Belajar Mengira dan Mengasing Warna

Assalamualaikum...

Idea ni saya dapat pun daripada FB. Alatan nya pun saya beli dari Daiso.

Masukkan straw mengikut bilangan yang di tulis di tepi cawan. Ajar anak² kemahiran mengira dan mengasingkan bilangan.

Si adik ni dari tadi duk kacau kakaknya. Jadi, saya bagi aktiviti mengasingkan straw mengikut warna yang sama.

Gambar aktiviti yang ni tak tak banyak. Bermain dengan fur ball ni agak menarik juga. Comel pulak tu. Fur ball ni banyak jual di kedai kraftangan felt dan jahitan. Murah dan banyak. Tapi saya beli di Daiso. Anak² sedang mengasingkan fur ball mengikut warna.

Tingkatkan keupayaan berfikir, kecergasan dan daya tumpuan anak² anda dengan suplemen dari Shaklee :

Langkah Permulaan Kepada Homeschooling

Assalamualaikum...

Saya baru sangat terjun dalam bidang homeschooling ni. Sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi asyik tertangguh dengan macam² alasan. Dan akhirnya, Ogos 2015 barulah dapat mulakan... Dua orang anak saya yang terlibat ni ialah Sarah, 5 tahun dan Amirah, 3 tahun. Sebelum ni, masa saya masih bekerja, Sarah ni dah masuk tadika pun. Sempat lah dapat pelajar cemerlang. Hehe. Then, kami rehatkan dia dari tadika. InsyaAllah, tahun depan masuk tadika 6 tahun =)

Warm up dulu. Bagi diorang main tampal².

Buat sendiri aje... print dan gunting sendiri.

Nampak diorang suka sangat dengan aktiviti ni. Fokus Sarah sangat bagus. Dia memang suka belajar. Si adik ni ada masanya dia main. Tak fokus sangat.


Siap dah =)

Walaupun banyak main, siap jugak ye =) 

Homemade Playdoh

Assalamualaikum...

Anak² u all selalu minta belikan playdoh tak? Selalu, kan. Nak beli yang jenama molek sikit, selamat untuk kanak² tu memang mahal sikit la. Pastu main kejap je dah pupus sikit demi sedikit. Hihi. Anak² saya memang suka sangat lah dengan playdoh. Tapi, tak larat lah nak membeli berkali². Hehe. Bukan kedekut tapi berjimat. Haha.

Okay, hari tu scroll newsfeed FB, ternampak sorang mummy ni share cara² dia buat homemade playdoh. Jadi, saya pun tak ketinggalan mencuba... jom saya kongsikan di sini pula ya.

Tiga cawan tepung + 1/2 cawan garam halus. Gaul bagi sebati dulu. Then, masukkan air panas sedikit demi sedikit (anggaran dua cawan air). Kalau nampak doh dah lembik, jangan tambah air dah. Uli sampai sebati, doh dah kurang panas, boleh la tambah sesudu besar minyak. Uli lagi. Boleh tambah cream of tar tar 2 sudu (optional). Saya bubuh 2 sudu kecik je. Sambung uli sampai dia cantik dan tak melekat di tangan. Sampai rasa mcm playdoh tu la...

Then, bahagikan doh, dan warnakan dengan pewarna makanan...

Dah siap warna, boleh la bagi anak² main. Anak² saya seronok kemain bila bagitau saya buat playdoh ni. Ala² kagum gitu. Haha. Padahal diorg tak tau, mamanya dah selamat tong sampah-kan satu adunan tadi. Haha... geram sebab tak jadi. Hihihi...

Sempena hari pertama launch homemade playdoh ni, mama bermurah hati pinjamkan cookies cutter mama. Hehe... silalah main anak² ooiii... main puas-puas,

Diorang bertiga boleh leka selama tiga jam. Suka betul. Selepas tiga jam, dah tak de dah kaler² yang lawa tu. Semua dah jadi kaler kelabu. Haha. Dah bercampur. No problem, selagi ianya homemade dan bahan²nya murah dan mudah dapat, mama tak de sebab nak marah. Sebab lain kali bole uli lagi. =D 

Okaylah, jimat belanja, jimat GST, dan bahan² yang digunakan confirm selamat sebab semuanya berasaskan makanan. Selamat mencuba ya mommies =)

PG Gold Museum, Penang

Assalamualaikum...

Salah satu tarikan baru di Penang. Sebenarnya kami pun tak tahu. Hehe. Tapi, ketika dalam perjalanan dari Padang Kota ke Chaw Rosta, kami terpandang muzium ni. Sangat la menarik minat kami nak masuk ke sini. Jadi, lepas ke 3D Trick Art Muzium, kami decide singgah di sini sebagai destinasi terakhir sebelum pulang...


Dealer PG kalau tak singgah sini, rugi tau. Dan, bagus juga ada muzium ni.. dapatlah kita mengenali sejarah emas serba sedikit. Nak masuk ni. ada tiketnya. Dewasa RM28.00

Muzium ni baru je di buka pada Mei 2015.

Pembelian emas juga boleh dilakukan di sini =)


Antara koleksi emas dan silver Public Gold. 


Staff Muzium akan guide kita sepanjang sesi lawatan ke dalam muzium ni. Cantik interior muzium ni. Sangat kreatif. Terasa macam duduk dalam gua =)


Ruang 3D untuk fotografi.



Ni tempat orang buat Gold Wish. 

Selepas ruang Gold Wish tu, kita boleh merasai sendiri pengalaman mendulang emas secara tradisional. Kalau rezeki masa mendulang tu dapat emas, kita boleh bawa balik sebagai cenderahati. Hari tu ada rezeki kami, dapatla sebutir. Kecikkk je. Tapi bermakna la juga =) 

Selepas kawasan mendulang ni, sudah tak dibenarkan mengambil gambar mahupun video atas dasar² keselamatan. Ada juga satu seksyen, kita akan di perlihatkan demo cara² melebur dan membentuk silver. Cubalah u all datang dan tengok emas dan silver dengan lebih dekat. Berpeluang tengok emas dan sentuh emas dalam bentuk jongkong =)

Tamat sudah sesi bersiar² kali ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa tempat tak sempat nak pergi, tak mengapa. Lain kali masih boleh datang. Selamat tinggal Penang... jam 3 petang keluar dari Penang, Alhamdulillah selamat tiba di rumah kira² 8 malam. 

Untuk membeli emas sebagai pelaburan, boleh hubungi En Helmi 012-3206073 atau lawati www.helmiismail.com

Penang 3D Trick Art Museum

Assalamualaikum...

Selepas selesai berjalan² di Padang Kota, kami singgah kejap di Pasar Chaw Rosta.Sekadar beli jeruk sahaja. Tak shopping benda lain. Hihi... kemudian, pusing² nak ke Public Gold Museum.. tapi terlajak ke 3D Trick Art. 

Jom layan gambar =)

Depan Penang 3D Trick Art Museum, Tiket masuk untuk dewasa ialah RM15. Kanak² RM10.00

Kalau masuk sini, u all kena sporting sket la nak bergambar. Jangan kaku sangat macam kitorg ni. Haha. Anak² pun tak mau nye buat aksi² join main gasing ke apa. Hihi. Maybe baru nak warm up. Baru nak cari mood =D

Tips nya, cuba lah datang pada hari tak sibuk. Supaya boleh lah staff museum ni layan snap pic korang. Kalau nak gambar² u all lawa, better minta staff nya snap. Tapi kalau korang pro amik angel lawa, tu kira bonus la... hihi.

Macam sweeeettt sangat naik sampan, kan!


Suka gambar ni. Nampak comel lah orang² dalam pic tu. Haha.

Wahai tikar terbang.. bawalah kami balik ke Puchong dengan cepat. Hihi. 


Gambar ni pun awesome. Tapi pening lah masuk bilik ni. 

Cepat² tutup!

Meh² kita berpayung. Kang tak pasal² mandi air teh =D

Aduhaiii... 

Jeng jeng jenggggg~

Banyak lagi gambar sebenarnya... tapi tepek mana yang nampak lawa ajelah... okay... sambung next entry =)

Last Day Penang ~ Padang Kota

Assalamualaikum...

Kini tibalah hari untuk pulang ke Selangor. Hihi.... 

View dari tingkap bilik... cuaca dah cerah hari ni. Laut pun dah boleh nampak dengan jelas. Alhamdulillah semalam dan kelmarin dah hujan, jadinya jerebu pun hilang.... check out jam 11.30 pagi. Awal sikit je.

Sebelum balik, pusing² dulu.. mana yang tak sempat pergi tahun lepas, kita pegi hari ni. Destinasi pertama kami ke Padang Kota. Disambut mesra oleh Bumble Bee & Optimus Prime =)

Ni kalau Along saya ada, mesti dia suka sangat. Hehe.. peminat tegar Transformers.

Bergambar kejap je.. jom jalan²..

Pekena Aiskrim Goyang. Sebatang RM2.00 huhu. Rasa susu.

Pergi pulak ke gerai yang hubby beli mee sotong & coconut shake semalam...

Minum Coconut Shake lagilah hari ni...

Pasembor. Hmmm... kat mana la kedai pasembor yang pergi 8 tahun lepas. Dah tak jumpa... maybe kat Gurney? Ntah la... dalam pinggan tu ada bebola kambing. Patut la saya makan rasa kambing. Hihiii...

Selesai. Masuk kereta, takyah tanggal SSC ni. Adam dah ketiduran dalam tu. Okay, nak iklan sikit. Hihi. Saya konsisten ESP + Vita C untuk mantain keremajaan kulit saya. Gambar tu, setelah berpanas kat padang kota tadi. Tanpa bedak, tanpa mekap. Sekarang ni memang kulit muka free sgt. Selesa macam ni. Kalau pergi mana² pun saya tak sibuk² nak bawak bedak dan aksesori lain =)

Sambung next entry....

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in