Hotel Neo+ Penang

Assalamualaikum & Hai.

Ke Penang lagi kita kali ni sempena cuti sekolah bulan Mac lepas. Hmmm.. rasanya ni yang last ikut suami outstation. Sekarang beliau pun dah upgrade, dah tukar bahagian. Jadinya takde dah kena kerja luar. Alhamdulillah, happy untuk dia. Akhirnya kesabaran, kegigihan membuahkan hasil.


Lepas check in, kami ke GAMA. Pasaraya paling dekat dengan hotel ni. Nak jalan kaki pun boleh. Beli sedikit makanan dan keperluan.

Untuk malam pertama, dapat bilik kecik ni sebab bilik besar penuh. Esok kena tukar bilik. Hmmm... agak tercalar sikit mood haha. Bilik pun takde karpet. Huhuuu. Aaii kurang berkenan kalau lantai tiles ni. Kalau lantai kayu atau laminate ok lagi.

Nasib baik satu malam je kat bilik ni. Makan malam ni order dari restoran hotel ni je. Ok juga, sedap makanan dia. Anak-anak makan selera je. Tapi malam ni agak x ok untuk kitorang. Anak ke dua muntah teruk. Habis toto, selimut semua. Nasib tak muntah atas katil hotel ni. Baju bape kali tukar. Habis..... nightmare betul malam tu.

View di pagi hari. Dekat sangat ngan komtar.

Lepas breakfast, husband macam biasa la terus pergi audit. Kami balik ke bilik dan buat la aktiviti masing-masing. Tak lama pastu receptionis call untuk urusan pindah bilik. Naik 1 tingkat je. So, kemas2 barang dan transfer je. Sepanjang kerja-kerja transfer barang tu, anak2 stay je kat bilik. Sekali sekala ada la anak ke dua menolong angkat barang.

Bilik yang ni oklah sikit. Besar dan selesa la untuk kami 7 orang. Cuma, lantai tetap tiles. Huhuuu. Sejukkkk nak pijak. Nasib baik ada bagi selipar.



Setel semua, turun ke lobi dan pulang kunci. Then, masuk bilik sambung kemas-kemas.

KakLong dapat baju renang baru. Beli dengan orang sini je. Dia siap delivery sampai ke bilik hotel. Hebat, kan. Hihii.

Stok makanan. Lama nak duduk sini. Ahad - Sabtu.

Katil, macam biasalah wajib gabung macam ni. Tambah pulak toto yang dibawa dah kotor kena muntah. Mujur dah gabung macam ni cukup selesa semua nak tido. Aaii request juga extra bantal dan selimut. Anak yang paling kecik tu memang tak turun la ke lantai. Golek atas katil je.

Malam ke dua, suami nak surprise bawa makan Char Kuey Teow Mady kat Ferenggi. Yela dia tau sangat wife dia ni suka sangat makan CKT. Tapi malangnya kedai tutup. Hmmm.. Terpaksa la cari kedai lain area situ. Makan kat kedai makan area chalet BackPackers yang pernah kitorang stay sebelum ni. Dah takde dah pun chalet tu. Balik dari makan, pegi Dobi. Cuci segala pakaian kotor especially yang terkena muntah tu. Toto je la tak cuci. Masa ni anak-anak tido sangat dah. Dah lewat malam. Ngantuk sangat.

View malam ke tiga. Cantik bangunan Komtar. Ada Jurassic Park situ. Hari-hari budak ni duk tengok, duk sebut. Tapi, takde rezeki nak pergi. Next time ya...

Malam ke tiga, suami belanja Naan Cheese Ayam Tandoori. Yeay!! Pergi beli ni naik uber je. Dekat je.

Breakfast sini? Biasa je makanan dia. Hari-hari menu sama. Huaaa. Telan je la selama enam hari ni. Takde menu menarik, tak banyak pilihan. Tak brapa enjoy.

Makan lunch, order je dari group delivery Penang. Sebelum datang sini memang dah prepare join group makanan diorang. Senang nak minta delivery makan. 

Ni hasil Adam paw papa dia kat Mr DIY @Gurney Plaza, malam ke empat. Malam tu saje la jalan-jalan mall dia. Konon nak mencari mandian Buds untuk Kakde. Tapi tak jumpa. Sepanjang masa kat Neo ni memang teruk sangat kering kulit KakDe. Memang kesian dan frust tengoknya.

Untuk makan malam tu, beli kat kedai PakMat Tempe (alamak tak ingat nama kedainya). Korang tengok kat anak panah merah tu. Situ kedainya. Sedap makanan dia tau. Nasi goreng, mee goreng mamang sedap. Murah lak tu. Ok, bangunan besar tu lah GAMA. Suka btul budak2 ni nak g GAMA. Haha.

Esoknya, Adam demam. Tiba-tiba panas sangat badannya. Memang susah hati kami nya. Terpaksa mandikan dia terus sebab takutnya kalau sawan ke apa. Duk jerlum je kepala, suh minum air. Risau, risau. Papa nya masih kerja. Hari ni balik lewat sikit. Sementara tunggu suami balik tu, cek juga mana klinik panel kat sini huhu. Suami balik, terus gegas ke klinik.

Malam ke enam, malam last kat sini. Kedai PakMat tutup pulak. Perut lapar ni huhu. Kesudahannya, suami keluar beli Nasi Kandar Deen Maju.Dekat je. Lagipulak Aaii duk sebut-sebut nak try kan. Nak mintak runner sini beli macam takde je malam ni. So, redah je sendiri. Beratur pun panjangggg. Tapi Alhamdulillah dapat gak merasa. Puas tekak & perut Aaii haha. Suami pun duk cakap besttt. Teringat2 huhu.

Yaaa... itu dia hasil kutipan selama 7 hari 6 malam kat sini. Haha. Jimatttt tak payah beli tisu, teh, berus gigi, sabun ... hihi.

Tiba masanya untuk check out. Yeay. Rindu rumah sendiri dah. Seronoknya nak balik. Tak berjalan sangat pun kali ni. Gambar kat kolam pun tak ambil. Bape kali je mandi kolam pun.

On the way balik, jumpa billboard Cuckoo. Suka ngattt. Aaii sekarang agen Cuckoo tau. Nak pasang penapis air, penapis udara atau multicooker, boleh la contact Aaii =)

Haha... masuk Selangor, kete buat hal pulak dah. Lepas isi minyak, takleh start. Ok terpaksa minta bantuan polis bantuan PLUS. Sambil diorang setel kan kereta tu, jom wefie =D

Dah setel, terus balik rumah. Alhamdulillah selamat sampai. Malam ni makan kat rumah order delivery jer. Kat area rumah ni ramaiii orang buat servis delivery makanan. Alhamdulillah.

Okey nanti sambung next entry ye... 

Open Wardrobe di Bilik Tetamu Guna Barang IKEA

Assalamualaikum & Hai....

Sebelum berpantang tahun lepas, dah kemas dan susun molek dah bilik kat tingkat bawah ni. Actually ni bilik untuk tetamu. Especially kalau parent, adik beradik datang bermalam. Masa sebelum berpantang tu, kemas la molek2 sesuai dengan keadaan. Tapi masa dalam pantang tu, boleh pulak gi ubah lagi kedudukan perabot bilik tu haha. Tapi ubah dengan bantuan suami la of kosss.

Gambar sebelum. Ada satu mulig je lekat kat situ. Lama-lama nampak membazirnya ruangan ni. Huhu. 


So, decide alih MALM yang kat hujung katil tu ke dinding ni. Alih mulig dan tambah satu lagi mulig yang baru. Tempat asal MALM tu letak meja Linnmon dan kerusi Adde. Jadi tempat bekerja/ studi. Tertutup sikit ruang tu so sesuai la. Dekat dengan tingkap.

Wajah selepas diubahsuai semula. Oklah sikit. Banyak baju boleh gantung. Boleh gantung sejadah. Drawer MALM tu khas untuk simpan cadar, selimut, tuala dan lain2 untuk kegunaan tetamu. 

Lain kali kita snap pic satu bilik ni pulak. Tunggu bilik ni lawa dululah. Eheee...

Mulig, MALM, spice rack yang dijadikan rak letak Al-Quran dan Yassin. Semua dari IKEA. Suka sangat barang Ikea, kan =)

Okey nanti sambung next entry ok....

Royale Chulan, Seremban. Mac 2018.

Assalamualaikum & Hai.

Seperti biasa, tuan suami outstation selama 6 hari. Tapi kali ni dekat je. Kat Seremban je. Aaii dan anak-anak tak ikut la sebab bukan cuti sekolah huhuuu. Jadinya selama 5 hari tu kenalah uruskan rumahtangga dan anak-anak secara solo. Kerja-kerja hantar dan jemput anak secara bersendirian. Tapi takde masalah la tu. Dah biasa =)

Tetapinya, ada la adik lelaki Aaii temankan selama ketiadaan suami tu. Oklah tu. 

Yang menjadi masalahnya bila terlalu multitask, akan ada perkara tak diingini berlaku. Haha. Pagi khamis yang bahagia, Aaii secara tak sengaja pergi langgar pintu pagar. Aduiiii. Rasa macam dah tekan buka untuk dua pagar. Tapi, satu pagar je buka. Hmmmm... tak pasal-pasal bengkok 1 pagar ni. Stress weiiii. 

Ambil masa juga la nak inform tuan suami pasal pagar ni. Takut juga dia marah,kan. Hihi... Tapi bila dah bagitau tu dia tenang-tenang aje. Dia pun faham kot yang wife dia kalut semacam bila dia takde. Haha. Manja ngatttt!

Dan tak pasal-pasal petang tu lepas habis audit, dia balik! Balik sebab nak jemput kami ke Seremban. Huhuuuu. Eh, esok kan sekolah. Haha... monteng la jawabnya. Bebudak suka la bila bagitau malam ni nak tido hotel kan. Dah terbayang-bayang kolam kannnn.

Aaii okey jelah. Boleh rehat, release stress kejap kan.

Tarikan pertama anak-anak. Ofkos bath tub. Eheeee...


Katil king. Kitorang bawa juga selimut dan toto macam biasa... Best hotel karpet tebal. Aaii sukeeee.


Alahai anak-anak. Lima orang dah huhu. 

Breakfast di pagi Jumaat. Konon nak merasa Kimchi. Alamak tak lepas kat tekak Aaii. Taktau la kot chef sini buat tak sedap ker...

Pusing keliling hotel lepas breakfast. Ada playground. Layan anak-anak riadah dulu sambil ambil angin pagi.

Lepas tu, aktiviti feveret anak-anak la kan. Terjun kolam! Mujur papa nya rajin melayan.

Mama nya macam biasalah, selfie.. wefie... Hihi. Aisyah sedap tido. Dapat cahaya matahari pagi.

Suka budak2 ni sebab kolam ni ada slide kat belakang tu. Tapi kena ada pengawasan orang dewasa la. Kawasan situ air dia dalam.

Jacuzzi pula. Layan....

Spa bersebelahan kolam.

Suplemen Shaklee jangan lupa. Penting ni =D

Sebelum Checkout, kita abadikan kenangan kita di sini.

Selesai percutian 2 hari 2 malam di Royale Chulan Seremban. Sepanjang duk sana, takde keluar makan pun. Hanya breakfast di hotel dan order delivery dari peniaga-peniaga makanan kat sana. Masuk la group2 FB food delivery situ. Senang kerja Aaii. Hihiii.

Balik dari Seremban baru fikir balik pasal pagar yang rosak tu haha. Melayang RM150 untuk repair. Aduiii.

Okey kita sambung next entry ya...

Olive Tree Hotel, Penang Day 5 & Last

Assalamualaikum & Hai.

Ya Allah lamanya tak update blog ni. Post yang last pun tak habis ceritanya. Dekat setahun tergantung. Haha. So malam ni saya nak sudahkan ceritanya. Sebab lepas ni banyak lagi cerita yang nak diabadikan di sini =)

Malam sebelum berangkat pulang ke Puchong....

Pekena Pasembor dulu. Sedap. Tak puas makannya. Tapi dah tak lalu nak lepak malam2 kat sini. Almaklumlah dengan anak-anak kecik ni... Makan sekadar alas perut je. Lagipun, mahai. Hihiiiiii.

Sepinggan ni pun dah berapa puluh RM harganya... 

Esoknya check out. Sebelum check out, kita bergambar dulu. Hiasan ni semua sempena sambut krismas tak lama lagi.





Suka la budak-budak. Sakan bergambar.

Aktiviti wajib kalau ke Penang. Cari jeruk lah kita. Semua suka makan kan.



Balik tu kami naik feri. Dapat letak gambar view laut je la haha. Sebab gambar kitorang atas feri tak brapa cun lahaiiiii. 

Okeylah. Habis dah hutang cerita ke Penang tahun 2017. Lagi 3 bulan, genap la setahun cerita ni huhuuuu. Apsal la malas sangat nak blogging sekarang ni kan?

Okey, jumpa lagi di next post =)