Park Avenue @ Sungai Petani

Assalamualaikum...
Tiba2 je stop update blog. Balik dr Sg. Petani hari tu terus tak de masa nak buka lappy. Duk sibuk settle order kek. Hehe.. Hari ni kita bersiaran dari Wakaf Che Yeh =)

On the way ke Sg. Petani. Hari ni test pakai shawl yang beli online dari FB Azzuria Zahra. Ok gak shawl dia. Selesa dan lawa. Harga dia RM30 sehelai. Labuh, tak jarang dan senang bentuk. Sape nak, gi cari FB dia okay.

Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu anak2 ketiduran di seat belakang. Dan macam biasa, papanya selalu turunkan seat bagi rata dan bentang toto. Ni salah satu keistimewaan City tahun 2008 yg buat kami rasa, takyah mpv pun x pe buat masa ni.Sbb kalau nak compare dgn City yg saya beli last year, Kalo turunkan seat.. x dapat flat dgn ketinggian lantai bonet. Dia akan tinggi sikit. Agak x sesuai nak buat 'katil'. Huhu..So anak2 bole tido dgn selesa. Cuma bab safety je la agak bimbang. Tapi, kami tetap berangan nak mpv sebijik. Hehehe.

Pagi tu kami bertolak lambat jugak. Dalam 11am kot. Tapi Alhamdulillah selamat sampai sblm jam 4pm. Datang sini bukan untuk bercuti sebenarnya. Tapi, saje nak sibuk2 ikut Hubby pegi audit. Dah alang2 dapat bilik seorang, saya pun wahm dah kannn.. haha. Anak pun tak sekolah lagi, maka... ikutla sekali =)

Masa tengok thru website, rasa mcm old fashion je bilik dia. Tapi bila dah masuk, dah stay dalam nye, dah tgk suasana hotel, baru la rasa... not badddd. Best. Alaaa.. saya ni kan, asalkan hotel tu full carpet mmg dah kena la dgn taste saya, Haha.

Kalo ikutkan ni la 2nd time follow hubby kerja. Sblm ni kat JB.. stay KSL Hotel. Tu pun not bad hotelnya.

Toilet dia pun best. Dan of kos bebudak suka sangat sbb bole berendam dalam bath tub.

Ni aktiviti bebudak ni tiap2 hari lepas breakfast. Mujur la dapat 2 kupon breakfast so hubby tak perlu keluar beli makanan utk kitorg. Utk bebudak ni xpe mmg free je. Cuma si kakak la kena byr sbb dan 6 thn. Tapi atas budi bicara pihak hotel jugak.

Aktiviti sebelah petang, lepas hubby balik kerja. Tapi takde la everyday g mandi pool.

Tak de orang lain kat pool. Maybe sebab kitorg datang sini hari kerja kan. Hari ni kitorg je yg kongker pool ni. Hehe. Rugi lak saya tak prepare nak terjun sekali. Huhu. Bukan senang nak dpt peluang kongker kolam nih kan.


Kawasan pool dia memang selesa la. Ada rumput tiruan ni buat rasa selesa.... dan syok.



Main lari2 keliling kolam. Hehehe.

Satu lagi the best part bab hotel ni. Saya call servis dobi, then tak sampai 5 minit... maybe 3 minit je kot haha, dah terpacul depan pintu dobby-man nak pick up baju. Wahhhh... laju!
 
Dan sekali lagi teruja sebab lepas 3jam hantar tetiba dobby-man datang hantar baju yg dah siap basuh-iron-lipat. Wahhhh terbaik la servis mcm ni. Mmg cepat dan teliti kerja dia. Habis semua baju siap iron. Huhu... terharu.. aaii mmg tak pernah hantar baju basuh dobi tau. So, mmg rasa terharuuuu.. kikiki. Dan yang bestnya lagi kannn.. banyak tul yang bestnya kan. Dobi ni bagi diakaun 25 - 50% diskaun tau. Pehhh. Best. Dobby-man lak mesra dan suka budak2. Tiap kali dtg mesti tegur anak2 saya. Haha. ada la 2x antar dobi sini kot. Puas hati =)

Sepanjang masa hubby saya pegi audit, saya sibuk2 la surf tenet, ber fb dan update blog. Kalau kat umah tak dapat nak tumpu sgt. Sibuk hal rumah dan anak2 je. Time duk hotel ni la dapat rest lebih sket. Hehe... Okay sambung next entry =)

Oh yee... bagi review sket kat hotel ni. Overall mmg saya suka servis dia. Bila mintak room servis tu, cepat je datang. Econ bilik mmg sejuk gila sebab stail econ ofis kan. Tapi bila off econ pun bila still sejuk. Selalu nya saya tak on pun econ sbb sian kanak2 sejuk. Saya pun tak tahan. Huhu. Akak2 housekeeping semua ramah. Hihi. Ok bagi 5 bintang untuk hotel Park Avenue =D

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Kedah

Ok.. tata...

Farm In The CIty, Seri Kembangan

Assalamualaikum...

Hasil Matta Fair hari tu, maka kami mencuba nasib di destinasi pertama. Farm In The City, Seri Kembangan. Tak jauh pun dari rumah kami. Lebih kurng 15minit kalau tak jem. Kalau nak pegi sini eloknya pagi la.. dan bawak la topi dan lebih afdal pakaikan anak2 kasut sukan. Selesa utk mereka. Takyah la baju yang heavy2 sgt sbb konsep tempat ni, kebun. So, kalo baju tebal2, sian diorg panas. Kalau lupa bawak topi x pe. Situ ada jual topi jugak. Ohye, jangan lupa bawa air mineral. Sini luas tempatnya.

Tengok pintu masuk aje pun anak2 dah excited semacam. Tapi secara psikologinya anak2 mmg suka pegi zoo kan. So, mmg best la bawak kanak2 ke sini.

Masa mendaftar, kami just tunjuk voucher yang dibeli masa Matta Fair. Takyah bayar la dah. Cuma tambah sket utk horse riding budak2. Dapat la vitagen utk setiap tiket.

My Three kids. See.. saya pakaikan sport shoes. Baju pun yg tak memanaskan. Cuma topi je lupa bawak. Kitorg pun tak perasan ada kiosk jual topi.


T
Tak takut..

Jinak kambingnya. Kalau anak2 tak biasa duk kampung, elok la bawak ke mari.

Tempat ni paling anak-anak suka. Arnab nya pun jinak belaka.

Kalau tak datang sini, tak kenal la anak ayam. Kat sini jugak dapat peluang pegang anak ayam. Hai anak-anak...masa kecik2, ni la mainan mama kamu. Sampai kena kejar dek mak ayam. Haha.

Bagi makan swan. Last bagi makan swan masa hanimoon kat Bukit Tinggi dulu. Skrg anak dah tiga dah. Hehe.

Takut-takut je pegang burung. Bebudak seram gak sbb kuku burung tu cengkam lengan. Huhu.

Aktiviti sblm keluar, naik kuda la dua beradik tu. Si adik kecik tak naik sbb tak cukup tinggi. Hihi.

Ahamdulillah selesai satu trip untuk anak-anak. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi highlight sikit je la. Next trip will update soon... Thanks for reading guys =)

Perasmian Taska Pok Amai-Amai Hasil, Cyberjaya

Assalamualaikum..

Kalau dalam post sebelum ni, saya pernah cerita kisah hari pertama anak-anak saya di Taska De Sayang Cyberjaya. Masa tu anak baru dua org. Dari post tu, ramai jugak yg sms, whatsapp, emel dan komen.. tanya no fon, dll. Tapi maaf sgt tak dapat nak bagi sbb skrg pengurusan Taska dah bertukar. Pengurusan skrg ni, diteraju oleh En. Hashim, Pucuk Emas Sdn. Bhd. Dan satu lagi, taska ni terhad kpd anak-anak staff LHDN je. Tak pasti la if ada kekosongan, mayb dia amik juga org luar. But, if nak bertanya saya nasihatkan terus tanya pada taska.. mksudnya, pergi terus ke taska tu. Tak perlu tanya saya. Rasa x best la pulak saya nak passing no fon penyelia taska since saya pun kurang pasti, open kpd anak non staff atau tak.

Alkisah rasanya dah dekat setahun ke dah setahun taska ni diambil alih, baru-baru ni berpeluang utk dirasmikan dan diberi nama rasmi. Anak saya pun yg ada di taska ni pun dua org je. Yang sulung dah bertukar ke tadika. So, anak yg tengah ngan bongsu je lah kat sini. Cantik sgt taska ni skrg. Saya pun dah lama tak ke sini sejak CTG ni.
 
Fokus kat nama anak je.. Nur Amirah Hannani

Nur Sarah Atiqah

Classroom

Classroom...

Yang ni bilik apa ye. Lupa dah...

Gambar sambutan Birthday Kak Ngah dan kawan2.

Gambar Kak Ngah dan kawan-kawan dia.

Ni kat ruang menunggu. Atau mungkin lebih bersifat living hall kat sini =)

Kak Ngah buat persembahan hari ni. Tapi, sayang sangat2 saya tak sempat nak tengok. Papanya pun ada event kat hall so x dapat luang masa tgk dia ngan kawan2 dia. Hmmm... Khabarnya ada siaran langsung kat semua cwgn lhdn. Hihi.
 
Si bongsu Amirah. Sian dia mama lupa nak bekalkan baju lawo-lawo. Kawan2 dia semua bergaya lawa hari ni...

Suasana luar taska. Pun dan bercat kaler tema lhdn. Biru kuning gitu. Nampak lebih formal dan related dgn lhdn. Pun dah siap lekat tanda taska ni dah dirasmikan dan diberi nama Taska Pok Amai-Amai. Comelkan.

Clown hari ni. Korang rasa la.. apa dia buat sebenarnya? Malas nak show off gambar2 kontroversi dia. Hahaha.. Paham2 je la. Ngeeeeeee~

Happy Birthday Dear Hubby

Assalamualaikum..

Smlm birthday Hubby. Yeah.. walaupun hubby always remind not to buy present, no need to celebrate. Tapi, rasanya dia kenal his wife very well kan. Bagi saya tak lengkap if tak buat something utk seseorang yg saya sayang. Nak tau kenapa? Sebab saya tatau.. tahun depan nya masih adakah masa utk semua ini? Teettt.. hanya nak appreciate masa yang ada =)

Khamis last week lagi saya dah huru hara fikir apa yg istimewa? Saya tgk masalah terhampir aje. Antara listed utk saya grab ada tiga actually. Tv, Motor, atau Alat senaman cthnya treadmill. End up, saya tuju ke Bangi slps survey harga yg berkenaan di internet. Pilih kedai tu sbb ant yg termurah. Its hard sebenarnya sbb saya kena hadapi ape jua kemungkinan if hubby x setuju. Sbb yes of course dia mmg tak setuju saya berbelanja utk benda² besar mcm ni. 

Then jumaat malam, tiba² we got small gaduh. Sedih sgt! Tapi x pe..plan ttp diteruskan.

The day pun tiba. Pagi² tu saya buatkan Snowy Cotton Cheese Cake since hubby tak pernah rasa kek yg dah berkali² saya buat utk customer. Here we go. Kek siap tepat jam 4pm. Haha. Lamanya! Sbb sambil tunggu kek sejuk, saya gigih kemas rumah.

Hadiah utama. Org kedai dtg pasang around 1pm. Asalnya tak request bracket. Tapi org kedai nasihatkan amik sbb xnak tertimpa kat anak.. Ok... Pilih yg smart ni sbb kat umah ada hypptv. Rugi tak guna.

Siap semua kerja around 4.15pm. Terkocoh² balut 2nd hadiah, tulis kad dan kelam kabut buka photoshop dan kelam kabut lg cari thumb drive. Tak jumpa! Lastly jumpa juga. Lega sgt. Then sebelum keluar, cucuk thumbdrive dan paparkn gambar yg buat td dan put all hadiah di meja tv. Masa tu was² gak..mau ke gambar tu stay smpai hubby blk keje. Takpelah... Then saya membawa diri ke Bangi... haha. Merajuk tak habis lagi, plus debar tggu respon hubby. So, baik aaii lari dulu kan.
   
Gambar apa kat skrin TV tu? Ni ha dia. Simple sgt sbb xsempat nak buat lawa². Ok tak, kretip x surprise aaii?

Dalam 6pm masih otw nak balik rumah smbil debar² membayangkan suasana hubby balik. Kalau laa ada cctv kan. Hehe.. Then suddenly dpt msg whatsapp dari hubby. Sekilas aaii baca dah tau penerimaan dia. Ok lega. Tp, ego aaii ni berbaki lagi. Hehe.. Ape² pun bersyukur sbb semuanya akan ok. 

Saya tak terus balik. Pegi kedai dobi hantar karpet kesayangan yg tertumpah air teh. Hmmm....

Sampai rumah anak² happy sambut mamanya ni smbil tak lekang wish thanks... hubby pun berseri² je. Ok, so happy tp... i dont know how to react.. Hahaha... dan mcm biasa hubby keep on asking how much, bla bla bla... takpe.. dah boleh agak.

Malamnya he got another surprise. Sepatutnya deliver ke ofis. Tp kedai bunga terlambat sikit. So dia htr ke rumah. Its ok... sbb dek kerana itu, kedai bunga tmbah 2 biji coklat dan 2 kuntum rose. Ok la kan. Hubby kata mujur x smpai ofis. Malu! haha. aaii tau dia malu tp saje... suka sgt dgn gubahan dia. Cantik dan ada seri. Saya order kat pinkpetals @ subang.

Pastu.. jom la makan kek =)



Nak tau tak, selama 7 tahun jadi hubby wifey, tv apa kami guna? 
TV lama Sony 21". Hubby guna dari bujang lagi. Elok lagi. Takde pun rosak². My hubby mmg x kan beli lain selagi tak rosak. Tapi ada masa saya stress berebut tv dgn anak. Hubby pun sama. So...itulah sebabnya..

So, tv tu dgn susah payah saya bawak naik atas. Angkut sdiri sbb bila hubby smpai dia tanya mana Tv lama dia.. saya cakap dah kena jual. Hehe. Tv atas guna siaran biasa je la dulu.. Hall atas mmg tak berseri ye.. sbb budget takat tu je. Hihi.

Happy Birthday Dear Hubby. Semakin meningkat usia.. semakin dekat kita dengan kematian.

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in