Park Avenue @ Sungai Petani

Assalamualaikum...
Tiba2 je stop update blog. Balik dr Sg. Petani hari tu terus tak de masa nak buka lappy. Duk sibuk settle order kek. Hehe.. Hari ni kita bersiaran dari Wakaf Che Yeh =)

On the way ke Sg. Petani. Hari ni test pakai shawl yang beli online dari FB Azzuria Zahra. Ok gak shawl dia. Selesa dan lawa. Harga dia RM30 sehelai. Labuh, tak jarang dan senang bentuk. Sape nak, gi cari FB dia okay.

Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu anak2 ketiduran di seat belakang. Dan macam biasa, papanya selalu turunkan seat bagi rata dan bentang toto. Ni salah satu keistimewaan City tahun 2008 yg buat kami rasa, takyah mpv pun x pe buat masa ni.Sbb kalau nak compare dgn City yg saya beli last year, Kalo turunkan seat.. x dapat flat dgn ketinggian lantai bonet. Dia akan tinggi sikit. Agak x sesuai nak buat 'katil'. Huhu..So anak2 bole tido dgn selesa. Cuma bab safety je la agak bimbang. Tapi, kami tetap berangan nak mpv sebijik. Hehehe.

Pagi tu kami bertolak lambat jugak. Dalam 11am kot. Tapi Alhamdulillah selamat sampai sblm jam 4pm. Datang sini bukan untuk bercuti sebenarnya. Tapi, saje nak sibuk2 ikut Hubby pegi audit. Dah alang2 dapat bilik seorang, saya pun wahm dah kannn.. haha. Anak pun tak sekolah lagi, maka... ikutla sekali =)

Masa tengok thru website, rasa mcm old fashion je bilik dia. Tapi bila dah masuk, dah stay dalam nye, dah tgk suasana hotel, baru la rasa... not badddd. Best. Alaaa.. saya ni kan, asalkan hotel tu full carpet mmg dah kena la dgn taste saya, Haha.

Kalo ikutkan ni la 2nd time follow hubby kerja. Sblm ni kat JB.. stay KSL Hotel. Tu pun not bad hotelnya.

Toilet dia pun best. Dan of kos bebudak suka sangat sbb bole berendam dalam bath tub.

Ni aktiviti bebudak ni tiap2 hari lepas breakfast. Mujur la dapat 2 kupon breakfast so hubby tak perlu keluar beli makanan utk kitorg. Utk bebudak ni xpe mmg free je. Cuma si kakak la kena byr sbb dan 6 thn. Tapi atas budi bicara pihak hotel jugak.

Aktiviti sebelah petang, lepas hubby balik kerja. Tapi takde la everyday g mandi pool.

Tak de orang lain kat pool. Maybe sebab kitorg datang sini hari kerja kan. Hari ni kitorg je yg kongker pool ni. Hehe. Rugi lak saya tak prepare nak terjun sekali. Huhu. Bukan senang nak dpt peluang kongker kolam nih kan.


Kawasan pool dia memang selesa la. Ada rumput tiruan ni buat rasa selesa.... dan syok.



Main lari2 keliling kolam. Hehehe.

Satu lagi the best part bab hotel ni. Saya call servis dobi, then tak sampai 5 minit... maybe 3 minit je kot haha, dah terpacul depan pintu dobby-man nak pick up baju. Wahhhh... laju!
 
Dan sekali lagi teruja sebab lepas 3jam hantar tetiba dobby-man datang hantar baju yg dah siap basuh-iron-lipat. Wahhhh terbaik la servis mcm ni. Mmg cepat dan teliti kerja dia. Habis semua baju siap iron. Huhu... terharu.. aaii mmg tak pernah hantar baju basuh dobi tau. So, mmg rasa terharuuuu.. kikiki. Dan yang bestnya lagi kannn.. banyak tul yang bestnya kan. Dobi ni bagi diakaun 25 - 50% diskaun tau. Pehhh. Best. Dobby-man lak mesra dan suka budak2. Tiap kali dtg mesti tegur anak2 saya. Haha. ada la 2x antar dobi sini kot. Puas hati =)

Sepanjang masa hubby saya pegi audit, saya sibuk2 la surf tenet, ber fb dan update blog. Kalau kat umah tak dapat nak tumpu sgt. Sibuk hal rumah dan anak2 je. Time duk hotel ni la dapat rest lebih sket. Hehe... Okay sambung next entry =)

Oh yee... bagi review sket kat hotel ni. Overall mmg saya suka servis dia. Bila mintak room servis tu, cepat je datang. Econ bilik mmg sejuk gila sebab stail econ ofis kan. Tapi bila off econ pun bila still sejuk. Selalu nya saya tak on pun econ sbb sian kanak2 sejuk. Saya pun tak tahan. Huhu. Akak2 housekeeping semua ramah. Hihi. Ok bagi 5 bintang untuk hotel Park Avenue =D

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kedah

Ok.. tata...

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment