Pages

Layan Iklan

Jom ramai-ramai ikut saya!

Salam...
Progress umah lagi =)
Plater siling kat Living, Dining, Foyer & Wet Kitchen dah siap. Cuma tinggal nak cat dan buh lampu je. Kitorg belum pegi beli downlight. Akan diusahakan dalam minggu ni. Berkira² juga nak buat plaster siling kat bilik atas. Tapi.... ongkos macam x mengizinkan =( Saya tak suka siling asal tu ekcelli. Tapi, kalo xdpt pun, xpe lah ehh...

Foyer...

Living & Dining. Design L Box yang simple. Since siling pun x brape tinggi. Nak design moden sangat kan... simple je la..sekadar syarat =P
 
Living Hall... Dah ada grill nanti baru taruk lampu.
Wet Kitchen pulak ye... ni fav area saya taw.. ♥


Sinki dah ready =)

Masa ni tiles lantai lum pasang... Love dat feature wall. Saya saje pilih tiles bunga² bg seri sket. Baru la semangat nak masak² =)
 
Sabtu lepas gi tengok, tiles lantai dah siap.. Katanya minggu ni nak settle habis wet kitchen, dan ready untuk kabinet lak.
 
Laundry Area sebelah sinki. Muat la mesin basuh + tong sampah...

Tingkap mati satu panel..blum cari lagi sticker nak lekat nanti =)
 
Ni dinding dry kitchen. Saya ngade² nak tiles kecik² untuk match dengan kabinet kaler silver hitam. Glass tiles yang saya nak tuuu mahal... Doblas ringgit sekeping.. x mampulah! Mujur jumpe yang ala², tapi murah seploh hengget. Oklah tu kan..dapat jugak =) tengkiu yayang..sudi layan ♥
 
Dah siap dah pasang tile 'idaman'. Tinggal nak siapkan point untuk oven & new plug. Dah pasang tiles ni baru nampak cantik. Tak perasan pun kan tiles ni murah sket. dari jauh pun macam glass tiles idaman jek..huhu... Untuk kitchen ni, sinki lum cari.. Tak jmpe lagi yang berkenan. Nak yang bulat!

Tingkap third bedroom di bilik ampaian. 

Lampu Living Hall yang saya publish sblm ni, kitorg g tukar lak jadi bentuk gini. Nasib baik HOL tu boleh main tukar² asalkan lum pasang =)
 
Lampu master bedroom wajib cantik + romantik hokey...
Cite dah habis. Sambung next entri..tata.

Salam...
Alhamdulillah... Sarah dah dua tahun. Sekejap je masa berlalu. Rasa mcm baru je semalam duk teran dia dlm labour room.. Ekekeke. Merepek je! Kita imbas sket ye.. Masa nak bersalinkan Sarah dulu..dekat 4 jam duk dlm bilik penilaian. BerCTG.. lama sbb Sarah tido lena..x mau bangun. Ada la 3 botol aaii kena masuk air, siap doc bancuhkan milo utk saya. Sebabnya, nak suh budak kecik nih bangun. Graf tak cantik... tapi dia tetap tido wpun nurse + doc gigih godek² perut. Last² pas azan subuh jugak Sarah bangun. Baru bukak 5cm dah tak sabar nak kuar. Bayangkan la.. masa nak beranak tu sorg nurse pun xde dlm LR. Hanya ditemani suami kesayangan saya. Sume nurse + doc duk tggu mommy yang dah buka 8cm.. diorg ckp saya nak beranak lambat lagik. Haa.. baru 10 minit diorg tggalkan saya, husband dah panggil suh smbut baby. Mujur la Sarah lahir kecik je.. 2.73 je =) Dah lahir, baru tau dapat sorg lg princess =)

Okey..tu kisah dua tahun lepas.. hari ni nak stori cite Sabtu lepas... cite selepas dua tahun... =)

Menu malam tu..spagetti, meatball, Italian Rainbow Cake, puding coktail dan air teh saje.=P
Dihadiri oleh sepupu² Sarah Husna & Auni, Pak Long, Mak Long, Ayah De, Makde, Makteh =) Tu gambar Husna Aliya with walid beliau.
Birthday girl bersama Mak De =)
Italian Rainbow Cake ditempah khas dari sifu aaii..Kak Ellie =) Thanks Kak. Semua kata kek ni sedap! Saya saje pilih kek ni sbb keknya berlapis² kalerful. Sesuai la utk bebudak. Asalnya tempah kek utk makan² kitorg 4 org je.. tp bila fikir kek ni konpem besar..xlarat lak mkn berempat. So, tu yang ajak adik beradik yang kebetulan ada kat area KL Selangor. Meriah sket =)


Sarah teruja dgn lilin besar tu. Tapi, si Kak Long dia double teruja okeh. Asek cakap.. "ni kek kakak. bukan kek adik!" hehehe~
Sarah sporting je potong kek dia.


Adik suap kakak. Sarah dapat hadiah patung barbie & baby dari mak teh & Ayah De. Tetapi..sume kakak bolot. Esoknya, nenek nya pulak datang. Bawak skali botol susu tupperware yang saya suh belikan. So, botol tu leh la saya consider hadiah besday untuk Sarah... Anyway, dear.. Happy Birthday sayang. Dah nak jadi Kak Ngah dah dia. Semoga jadi anak yang solehah dunia akhirat. We Love u lots! Muaahhh!

Birthday kakak bulan 4 ni, InsyaAllah mama bake kek ye. Sekarang takde oven =P

Salam..
Cat yang kami order dari kedai hardware sebelah Avenue Puchong tu dah sampai smlm. Kami pilih Nippon Q-glo aje sbb kata pekedai, lebih ekonomi compare to satin glo, tapi hasilnya lbh kurang sama. Bilik kanak² lak asalnya order odour less air care.. tapi kemudiannya pekedai tu call bgtau xde stok, so dia gantikan dengan spot less.. takpelah, dia pun setuju nak bg harga sama ngan odour less. Sbb katanya spot less lbh mahal. Tak kisah lah. Dan yang bestnya, diorang hantar terus ke rumah baru.......

Nanti, bila wiring dah settle, encik suami dah boleh memulakan tugas mengecat. Beliau sendiri angkat tangan nak ngecat..hihi. Comel,kan? Si suami penyayang sedang memberi sentuhan keceriaan buat keluarganya.. wah,wah...... kelas ko bang! ♥

Tapi katanya nak balik kampung pinjam berus cat mak ayah, abah mak... hehehe...yelah..suke atilah.. nak beli sendiri pun bole jugak,kan? =P

Warna² cat ni orang Laurea yang bagi idea..based kat warna langsir yang kitorg pilih. Diorg sangat baik sbb x kisah bg idea pasal hiasan dalaman kat kitorg. Korang, g la tempah langsir kat Laurea... diorg sangat ramah! Thumbs up! ♥

Salam...
Saje nak up traffic. Saje nak cite pasal HOL ni wpun ramai yang duk cite kat blog masing² kan. Takpelaa.. pengalaman masing² kan. Ekcelli ni je satu² kedai kami duk borong lampu kipas. Takde masa nak survey byk kedai. Survey secara blogwalking jek. Dan rata² bloggers duk cite kedai ni antara kedai termurah. Oklah tu.. bonusnya pulak..dekat je ngan umah baru kitorang tu. Sbb kat Puchong kan. Jadi, itulah sebabnya kedai ni je jadi pilihan =)


Lampu untuk living hall... simple sudah...
 
Ramai bloggers yang borong kat HOL ni duk beli kipas ni. Kitorg pun nak jugak lah! Letak kat dining hall. Lagipun, dlm banyak² kipas lampu, ni je rasa cantik sket. Yang lain² tu tak kena lak ngan taste kitorg.
 
Dah setel memilih tu, cek dulu barang dibeli. Pastu g bayar. Nak bayar siap ada no. giliran ala² kat bank gitu. Sbenarnya ada lagi benda x cukup nih. kena dtg beli lagik. Overall kitorg amik kipas KDK,panasonic & alpha. Sbb kipas ni je yang nampak match dgn konsep & taste. Lampu² sume amik mentol energy save. Yang saya suka kan... babyfan untuk dry kitchen. Sebab saya mmg sukeee sgt dgn benda kecik² nih =P
 
Sesi susun-susun dalam bonet... Pastu, ada jugak jalan² kat Top Ten. Sbb nak cari lampu² yg blum cukup. Tapi, byk yang kitorg nak x de stok. Diorg suh order dulu.. kitorg ni lak dah letih, saya lak rasa hot je bila byk yang takde. Trus cakap x yah amik ape² lah. Malas nak ulang alik kedai. Huhuhu... So, sesi beli lampu akan ditangguh ke satu hari cuti yang lain =)
 
Wiring kat wet kitchen sedang gigih dikerjakan.
 
Wiring living hall... tak sabar koi nak tgk plaster siling. Tapi design simple je =)

Tu jelah kisahnya...

Salam...
Cite pasal taska pulak hari ni ye... Alhamdulillah,27 Dec my husband secara rasmi nya telah memulakan kerja di tempat baru.. di Cyberjaya pula. Dekat dah dengan rumah. Boleh kami g kerja sama² =). Dan, 3 Januari lepas saya dan husband selamat bercuti sbb nak register princess² ke taska baru. 

Sedikit info pasal taska ni, pengusaha Taska Hasil De' Sayang dilantik menjalankan operasi Taska Puspanita Cyberjaya untuk kanak-kanak 2 bln sampai la 6 tahun. Yang menarik perhatian kitorg..pengusaha ni berdaftar dengan Permata, dan yuran yang berpatutan. Dan.. kat cawangan Jalan Duta sblm ni pun pengusaha yang sama =) Sbenarnya masa safi umo 2bln smpai stahun lebih pun penah duk taska de sayang ni. Tapi kat presint 14 la.. pastu Safi pindah ke taska Al-Qalam presint 14...
 
Gambar ni saya kidnap dari pamplet yg husband saya emailkan. Satu lg yg menarik pasal Taska ni, ia dekat dgn ofis husband. Senang nak jenguk. Cuma bukan satu bangunan, tp bersebelahan. Taska ni bangunan tunggal. Comel je bentuknya.


First day nak pegi skool baru. Hari ni sarah mcm x brape sihat. Ada ura² nak demam. Tp hantar jugak sbb nampak x serius.

Dah sampai skool..nampak tenang je diorg nih... xde ura² nak nangis. Hepi jek.

 Jadual aktiviti harian. Lupa nak snap gambar menu harian kat sebelah jadual ni =)

Cantik meja panjang ni. Kalerful je...

Tengah tunggu turn nak register. Hari ni ramai budak first day kat sini... Tangisan, raungan bertebaran..huhuhu..tp wat masa ni bebudak ni menten lagik.

Siap leh amik buku kat rak situ, studi lagik. Pastu si safi ckp kat saya "mama, mama balik la dulu. Nanti petang amik kakak". Wah, konpiden yek. Kita tunggu jap lagi, apa berlaku gamaknya...

Beg skool baru, papa hadiahkan.... 

Sempat lagi snap gambar bilik baby dari jauh. Nanti baby dlm perut ni duk bilik tu la ehh...

Gambar bilik baby tadi kidnap dari email....

Settle register kanak², cikgu pun tunjuk bilik. First bilik Safi.. mcm ni la rupanya. Siap ada tv LCD bagai. heheh... Uniform Safi pun lum dapat. Dan, ku sangkakan Safi excited..tp bila masuk bilik tu, ini yang terjadi...

Menangis, meraung. Siap nak buka pintu, tendang² pintu. Hadoi... luluh weh~

Si adik pun x kurang hebatnya... menangis meraung kat belakang pintu.... Budak² dlm bilik ni ada la 3-4 org tgh menangis jugak..huhuuhuh... Emm.. bilik Sarah ni ada econ la pulak. Konpem jd kejutan budaya kat dia nih.

Dek tak tahan raungan Safi Sarah, saya kuarkan smula diorg dari bilik. Pujuk sikit². Tapi nak nangis jugak. Nak balik. Lastly, saya keraskan hati jugak. mereka harus ditinggalkan! hihihi... Masa kuar dari taska tu, dua² menangis meraung lagik. Ditambah lagi dengan bebudak lain yang mmg dr awal asek menangis. Mmg that day taska tu sangat meriah dengan tangisan.

Petang tu masa amik diorg, cikgu Safi senyum dan ckp.."jap je dia nangis. Pas akak balik, dia ok...senang nak jaga". Cikgu Sarah pun sama..senyum dan melaporkan Sarah nangis jap je, senang nak jaga, x byk karenah, makan banyak. Owh, hati mama ini sungguh lega. Jadi sblm kuar taska saya cek dulu brg² beg. Then mintak towel nak bw balik sbb dah jd kebiasaan, towel saya bawak yg baru setiap hari =)

Jadi, sebagai upah menangis pagi tadi, bwk la diorg main² kat taman sebelah tu..seronok tul diorg. Cuma si adik ni la macam x brape sihat. Badan dedar je..

Dua gambar ni pun kidnap dari email =)
Sekian saja kisah hari pertama di Taska baru. Bagi saya, diorg nangis pun sbb terkejut.. environment, cikgu, kawan² totally baru. Kalo kita pun culture shock jugak,kan? Tapi saya yakin diorg cepat ok sbb dah biasa dgn suasana taska, InsyaAllah...

Second, third day papanya sendiri hantar. Papanya kata Safi tu masuk je pintu taska trus berlari seronok. Si adik je merengek sikit..maybe sbb tak sihat..masih demam =( 

Entri terhangat!

26 Mei 2007

26 Mei 2007

Honeymoon

Honeymoon
Bukit Tinggi, Pahang