Salam...
Dah lama tak cite pasal progress umah kan. Ingatkan dah pindah..rupa²nya....
.
.
Non hadoo.... masih lagi menetap di Kuarters Kerajaan Presint 14. It's ok... never mind. Asalkan tak kena halau dek BPH..masih ok. Hihi. Takpela..pagi ni saje nak update cite lama sambil² melayan perut yang xsedap rasa akibat makan lambat. Habis satu perut termasuk baby dlm ni join merajuk... eemmm..... jom, layan blog!

Lupa la bila sbenarnya kitorg tinted cermin ni. Rasanya after Chinese New Year. Amik double layer ok sket. Dalam warna silver, luar kaler dark brown. Cuba lari sket dari feveret kaler org lain. Ramai amik kaler ijau. Masa tinted ni umah mmg sepah lg..tp keje² reno yang berhabuk tu dah setel.

View dari luar pas settle sume. Tinted satu umah. Kat tingkap wet kitchen dia bagi satu layer yang bercorak. Katanya, org luar x leh nampak org dlm. Tapi separuh cermin je la. Paras kepala saya. Komen saya... kemas cara dia pasang. Harga not bad. Satu umah ni habis RM680 aje hasil tabungan bisnes kitorg laki bini =). Sape nak no contact? Pm saya ye. Ofis based kat Puchong =)

Next two days kalo x silap... upacara pemasangan grill pulak. Amik patern gini je la sbb moden la konon. Dulu nak yang lurus². Alih² ade lekuk lak kat tengah². Sebab..sebab x mo sama ngan jiran sebelah..hihi..buleh?

Grill master bedroom. Mr husband lum habis ngecat lagik...

View dari luar...

Umah ni kotor la sangat waktu ni. Masa entri ni ditulis, rumah ni dah dibasuh 1st round. Tapi dah berhabuk semula. Hihi.. Tinggal nak tggu Incube settle kerja KC & wardrobe, nak basuh lagi 2 round. 
.
Okay, pasal kontraktor yang pasang grill ni. Rasanya ok la grill dia. Sbb cara pasang dia jenis frame. Dia cover birai tingkap yang kadang² nampak tak sama. Cumaa....saya agak terkilan grill kat laundry area punye patern. Nanti lah next entry saya stori. Sbb x de gambar grill blkg. So, xleh nak explain.
.
Update terbaru pasal umah ni.. InsyaAllah esok nak start install KC dry kitchen & wardrobe. Mungkin amik masa 3 minggu jugak nak setel. Then, dah boleh cuci umah bersih². Target saya, MESTI pindah jugak hujung bulan ni. My due bulan depan jek. Takut kelam kabut dgn persiapan baby pun x ready ape pun lagik.

Bab nak cuci, mgkin akan upah bibik jam/ harian. Haa.. kat KL, Selangor, Putrajaya ni byk perkhidmatan bibik ikut jam/ hari. Minimum 3 jam RM50. Tempat lain mungkin ada jugak kot. Saya je tak tau. Hihihi.. Tak larat dah kot nak tlg asben cuci. Sbb baby dah masuk 8bulan. Mengah² nanti. Yg cuci kali pertama dulu, seminggu aaii sakit badan tau. Bab kemas, saya dah kemas sikit² dari dulu. Cuma bulan ni mmg betul² kemas sume barang masuk kotak. Umah kuarters tu.. x sah ckp la dia punya tunggang langgang, sepah. Dari 3 bilik yang boleh duduk, tggal satu bilik je yang boleh dihuni dgn selesa. Hihihi... Pinggan mangkuk pun tggal yang nak guna hari² je... Harap² confirm la pindah hujung bulan ni. Tak larat dah nak tunggu dan kemas..huhuhu~