PG Gold Museum, Penang

Assalamualaikum...

Salah satu tarikan baru di Penang. Sebenarnya kami pun tak tahu. Hehe. Tapi, ketika dalam perjalanan dari Padang Kota ke Chaw Rosta, kami terpandang muzium ni. Sangat la menarik minat kami nak masuk ke sini. Jadi, lepas ke 3D Trick Art Muzium, kami decide singgah di sini sebagai destinasi terakhir sebelum pulang...


Dealer PG kalau tak singgah sini, rugi tau. Dan, bagus juga ada muzium ni.. dapatlah kita mengenali sejarah emas serba sedikit. Nak masuk ni. ada tiketnya. Dewasa RM28.00

Muzium ni baru je di buka pada Mei 2015.

Pembelian emas juga boleh dilakukan di sini =)


Antara koleksi emas dan silver Public Gold. 


Staff Muzium akan guide kita sepanjang sesi lawatan ke dalam muzium ni. Cantik interior muzium ni. Sangat kreatif. Terasa macam duduk dalam gua =)


Ruang 3D untuk fotografi.



Ni tempat orang buat Gold Wish. 

Selepas ruang Gold Wish tu, kita boleh merasai sendiri pengalaman mendulang emas secara tradisional. Kalau rezeki masa mendulang tu dapat emas, kita boleh bawa balik sebagai cenderahati. Hari tu ada rezeki kami, dapatla sebutir. Kecikkk je. Tapi bermakna la juga =) 

Selepas kawasan mendulang ni, sudah tak dibenarkan mengambil gambar mahupun video atas dasar² keselamatan. Ada juga satu seksyen, kita akan di perlihatkan demo cara² melebur dan membentuk silver. Cubalah u all datang dan tengok emas dan silver dengan lebih dekat. Berpeluang tengok emas dan sentuh emas dalam bentuk jongkong =)

Tamat sudah sesi bersiar² kali ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa tempat tak sempat nak pergi, tak mengapa. Lain kali masih boleh datang. Selamat tinggal Penang... jam 3 petang keluar dari Penang, Alhamdulillah selamat tiba di rumah kira² 8 malam. 

Untuk membeli emas sebagai pelaburan, boleh hubungi En Helmi 012-3206073 atau lawati www.helmiismail.com

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment