Shaklee tidak halal?

Assalamualaikum w.b.t.....
Selalu sangat dapat soalan dari bakal customer berkenaan status halal shaklee ni. Kalau kita tengok label botol Shaklee pun tiada tanda Halal. So Shaklee ni halal atau tidak sebenarnya????
Saya tidak menyalahkan kepada mereka yang menanyakan soalan2 seperti ini. Ye la, mencari yang halal tu kan wajib. Lagipun ini bahan yang kita makan, yang kita masukkan dalam badan kita. Takkan kita nak masukkan benda-benda yang tidak halal kan?
Alhamdulillah, sebenarnya produk Shaklee ni memang disahkan halal, tapi bukan oleh Jakim. Lihat sijil halal di bawah @ boleh klik di sini.
Kenapa sijil halal ni dikeluarkan di Amerika? Laku ke sijil ni di Malaysia?
Untuk makluman, produk Shaklee dikeluarkan di Amerika Syarikat dan di import ke Malaysia. Adalah lebih mudah jika permohonan sijil halal di buat di negara pembuat daripada memohon sijil halal daripada setiap negara di mana Shaklee menjalankan operasinya.
Laku ke sijil ni? Haaaaaaaa..... Untuk pengetahuan semua, organisasi yang mengeluarkan sijil halal ini di iktiraf oleh Jakim (sila klik di sini dan tengok list yang bernombor 58 )
Untuk makluman, sijil ini juga diperbaharui setiap tahun. Kalau nak tengok sijil untuk tahun-tahun sebelumnya.....sila tanya encik Google ye.....
"saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berbeza. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan" - Dr. Forrest C. Shaklee. Sr.

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment