Assalamualaikum...
Haaa.. rajin pulak update blog, macam tulis diary harian. Takpe, tengah ada mood. Update sikit pun jadila.. hehe
Day 3, mcm smlm, pagi-pagi akan gantung note "please tidy up my room". Bukan mengada-ngada tapi yelah, tong sampah penuh dan kadang2, kena vacuum. Sepah! Haha... Aktiviti masih sama.... balik dari breakfast, bebudak dah tak sabar nak berendam. Dalam bath tub je la. Mandi kolam, petang nanti lepas papa nya balik kerja.. lepas berendam, nak kudap2 pulak. Layan je laaa.... bilik bersepah, panggil cleaner. Hehe. Lain-lain aktiviti kami....
Saya dengan laptop saya lah. Tu pun kejap-kejap.
Bebudak dengan aktiviti melukis, colouring, main masak-masak, menyanyi, melompat, bergaduh, Owhhh....ternampak pulak baju bersidai. Tu hasil laundry pada hari ke dua. Amik masa nak kering. Hehe.
Yang paling bongsu tu skrg dah 6 bulan. Tengah aktif merangkak. Baru melaju dua tiga hari ni. Jadinya, saya dan baby tido bawah je. Itupun tengah malam kalo dia terjaga, dia merangkak. Request extra blanket, tiada cas tambahan. Hehe.
Di sebelah malam, hubby bawa keluar makan. Last year datang, tak sempat makan char koay teow. So, kali ni kena la cuba. Hasil carian google, ada yang cadangkan Bob Char Koay Tew, An Char Koay Teow & Mady Char Koay Teow. Kami decide ke Batu Feringgi, Mady. Bila dah sampai sini, baru perasan kami pernah makan di kedai sebelahnya last year. Masa bermalam di Feringgi Backpacker
Char Koay Teow mmg feveret saya. Kalau kat Pasar Malam Putra Perdana, saya suka yg sorang pakcik tu masak. Selalu la beli sampaikan pakcik tu pun da kenal ngan hubby. Hehe.
Saya pilih Char Koay Teow Special. Harga RM5.50. Hubby makan koay teow goreng. Anak-anak makan mee sup. Semua sedap.
Pinggan yang ke dua. Hahahahah. Tak cukup sepinggan beb. Tapi yang ke dua ni makan yang biasa je. Ikut hati nak lagi sepinggan tapi kang macam melampau lak. Hehe.
Oklah,.. tu je cerita di hari ke tiga... =)
0 Yang Cantik Jelita Komen:
Post a Comment