30 Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rezeki dan kebahagiaan  yang Allah kurniakan. Kepulangan kali ini memberi satu sinar kebahagiaan baru, harapan dan merupakan satu rezeki yang tak ternilai =)

Alhamdulillah, tahun ni sebagai agen biskut raya kekcawan.com.my (selama 5 tahun berturut) saya telah berjaya mencapai target bonus yang diidamkan dan berjaya distribute 153 bekas biskut raya kepada customer tersayang. Manakala, sebagai agen baru kepada Ayuz Sweet Bakery juga pencapaian sangat memberansangkan. Alhamdulillah, dapat juga topup sedikit perbelanjaan saya sbg wahm =)

Bisnes Shaklee? Alhamdulillah, walaupun tidak aktif di online kerana kekangan masa untuk online, saya masih giat secara underground ataupun secara offline =) Masih sempat mendaftar keahlian baru di bawah legasi saya. Syukur Alhamdulillah.

The next project selepas ini ialah menyiapkan rumah sewa kami yang pertama di Langat. Hmmm... banyak modal juga ni. Sekarang masih memikir2 sumber kewangan untuk menyediakan rumah sewa yang selesa. Bakal penyewa dah ramai yang tanya, tapi rumahnya belum sedia untuk dimasuki penyewa. Hehehe..

Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di sleuruh dunia. Maaf zahir dan batin. InsyaAllah =)