Bayview Hotel, Penang ~ Day 1

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama tak follow hubby keluar station. Hehe. Last follow pun setahun lepas. Ke Penang juga waktu tu. Masa tu baru beberapa bulan mengandungkan Muhammad Adam. Perut pun tak nampak lagi. Lepas tu, takde dah hubby outstation. Untuk tahun ni, ini destinasi kedua outstation. Yang 1st hari tu xdpt nak ikut ke Kuching.

Kali ni kami ke Penang lagi. Kali ni stay kat hotel berdekatan Cititel iaitu Bayview Hotel. Bila tengok balik entry pasal Cititel, rupanya timing pun x jauh beza. Ke Cititel pun dlm Ogos 2014 =). Kali ni kami pergi selama 6 hari 5 malam. Lama, kan. Kami bertolak pada hari isnin, 11.30pagi. Sampai di hotel lebih kurang jam 4.30ptg. Tak banyak singgah. Takde berhenti makan. Just snacking dlm kereta je.

Jom layankan gambar bilik dan sedikit review dari kami.

Bilik ni berbentuk U. Dari pintu masuk, nampak almari. toleh ke kiri sikit baru nampak katilnya. Katil saiz king. Ok good.
  
Bersebelahan katil ni, ada dressing table dan set kerusi meja. 

Berhadapan katil ada pintu toilet, tv dan mini fridge dlm almari bawah tv tu.

Membelakangi dressing table ni ada workstation. Ok, dah dapat bayang tak bentuk U bilik ni? 

Tingkap besar. dari dressing table sampai ke workstation. Kunci tingkap ni mmg tak boleh buka. Macam digam. Oklah tu untuk safety. Bilik kami ni tingkat 12. View laut. Tapi malangnya masa datang ni musim jerebu. Jadinya tak nampak lah sangat lautnya.

Kolam dewasa, kolam kanak-kanak, jakuzzi boleh nampak dari bilik.

Itu almari yang saya bagitau td, Ni budak yang duk dalam perut masa ke Penang last year.

Toilet besar dan selesa. Dan yang menariknya kan.. ni la hotel pertama saya pergi, ada selipar tandas. Hehe... 

Macam biasa, setakat ni setiap kali follow hubby outstation, mesti dapat bilik ada bathtub. Oklah untuk fun kanak-kanak. 

Dan, yang pentingnya bilik ni full karpet kecuali toilet. Haaa part ni mmg saya tak boleh kompromi. Takde karpet mmg tak selesa. Lagi pulak, lama nak menetap ni. Dekat seminggu, Dan banyak masa habis dalam bilik, Hubby kerja dari pagi sampai petang. Memang takde balik kejap kejap nya. Hihi...

Ok sambung next entry yaaa....

1 Yang Cantik Jelita Komen: