Farm In The CIty, Seri Kembangan

Assalamualaikum...

Hasil Matta Fair hari tu, maka kami mencuba nasib di destinasi pertama. Farm In The City, Seri Kembangan. Tak jauh pun dari rumah kami. Lebih kurng 15minit kalau tak jem. Kalau nak pegi sini eloknya pagi la.. dan bawak la topi dan lebih afdal pakaikan anak2 kasut sukan. Selesa utk mereka. Takyah la baju yang heavy2 sgt sbb konsep tempat ni, kebun. So, kalo baju tebal2, sian diorg panas. Kalau lupa bawak topi x pe. Situ ada jual topi jugak. Ohye, jangan lupa bawa air mineral. Sini luas tempatnya.

Tengok pintu masuk aje pun anak2 dah excited semacam. Tapi secara psikologinya anak2 mmg suka pegi zoo kan. So, mmg best la bawak kanak2 ke sini.

Masa mendaftar, kami just tunjuk voucher yang dibeli masa Matta Fair. Takyah bayar la dah. Cuma tambah sket utk horse riding budak2. Dapat la vitagen utk setiap tiket.

My Three kids. See.. saya pakaikan sport shoes. Baju pun yg tak memanaskan. Cuma topi je lupa bawak. Kitorg pun tak perasan ada kiosk jual topi.


T
Tak takut..

Jinak kambingnya. Kalau anak2 tak biasa duk kampung, elok la bawak ke mari.

Tempat ni paling anak-anak suka. Arnab nya pun jinak belaka.

Kalau tak datang sini, tak kenal la anak ayam. Kat sini jugak dapat peluang pegang anak ayam. Hai anak-anak...masa kecik2, ni la mainan mama kamu. Sampai kena kejar dek mak ayam. Haha.

Bagi makan swan. Last bagi makan swan masa hanimoon kat Bukit Tinggi dulu. Skrg anak dah tiga dah. Hehe.

Takut-takut je pegang burung. Bebudak seram gak sbb kuku burung tu cengkam lengan. Huhu.

Aktiviti sblm keluar, naik kuda la dua beradik tu. Si adik kecik tak naik sbb tak cukup tinggi. Hihi.

Ahamdulillah selesai satu trip untuk anak-anak. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi highlight sikit je la. Next trip will update soon... Thanks for reading guys =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment