Tanda dan Simptom HB Rendah Serta Risiko

Assalamualaikum....

Keletihan adalah satu simptom popular yang memberi isyarat bahawa HB anda rendah. Keletihan berlaku apabila tubuh badan tidak mempunyai sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke bahagian-bahagian dan tisu tubuh.

Apa itu Hemoglobin?
Ia merupakan sejenis protein yang kaya dengan zat besi yang membantu sel-sel darah merah membawa oksigen dari jantung ke seluruh tubuh.

Selain keletihan, terdapat beberapa lagi simptom dan tanda-tanda HB anda rendah :
  • Terasa hendak pitam 
  • Sesak nafas
  • Pucat pada kulit dan kuku
  • Pening
  • Sejuk pada kaki dan tangan
  • Sakit kepala
  • Sakit dada
Jantung perlu bekerja lebih keras untuk membawa oksigen ke seluruh badan akibat kekurangan hemoglobin. Apabila jantung perlu mengepam lebih kuat, ia akan mengakibatkan degupan jantung yang tidak teratur (berdebar-debar) seterusnya mengakibatkan sakit dada.

Cegah HB Rendah dengan Suplemen Shaklee 


Testimoni dari seorang pengguna Suplemen Shaklee yang berjaya mengatasi masalah HB rendah

Testimoni dari saya sendiri, hasil pemeriksaan antenatal berkala di Klinik, HB saya dalam bacaan 11 ke atas iaitu bacaan normal =)  

Risiko dan Kesan HB rendah kepada ibu hamil :
  •  Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Risiko dan Kesan HB rendah kepada bayi dalam kandungan :
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Sangat penting bagi ibu-ibu hamil mengambil suplemen 'tambah darah' bagi mengekalkan paras normal HB. Ianya memberi manfaat buat ibu dan anak di dalam kandungan. Malah, selepas kelahiran suplemen ini patut diteruskan untuk kesihatan optimum dan melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu =)

Saya doakan ibu-ibu hamil akan terus diberikan kesihatan yang baik. Jangan lupa dapatkan Vitalea + Vita c + B Complex dari saya =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment