Last Day di Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum...

Last day di Tok Bali. Alahaiii.. kejap je kat sini. Satu malam je. Tapi, tak kisah, masih satu pengalaman berharga =)

Lepas breakfast, kami decide jalan-jalan kat pantai jap. Sebelum tu, sempat lagi gi tengok zoo mini kat Resort ni. Alaa.. comei je rabbit. Jinak lak tu.

Tenang je pantai pagi tu. Cuma cuaca redup macam nak hujan....

Pantai yang cantik...


Budak-budak kalau dapat pasir mmg syok main... Macam taknak balik =)

Kat resort ni pun ada taman permainan. Memang syok la bebudak.

Dah nak balik bilik, bersiap-siap nak check out.

Check out dah. Tata Tok Bali. Lain kali ada rezeki leh datang lagi =) Seterusnya kami menuju ke Kota Bharu....

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kelantan

Sekian...

Alemy Meggi Ketam

Assalamualaikum...

Sambung cerita di Tok Aman Bali. Malam tu, kami merasa makan meggi ketam pulak. Ramai kata, kalau ke sini mesti cuba meggi ketam. So, kami pun tak nak lepaskan peluang =)

Okey... korang nampak kan. So nanti boleh la try makan =)
Memang sedaplah. Syok betul meratah ketam. Tapi kalau anak ramai dgn macam-macam peel, feel makan agak berkurangan... huhu. Biasalah kan.
Tak banyak gambar kat sana sebab kami penyegan nak bergambar. Hehe. So, balik tu saje singgah kat lobi @ rumah ibu. Saje lepak-lepak sambil ber-wifi. Weh, sangap jugak la kejap tak dapat bersosial di FB.. hihi
Suka betul la budak ni duk dalam meja tu. Hihi. Muat-muat je. Pastu, round jap menikmati suasana malam, then tido. Esok dah nak berangkat ke KB.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kelantan

Sekian....

Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum...

Bulan April & Mei memang sarat dengan cuti-cuti Malaysia kami. Hehe. Memang heaven nak pulak masa tu baru resign dari gomen kan. Tambah pulak, tahun ni je la boleh follow hubby outstesen. Tahun depan maybe dah susah sebab anak sulung dah masuk darjah satu.

Awal bulan Mei, 4-9 Mei kami di Kelantan pula... Hubby ke sana sebab ada convention. So, follow lah kami semua. Sebelum ke Kota Bharu, tempat berlangsungnya konvensyen tu, kami singgah dulu di Tok Bali Aman Resort. Haihh... suka btul saya dapat ke sana sbb baru je terbaca-baca post kawan2 pasal Tok Bali. Katanya kat sana best, tenang, pantai cantik. Bila Hubby offer tu, rasa macam orang mengantuk di sorong bantal la kan! Untuk booking, kami surfing laman web AGODA untuk harga palin murah.

Sebelum ke Kelantan, kami balik Temerloh dulu semalam dua..ala-ala transit gitu. Awal pagi terus gerak dari rumah mertua. Saje lalu ikut Kuantan. Yang sebenarnya saya memang seram lalu Gua Musang. Taktau kenapa. Lagipun, saya memang suka lalu negeri Terengganu. Dari sekolah suka btul negeri tu. Haha. Lalu tepi pantai kan best. Tapi kitorg ni gatai nak jugak ikut waze, kan. Padahal bukan tak pernah ke Kelantan. Mengarut-ngarut jalan waze bagi. Hmmmm....

Alhamdulillah, sampai jugak di Tok Bali lebih kurang 2 ke 3 petang mcm tu. Memang damai je tempatnya. Tepi pantai. Ok, jom kita check in dulu.

Lorong ke bilik...

Ya.. biliknya. Benda pertama saya tengok ialah lantainya... takde karpet. Iyalah kan... Tepi pantai mmg takde makna la karpet2 nya....Tapi lantai kayu mmg syok.

View dari toilet. Haha.. ni kalau nak mandi jgn lupa turunkan tirai tu ye...


Bahagian beranda. Kalau datang honeymoon sini rasa bestt je. Malam-malam duk kat sini borak2 sambil minum kopi. Oh ye, kat sini line internet mmg sedih. Kalau nak wifi pun, kena pegi lobi dia.. ataupun 'rumah ibu'. So, kalau mmg berhajat nak release tension ke, nak bertenang-tenang ke... datang la sini. Memang takkan terfikir sgt kat gadget ke, internet ke.. hihi.

View depan beranda tadi. 'Kolam' reakreasi mereka. Nak kayuh boat, dan lain-lain aktiviti air, boleh la kat situ. Kat sini, nak beriadah dengan basikal pun ada disediakan =)

Itu 'rumah ibu' nya.. nak check in check out di situ...

Selesai rehat-rehat sekejap & solat, kami pun keluar mencari makanan.. perut dah lapar. Nak makan meggi ketam, kedai tak buka lagi. So, kami makan je goreng-goreng kat situ. Ada satu je gerai makan yg complete kerusi meja tak jauh dari resort. Gerai-gerai tepi jalan pun banyak. Syok nya makan kopok lekor sambil menikmati angin pantai....

Lepas tu, masih tak berapa nak kenyang, beli pulak lagi kudapan kat gerai tepi jalan tu. Pastu, lepak tepi pantai... sambil makan sambil tengok bebudak main pasir, sambil layan angin pantai lagi...

Biasa la bebudak memang syok jumpa air laut kan. Dah puas main pasir, gi main air pulak. Takdelah mandi. Cuma main sepak-sepak air. Lalu, ada la yang jatuh dalam air. Hehe.. basah lencun baju. So, terus balik bilik dan decide bawak bebudak mandi kolam. Kolam pun, depan bilik je. Dekat sangat...

Rasa privacy je kolam ni. Sebab tak ramai orang. Maybe sebab kami datang hari kerja kan. Tu yang tak ramai. So, lepas setel mandi kolam, masuk bilik, mandi sekali lagi, solat dan keluar makan Meggi Ketam. Jom, next entry.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kelantan

Sekian...

Singgah Lalu Je Kat Penang....

Assalamualaikum...

Sebelum balik ke Puchong, kami saja la masuk Penang jap. Saje jalan-jalan. Sebelum tu, sempat singgah kat Kedai Jeruk Madu Pak Ali kat tepi jalan... 


Haihhh.. kalau tengok jeruk ni memang rambang mata,kan! Syok sgt makan jeruk. Kedai ni sebelum masuk penang lg. Rasanya area Sg Petani lagi...
Dah masuk Seberang Jaya, sempat lagi singgah Shaklee baru kat situ. Beli stok sikit =)
Then, saja la naik feri. Bagi seronok2 bebudak tu kan. 
Teruja betul diorang tengok laut yang luas tu...
Pusing kat pulau pun rasanya kurang 30 minit kot. Macam dah tak sabar-sabar nak balik rumah. Hehe.. SO, hala balik kami saja lalu Jambatan Pulau Pinang yang baru tu. Masa tu, cari dalam waze tak jumpa lagi jambatan ni.. hehe..
Perjalanan agak lengang dan panjang. Jambatan ni berliku sikit. Tak lurus macam jambatan lama. Bayaran tol pun agak mahal.... Ok, habis dah cerita jalan-jalan Sg. Petani & Penang.....

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Sekian...

Tanjung Dawai, Kedah

Assalamualaikum...

Sehari sebelum balik ke Puchong, sempat la kami singgah ke tanjung dawai. Katanya kat sana ikan bilis murah-murah. Makan, berangkatlah kami berlima ke sana...

Kami memang kurang ariff bab tempat-tempat nak shopping ni. Buat studi pun tak, maka redah je la kat sini. Tapi, tepi-tepi jalan mmg banyak kedai jual hasil makanan laut. Kat sini, kami cuma beli ikan bilis dan sikit2 hasil laut. Bila dah balik, menyesal pulak tak borong ikan bilis berkilo-kilo sbb memang terlajak murah tau! Saya beli ikan bilis putih yg dah siap kopek tu.... mmg yg tu feveret zaman berzaman..hihi

Then, kami ke tepi pantai... hajatnya nak makan seafood lah. So, order dulu then g jalan-jalan tepi pantai. Budak-budak main belon buih bagai. Tapi sayang, pantai dia tak terjagaaa..... nothing special.
Tak snap la gambar kesemua makanan yang kami pesan. Kalut la dengan ragam bebudak. Tambah pulak hari dah nak senja. Masa tengah makan, hari pun dah makin gelap. Memang silap timing lah. Makanan diorang memang sedap tapi nyamuk banyakkkk. Bertubi-tubi menyerang kitorg. Sampai hilang rasa nak habiskan makan.

Yang tak bestnya.... malam tu kitorg sakit perut cirit birit! Nasib baik la anak-anak tak. Perghhhh... memang sedih gila. Tak sangka lak leh kena mcm tu. Berlarut jugak la sampai awal pagi tu. Dah la pagi tu nak balik dah.... nama kedai mmg kitorg tak ingat dan tak sempat nak snap. Tapi takpelah.. taknak la up kat sini... kan.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kedah
Sekian....

LeBoss, Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum...

Cerita di Kedah yang tertangguh. Nak cerita lebih-lebih, dah tak brapa ingat jalan cerita dah. Hehe. So, layan gambar ajelah kita... gambar jalan-jalan cari makan di sekitar Sg. Petani.

Melalui pembacaan di blog-blog, ramai yang suggest makan di Restoran LeBoss. Especially makanan western la...

Rasanya... air chocolate kot ni.. lupa dah.

Yang ni memang favourite saya. Puas hati makan malam tu. Memang sedap!

Yummy...

Permandangan restoran kalau dari jalan. Kena cari betul-betul. Sebab kalau tak silap, kedudukan dia agak terkebelakang sikit...

Ok, Sekian....

Park Avenue @ Sungai Petani

Assalamualaikum...
Tiba2 je stop update blog. Balik dr Sg. Petani hari tu terus tak de masa nak buka lappy. Duk sibuk settle order kek. Hehe.. Hari ni kita bersiaran dari Wakaf Che Yeh =)

On the way ke Sg. Petani. Hari ni test pakai shawl yang beli online dari FB Azzuria Zahra. Ok gak shawl dia. Selesa dan lawa. Harga dia RM30 sehelai. Labuh, tak jarang dan senang bentuk. Sape nak, gi cari FB dia okay.

Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu anak2 ketiduran di seat belakang. Dan macam biasa, papanya selalu turunkan seat bagi rata dan bentang toto. Ni salah satu keistimewaan City tahun 2008 yg buat kami rasa, takyah mpv pun x pe buat masa ni.Sbb kalau nak compare dgn City yg saya beli last year, Kalo turunkan seat.. x dapat flat dgn ketinggian lantai bonet. Dia akan tinggi sikit. Agak x sesuai nak buat 'katil'. Huhu..So anak2 bole tido dgn selesa. Cuma bab safety je la agak bimbang. Tapi, kami tetap berangan nak mpv sebijik. Hehehe.

Pagi tu kami bertolak lambat jugak. Dalam 11am kot. Tapi Alhamdulillah selamat sampai sblm jam 4pm. Datang sini bukan untuk bercuti sebenarnya. Tapi, saje nak sibuk2 ikut Hubby pegi audit. Dah alang2 dapat bilik seorang, saya pun wahm dah kannn.. haha. Anak pun tak sekolah lagi, maka... ikutla sekali =)

Masa tengok thru website, rasa mcm old fashion je bilik dia. Tapi bila dah masuk, dah stay dalam nye, dah tgk suasana hotel, baru la rasa... not badddd. Best. Alaaa.. saya ni kan, asalkan hotel tu full carpet mmg dah kena la dgn taste saya, Haha.

Kalo ikutkan ni la 2nd time follow hubby kerja. Sblm ni kat JB.. stay KSL Hotel. Tu pun not bad hotelnya.

Toilet dia pun best. Dan of kos bebudak suka sangat sbb bole berendam dalam bath tub.

Ni aktiviti bebudak ni tiap2 hari lepas breakfast. Mujur la dapat 2 kupon breakfast so hubby tak perlu keluar beli makanan utk kitorg. Utk bebudak ni xpe mmg free je. Cuma si kakak la kena byr sbb dan 6 thn. Tapi atas budi bicara pihak hotel jugak.

Aktiviti sebelah petang, lepas hubby balik kerja. Tapi takde la everyday g mandi pool.

Tak de orang lain kat pool. Maybe sebab kitorg datang sini hari kerja kan. Hari ni kitorg je yg kongker pool ni. Hehe. Rugi lak saya tak prepare nak terjun sekali. Huhu. Bukan senang nak dpt peluang kongker kolam nih kan.


Kawasan pool dia memang selesa la. Ada rumput tiruan ni buat rasa selesa.... dan syok.



Main lari2 keliling kolam. Hehehe.

Satu lagi the best part bab hotel ni. Saya call servis dobi, then tak sampai 5 minit... maybe 3 minit je kot haha, dah terpacul depan pintu dobby-man nak pick up baju. Wahhhh... laju!
 
Dan sekali lagi teruja sebab lepas 3jam hantar tetiba dobby-man datang hantar baju yg dah siap basuh-iron-lipat. Wahhhh terbaik la servis mcm ni. Mmg cepat dan teliti kerja dia. Habis semua baju siap iron. Huhu... terharu.. aaii mmg tak pernah hantar baju basuh dobi tau. So, mmg rasa terharuuuu.. kikiki. Dan yang bestnya lagi kannn.. banyak tul yang bestnya kan. Dobi ni bagi diakaun 25 - 50% diskaun tau. Pehhh. Best. Dobby-man lak mesra dan suka budak2. Tiap kali dtg mesti tegur anak2 saya. Haha. ada la 2x antar dobi sini kot. Puas hati =)

Sepanjang masa hubby saya pegi audit, saya sibuk2 la surf tenet, ber fb dan update blog. Kalau kat umah tak dapat nak tumpu sgt. Sibuk hal rumah dan anak2 je. Time duk hotel ni la dapat rest lebih sket. Hehe... Okay sambung next entry =)

Oh yee... bagi review sket kat hotel ni. Overall mmg saya suka servis dia. Bila mintak room servis tu, cepat je datang. Econ bilik mmg sejuk gila sebab stail econ ofis kan. Tapi bila off econ pun bila still sejuk. Selalu nya saya tak on pun econ sbb sian kanak2 sejuk. Saya pun tak tahan. Huhu. Akak2 housekeeping semua ramah. Hihi. Ok bagi 5 bintang untuk hotel Park Avenue =D

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kedah

Ok.. tata...

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in