Assalamualaikum...
Selepas selesai berjalan² di Padang Kota, kami singgah kejap di Pasar Chaw Rosta.Sekadar beli jeruk sahaja. Tak shopping benda lain. Hihi... kemudian, pusing² nak ke Public Gold Museum.. tapi terlajak ke 3D Trick Art.
Jom layan gambar =)
Depan Penang 3D Trick Art Museum, Tiket masuk untuk dewasa ialah RM15. Kanak² RM10.00
Kalau masuk sini, u all kena sporting sket la nak bergambar. Jangan kaku sangat macam kitorg ni. Haha. Anak² pun tak mau nye buat aksi² join main gasing ke apa. Hihi. Maybe baru nak warm up. Baru nak cari mood =D
Tips nya, cuba lah datang pada hari tak sibuk. Supaya boleh lah staff museum ni layan snap pic korang. Kalau nak gambar² u all lawa, better minta staff nya snap. Tapi kalau korang pro amik angel lawa, tu kira bonus la... hihi.
Macam sweeeettt sangat naik sampan, kan!
Suka gambar ni. Nampak comel lah orang² dalam pic tu. Haha.
Wahai tikar terbang.. bawalah kami balik ke Puchong dengan cepat. Hihi.
Gambar ni pun awesome. Tapi pening lah masuk bilik ni.
Cepat² tutup!
Meh² kita berpayung. Kang tak pasal² mandi air teh =D
Aduhaiii...
Jeng jeng jenggggg~
Banyak lagi gambar sebenarnya... tapi tepek mana yang nampak lawa ajelah... okay... sambung next entry =)
0 Yang Cantik Jelita Komen:
Post a Comment