PG Gold Museum, Penang

Assalamualaikum...

Salah satu tarikan baru di Penang. Sebenarnya kami pun tak tahu. Hehe. Tapi, ketika dalam perjalanan dari Padang Kota ke Chaw Rosta, kami terpandang muzium ni. Sangat la menarik minat kami nak masuk ke sini. Jadi, lepas ke 3D Trick Art Muzium, kami decide singgah di sini sebagai destinasi terakhir sebelum pulang...


Dealer PG kalau tak singgah sini, rugi tau. Dan, bagus juga ada muzium ni.. dapatlah kita mengenali sejarah emas serba sedikit. Nak masuk ni. ada tiketnya. Dewasa RM28.00

Muzium ni baru je di buka pada Mei 2015.

Pembelian emas juga boleh dilakukan di sini =)


Antara koleksi emas dan silver Public Gold. 


Staff Muzium akan guide kita sepanjang sesi lawatan ke dalam muzium ni. Cantik interior muzium ni. Sangat kreatif. Terasa macam duduk dalam gua =)


Ruang 3D untuk fotografi.



Ni tempat orang buat Gold Wish. 

Selepas ruang Gold Wish tu, kita boleh merasai sendiri pengalaman mendulang emas secara tradisional. Kalau rezeki masa mendulang tu dapat emas, kita boleh bawa balik sebagai cenderahati. Hari tu ada rezeki kami, dapatla sebutir. Kecikkk je. Tapi bermakna la juga =) 

Selepas kawasan mendulang ni, sudah tak dibenarkan mengambil gambar mahupun video atas dasar² keselamatan. Ada juga satu seksyen, kita akan di perlihatkan demo cara² melebur dan membentuk silver. Cubalah u all datang dan tengok emas dan silver dengan lebih dekat. Berpeluang tengok emas dan sentuh emas dalam bentuk jongkong =)

Tamat sudah sesi bersiar² kali ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa tempat tak sempat nak pergi, tak mengapa. Lain kali masih boleh datang. Selamat tinggal Penang... jam 3 petang keluar dari Penang, Alhamdulillah selamat tiba di rumah kira² 8 malam. 

Untuk membeli emas sebagai pelaburan, boleh hubungi En Helmi 012-3206073 atau lawati www.helmiismail.com

Penang 3D Trick Art Museum

Assalamualaikum...

Selepas selesai berjalan² di Padang Kota, kami singgah kejap di Pasar Chaw Rosta.Sekadar beli jeruk sahaja. Tak shopping benda lain. Hihi... kemudian, pusing² nak ke Public Gold Museum.. tapi terlajak ke 3D Trick Art. 

Jom layan gambar =)

Depan Penang 3D Trick Art Museum, Tiket masuk untuk dewasa ialah RM15. Kanak² RM10.00

Kalau masuk sini, u all kena sporting sket la nak bergambar. Jangan kaku sangat macam kitorg ni. Haha. Anak² pun tak mau nye buat aksi² join main gasing ke apa. Hihi. Maybe baru nak warm up. Baru nak cari mood =D

Tips nya, cuba lah datang pada hari tak sibuk. Supaya boleh lah staff museum ni layan snap pic korang. Kalau nak gambar² u all lawa, better minta staff nya snap. Tapi kalau korang pro amik angel lawa, tu kira bonus la... hihi.

Macam sweeeettt sangat naik sampan, kan!


Suka gambar ni. Nampak comel lah orang² dalam pic tu. Haha.

Wahai tikar terbang.. bawalah kami balik ke Puchong dengan cepat. Hihi. 


Gambar ni pun awesome. Tapi pening lah masuk bilik ni. 

Cepat² tutup!

Meh² kita berpayung. Kang tak pasal² mandi air teh =D

Aduhaiii... 

Jeng jeng jenggggg~

Banyak lagi gambar sebenarnya... tapi tepek mana yang nampak lawa ajelah... okay... sambung next entry =)

Last Day Penang ~ Padang Kota

Assalamualaikum...

Kini tibalah hari untuk pulang ke Selangor. Hihi.... 

View dari tingkap bilik... cuaca dah cerah hari ni. Laut pun dah boleh nampak dengan jelas. Alhamdulillah semalam dan kelmarin dah hujan, jadinya jerebu pun hilang.... check out jam 11.30 pagi. Awal sikit je.

Sebelum balik, pusing² dulu.. mana yang tak sempat pergi tahun lepas, kita pegi hari ni. Destinasi pertama kami ke Padang Kota. Disambut mesra oleh Bumble Bee & Optimus Prime =)

Ni kalau Along saya ada, mesti dia suka sangat. Hehe.. peminat tegar Transformers.

Bergambar kejap je.. jom jalan²..

Pekena Aiskrim Goyang. Sebatang RM2.00 huhu. Rasa susu.

Pergi pulak ke gerai yang hubby beli mee sotong & coconut shake semalam...

Minum Coconut Shake lagilah hari ni...

Pasembor. Hmmm... kat mana la kedai pasembor yang pergi 8 tahun lepas. Dah tak jumpa... maybe kat Gurney? Ntah la... dalam pinggan tu ada bebola kambing. Patut la saya makan rasa kambing. Hihiii...

Selesai. Masuk kereta, takyah tanggal SSC ni. Adam dah ketiduran dalam tu. Okay, nak iklan sikit. Hihi. Saya konsisten ESP + Vita C untuk mantain keremajaan kulit saya. Gambar tu, setelah berpanas kat padang kota tadi. Tanpa bedak, tanpa mekap. Sekarang ni memang kulit muka free sgt. Selesa macam ni. Kalau pergi mana² pun saya tak sibuk² nak bawak bedak dan aksesori lain =)

Sambung next entry....

Bayview Hotel, Penang ~ Day 5

Assalamualaikum...

Terus skip hari ke lima ya. Hari ke empat takde aktiviti sangat, cuma ada la hantar baju² untuk didobikan (finally. Haha). Risau charge yang sangat mahal trauma kena charga mahal kat KB dulu, maka saya pilih² je mana yang sangat perlu dicuci. Hasilnya, saya cuma hantar tiga pasang pyjama anak² dan dua helai tshirt hubby. Sikit je kan. Itu pun dah kena charge RM70! Fuhhhh. Nasib tak hantar lagi banyak. Hihi. Setakat ni, dobi Hotel Park Avenue tetap the best!

Jom tengok apa aktiviti hari ke lima.

Hubby balik kerja awal. Sebab Jumaat kan. Jadinya, beliau siap² tapaw Mee Sotong dari Padang Kota. Famous katanya. Ok, bagi saya sedaplah sebab saya memang suka sambal² yang ada rasa lejen. Macam teringat sambal kantin sekolah. Huhu.

Coconut Shake, pun dari padang Kota. Okayyy...sedap. Ada aiskrim vanilla.

Kanak² mandi kolam...

Oh yee... lupa pulak! Hari ni birthday saya tau. Hehe. Takde sambutan apa². Cuma malam tu, hubby bawa dinner di Nurul Ikan Bakar Special. Tempatnya di Gelugor. Sorry, tak snap pulak gambar depan kedai tu. Kalau cari dalam waze, InsyaAllah jumpa. Kedai ni ramai pelanggannya. Tempat duduk pun banyak. Kalau nak duk makan bersila ada, nak makan atas pokok pun ada. Pilih je.

Kami pilih makan bersila. Selesa dengan bebudak ni. Adam pulak tido time ni jd mudah la nak makan. Baringkan je diribaan, jadi bolehlah makan dengan aman. Menu pilihan malam tu ialah Sotong goreng tepung, Butter Prawn, telur dadar, sayur kailan, air fresh oren. Alhamdulillah, sedap semuanya. Habis licingg makan malam tu . Hehe.. Total belanja pun dalam RM41.00

Sampai ke bilik, plan nak on tonton, tengok drama Wadi. Tapi dah terlena masa susukan Adam. Hehe... okay, sambung next entry yaaa...


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Bayview Hotel, Penang ~ Day 3

Assalamualaikum...

Haaa.. rajin pulak update blog, macam tulis diary harian. Takpe, tengah ada mood. Update sikit pun jadila.. hehe

Day 3, mcm smlm, pagi-pagi akan gantung note "please tidy up my room". Bukan mengada-ngada tapi yelah, tong sampah penuh dan kadang2, kena vacuum. Sepah! Haha... Aktiviti masih sama.... balik dari breakfast, bebudak dah tak sabar nak berendam. Dalam bath tub je la. Mandi kolam, petang nanti lepas papa nya balik kerja.. lepas berendam, nak kudap2 pulak. Layan je laaa.... bilik bersepah, panggil cleaner. Hehe. Lain-lain aktiviti kami....

Saya dengan laptop saya lah. Tu pun kejap-kejap.

Bebudak dengan aktiviti melukis, colouring, main masak-masak, menyanyi, melompat, bergaduh, Owhhh....ternampak pulak baju bersidai. Tu hasil laundry pada hari ke dua. Amik masa nak kering. Hehe.

Yang paling bongsu tu skrg dah 6 bulan. Tengah aktif merangkak. Baru melaju dua tiga hari ni. Jadinya, saya dan baby tido bawah je. Itupun tengah malam kalo dia terjaga, dia merangkak. Request extra blanket, tiada cas tambahan. Hehe.

Di sebelah malam, hubby bawa keluar makan. Last year datang, tak sempat makan char koay teow. So, kali ni kena la cuba. Hasil carian google, ada yang cadangkan Bob Char Koay Tew, An Char Koay Teow & Mady Char Koay Teow. Kami decide ke Batu Feringgi, Mady. Bila dah sampai sini, baru perasan kami pernah makan di kedai sebelahnya last year. Masa bermalam di Feringgi Backpacker

Char Koay Teow mmg feveret saya. Kalau kat Pasar Malam Putra Perdana, saya suka yg sorang pakcik tu masak. Selalu la beli sampaikan pakcik tu pun da kenal ngan hubby. Hehe.

Saya pilih Char Koay Teow Special. Harga RM5.50. Hubby makan koay teow goreng. Anak-anak makan mee sup. Semua sedap.


Pinggan yang ke dua. Hahahahah. Tak cukup sepinggan beb. Tapi yang ke dua ni makan yang biasa je. Ikut hati nak lagi sepinggan tapi kang macam melampau lak. Hehe.

Oklah,.. tu je cerita di hari ke tiga... =)


Bayview Hotel, Penang ~ Day 2

Assalamualaikum...

Masuk hari ke dua di Penang. Masa ni mmg saya cuba gunakan sepenuhnya untuk rileks. Tapi, takde la rileks sangat ye dengan empat orang anak ni. Kecik kecik lagi pulak tu. paling tua 7 tahun, paling kecik 6 bulan. Pepaham aje la. Hehe.

Untuk travel lama kali ni, saya siap-siap bawa toto, rice cooker, slow cooker, mini blender, pisau, chopping board, set pinggan mangkuk cawan sudu bagai, beras, kudapan yg dibuat sendiri (popcorn, choc chip cookies, Choc rice crispy), sedikit biskut, roti dll. Sampai di Penang, beli pulak sosej, carrot di Tesco. Sabun dobi pun bawak. hehe.

Saya suka bawa Dishwash Shaklee bila travel. Selain untuk cuci botol susu, guna untuk cuci pinggan mangkuk dll. Botolnya pun user friendly. Selain itu, ianya pekat dan menjimatkan. Kesan minyak pun senang tanggal. Ok, span pinggan jangan lupa bawak ye. Hehe. 

Ekonomi tengah tak menentu, jadi pepandai la cari alternatif. Dapat makan angin sambil-sambil kerja ni pun dah kira bonus. Ada orang suka merasa makanan di tempat orang. Tapi sebab baru je datang Penang setahun lepas, jadi takde la nak demand makan macam-macam kat sini. Ada sesetengah makanan popular kami dah rasa sblm ni. Bawak segala mak nenek kat atas tu pun sebab, asalkan bole masak yg simple2 untuk alas perut waktu lunch pun dah ok. Nak keluar cari makanan dengan bawak bebudak ni memang tak la kan. Hehe. Nak pesan makanan room service setiap hari? Lagiiii lah tak beb. Nak keluar makan ke, nak makan special sket, tunggu hubby balik kerja la. Oklah tu.. =)

Hari pertama tu, balik dari Tesco kami cuma tapaw sup dan paprik aje. Nasi masak kat bilik. So total belanja makan malam tu cuma RM11. Heheeee....

Workstation tu, dah jadi 'dapur' kitorang. Sebab kat sini je paling banyak plug, tempatnya terasing dan sesuai. Hehe. Kali ni okla sikit bawak rice cooker je. Sblm ni lagi melampau, siap bawak induction cooker. Haha.


Untuk breakfast, takde masalah, dah include. Untuk lunch saya dan bebudak... masak nasi goreng stail campak2. Hehe. Takyah beli periuk mahal. Guna rice cooker je.

Petangnya hubby balik, dia dah tapaw siap-siap Naan Cheese Ayam Tandori dan Pasembor. Malam, takyah keluar laaa... saya pengsan awal. Hehe. Penat juga duk sesaje kat bilik. Penat jugak nak control bebudak. Nak update satu entry blog pun amik masa berjam. Hehe....

Haaa, tips jimat lagi. Baju-baju, saya basuh sendiri. Hehe. Malas nak hantar dobi walaupun boleh claim. Hahaaaa....

Sambung next entry yaaa....

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in