ejen kereta Honda. Si A menggunakan sedikit keuntungan untuk menyumbang kepada Israel. Sedangkan Si B tidak menyumbang apa-apa kepada mana-mana pertubuhan atau negarapun. Bolehkah kita pukul rata bahawa syarikat Honda menyumbang kepada Israel?

Tak boleh, sebabnya tindakan Si A adalah tindakan peribadi beliau. Kenapa Shaklee tak ambil tindakan terhadap Independent Distributor ini?

Sebenarnya Shaklee tiada hak untuk menentukan apa yang patut kita nak buat dengan duit kita. Contohnya, kalau saya hendak menderma ke Palestin, saya boleh berbuat demikian tanpa ada apa halangan.

Lebih kurang kalau kita dapat gaji. Adakah majikan kita cakap "duit gaji ni tak boleh bayar kereta", "tak boleh bayar sewa rumah" dsbnya?



laman web Shaklee Independent Dstributor

Di bawah ini adalah laman web rasmi Shaklee yang tidak mempunyai pautan ke Keneseth Israel



laman web rasmi Shaklee


Pautan lain


0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment