Holiday Villa, Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...

Destinasi kami kali ni ialah Holiday Villa, Kota Bharu, Kelantan. Excited sangat nak datang KB ni sebab banyak sgt tempat shopping,kan. Nak pulak hotel kami dekat sangat-sangat dengan Wakaf Che Yeh. Sayangnya, kami bukanlah jenis suka shopping. Hehe...

Dalam entri lepas, saya cerita kami di Tok Bali kan.. Ok, kami gerak dari Tok Bali dan tiba di Kota Bharu lebih kurang waktu lunch. Terus singgah kat Kedai Nasi Ulam Cikgu sekitar Muzium Kraftangan. Kalau datang KB, jangan lupa singgah makan kat situ tau. Haihhh... kalau ikutkan mmg nak makan banyakkkk. Tapi, paham-paham je la.. anak dah tiga orang... kecik-kecik lagi, jadi feel makan kurang. Pulak nya time-time tu la yang kecik tu nak meragam. Hehe. Apa pun, makanan kat situ memang terbaikkk! Orang pun ramai. penuh kedai.

Lepas kenyang di Nasi Ulam Cikgu, terus gerak ke hotel. Nak check in, kena tunggu pulak sebab bilik tak siap lagi. Sabarlah menanti di lobi. Ofismate husband pun ada yang belum dapat bilik. Dah dapat masuk bilik tu, rasa.. wahhhh...! Haha. Bilik atas sekali. Part cermin besar yang tak tahan... seram. Hihi.

Macam biasa... saya suka port 'SOHO' sementara saya di sini. Hehe.. penting tu tau.

Masuk bilik hotel, suka benor tengok toiletnya. Hehe...

Yang paling excited, of kos la anak-anak... terus request nak mandi. Hmmm.... layan. Husband lak, lepas angkat barag-barang masuk bilik, terus siap-siap gi kerja. Kat hotel tu jugak konvesyen nya...

Dari tingkap meja tadi, bole skodeng Wakaf Che Yeh. Kalau tak silap saya, petang tu, Kak Rose call saya, ajak ke rumahnya di Pasir Mas. Hmmm... susah sket sebab hubby keje, saya pun x konfiden nak drive ke sana sebab tak fasih jalan kat sana. Tapi takpe, Kak Rose kata nanti husband dia, Man datang jemput kat Hotel. Alrightttt!

Perjalanan ke rumah Kak Rose pun bole tahan juga jauhnya. Huhu. Tapi, excited nak ke sana dek kerana rindu nak jumpa Kak Rose dan 1st time nak tengok anak Kak Rose, Adam. Diam tak diam, sampai malam saya kat sana. Hubby pulak tak dapat nak datang jemput disebabkan urusan kerja yang belum selesai. Maka, sekali lagi Man terpaksa hantar kami ke Hotel. Hehe.. thanks Man! Thanks Kak Rose atas layanan mesra akak sekeluarga =)

Malam tu, sampai dari rumah Kak Rose dah dekat 9 malam. Maka, hubby tapaw je makanan, dan makan di bilik. Permandangan di malam hari, sewaktu makan. Hehe. Cermin ni la saya maksudkan. Dari syiling sampai ke lantai. Kalau ada anak kecik memang seriau jugaklah. Tapi, malam-malam nampak cantik je.

Permandangan di pagi hari... Selamat pagi KB! Pagi ni, sebelum hubby pegi kerja, dia tak lupa belikan breakfast dari kedai kat tepi hotel tu. Memang tak join la orang ofis nya makan kat hotel. Tak sesuai... Air.. bancuh sendiri je. Radix, mai secawannnn! Hehe.

Rutin bila dah siap makan, anak-anak dah mandi dan bilik dah kemas sikit-sikit, saya akan mulakan kerja di soho sementara saya tu. Skrg ni kalau buat bisnes online memang senang. Pegi mana-mana hotel memang dah ada sedia wifi. Tinggal nak bawa laptop je. Kat sini la untungnya bisnes Shaklee yang saya buat. Di hujung jari. Tak perlu nak bawa stok ke sana sini. Time berjauhan dari rumah, sesuai sangat buat drop-ship je dengan Shaklee =)

Tengahari, macam biasa hubby balik kejap hantar makanan. Malam nya, kami ada pegi ke kedai makan seafood tapi saya lupalah nama kedai nya. Tepi jalan je. Kedai Ikan Bakar. Tak banyak aktiviti sepanjang selasa & rabu sebab jadual hubby yang agak bizi.

Kalau tak silap saya, hari rabu baru keluar jalan-jalan. Pegi Pantai Cahaya Bulan je kot. Sambil-sambil tu makan goreng2 kat sekitar tu. Banyakkkk sangat gerai makan. Tapi, kami pilih gerai makan yang kaler kuning. Haha... ni pengaruh blog la jugak ni.

Sedap makan kat tepi pantai. Tapi kurang rasa angin pantai...

Sebelah malam, ada la kami ke Wakaf Che Yeh. Tapi sekadar jalan-jalan je. Ni bukan la kali pertama datang WCY. Takde shopping sangat sbb kami memang jenis tak suka shopping. Hehe...

Esoknya, hubby habis kerja awal. Jadi, sebelah petangnya kami ke Rantau Panjang. Takde la gambar kat sana. Bizi memborong + cuaca panas. Huhu. Borong jugak la pinggang mangkuk, beras, baju, dll. Kat situ je la kitorg shopping. Sempat la makan aiskrim Baba yang femes tu...

Part ni memang best, kan... suka sangat kumpul benda alah ni. Oh ye, patutnya kami balik hari khamis. Tapi, kami decide tambah satu malam lagi. Dan yang bestnya, pihak hotel benarkan kami guna bilik yang sama, tapi rate harga untuk bilik yang kami request.. Haha. Ada penjimatan harga di situ. 

Esoknya, sebelum balik kami plan nak ke Pasar Siti Khadijah. Memang tak sempat pegi ke sana lagi. Sayangnya, kereta meragam pagi tu. Tak mau start. Hmmmm... nasib baik ada kawan husband yang tinggal dekat-dekat situ so bole la buat jump start. Haiyya... bateri kong pulak waktu ni. So, memang tak dapat la nak ke Pasar Siti Khadijah. Sedih nye hajat tak sampai.

Dari KB terus direct ke Temerloh. Takde berhenti sebab risau kete tak bole start dah. Sampai umah mertua, kete kong trus. Sampai kan nak kunci kereta pun tak dapat. Oklah, sekian sahaja cerita kali ni. Tamatlah kisah kami ke Kelantan.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kelantan

Sekian....

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment