Petua untuk Jutawan Muda
Oleh Irfan Khairi (Ekstrak artikel Harian Metro)
Ramai
yang mengimpikan menjadi usahawan. Pastinya dikalangan
itu juga ramai yang ingin menjadi usahawan jutawan muda. Apa taknya,
bila dilihat dikaca TV memang gah digambarkan dalam filem usahawan muda
berkereta sport dan rumah di tepi pantai dan bersuka ria setiap hari.
Namun mungkin bukan seperti itu niat kita ingin menjadi berjaya dalam
perniagaan ketika muda, mungkin pula dengan wang tambahan boleh memberi
sedikit kemewahan kepada diri sendiri dan keluarga, dapat membawa ibu
bapa kesayangan menunaikan haji, membawa keluarga melancong, serta
memperbaiki gaya hidup diri dan keluarga seandainya menjadi jutawan.
Tidak
kira apa sahaja niatnya, kini, menjadi jutawan pada usia yang mudah
bukan lagi mustahil. Semakin ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya
dilahirkan tidak kira, di dada akhbar dan juga di TV, sering dikongsikan
kisah-kisah kejayaan usahawan jutawan ini. Yang menariknya juga, tidak
kira bidang apa, dari bidang pertanian, ke
perindustrian, atau bidang fotografi, hinggalah bidang percetakan,
pastinya ada usahwan jutawan muda yang mengorakkan nama di dalam
industri masing-masing.
Diri
saya sendiri juga menjadi sebutan sejak tahun 2006 lagi dengan gelaran
“Jutawan Internet Muda”. Lapan tahun dahulu, mungkin masih muda lagi.
Tetapi sekarang, saya pun tidak boleh mengaku muda sudah!
Namun,
soalan yang sering ditanya ramai adalah, bagaimana hendak menjadi
usahawan jutawan muda? Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 petua
dari pengalaman saya sendiri, khas untuk usahawan-usahawan muda apakah
caranya untuk menjadi jutawan muda…
1. Lakukan perniagaan yang anda minat
sangat-sangat
Amat
penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda. Minat ini
pula, bukanlah minat yang dikatakan “saja cuba-cuba” atau “cuba test
try” tengok macam mana, ok ke tidak menjalankan perniagaan ini!
Minat
yang saya maksudkan adalah minat yang amat sangat dalam sesuatu bidang
itu. Mungkin sehingga menjadi hobi. Contohnya,
sekiranya minat dalam fotografi, jadikan itu sebagai perniagaan anda.
Sekiranya minat dalam muzik, jadikan bidang muzik sebagai perniagaan
anda.
Jangan memulakan sesuatu perniagaan yang anda tidak minat
oleh kerana minat adalah umpama gasolin yang menyalakan api dengan
lebih hebat lagi. Dalam perniagaan
pastinya ada turun naik perniagaan. Ada juga akan kedengaran suara-suara
negatif yang menganggu kita, dari kawan dan juga lawan.
Namun,
dengan minat yang sungguh mendalam dalam sesuatu bidang itu, kita tidak
akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir-anasir negative yang
mungkin datang menganggu. Sebabnya, kita lakukan kerana minat!
2. Banyak membaca dan belajar
Ketahui
bahawa untuk berjaya, memerlukan ilmu. Tidak semestinya mendapat
kelulusan dari university. Ramai usahawan jutawan yang saya kenali tidak
mempunyai segulung ijazah pun.Tetapi, yang pasti ilmu mereka adalah
tinggi dalam bidang perniagaan.
Ilmu
boleh diperolehi dari buku-buku perniagaan di pasaran. Zaman kini, ilmu
di hujung jari membolehkan kita membaca pelbagai teknik, dan strategi
kejayaan di Internet
juga. Sekiraya malas membaca seperti ramai antara kita, YouTube itu
sendiri mengandungi pelbagai ilmu perniagaan yang boleh didalami.
Pendek kata, zaman ini, tiada alasan untuk tidak mencari ilmu oleh kerana ianya terdapat di mana-mana sahaja. Untuk
berjaya, tidak semestinya kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak
pernah dilakukan
oleh orang lain. Mencapai kejayaan usahawan jutawan telah dicapai oleh
ramai usahawan. Tugas anda adalah melihat dan belajar daripada
kisah-kisah kejayaan ini dan aplikasi kepada diri anda sendiri.
Jauhkan
daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan
menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri
dengan mereka yang berfikir positif dan bercakap postif. Mereka akan
meningkatkan keyakinan dan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang
lebih baik.
Sememangnya
benar, sokongan sekeliling adalah amat penting. Sekiranya kenalan kita
sekeliling di kategorikan sebagai kaki lepak, lambat laun, kita sendiri
pun akan turut sama jadi kaki lepak. Tetapi sekiranya kenalan kita
sekeliling terdiri daripada usahawan-usahawan, pastinya aura
keusahawanan
itu juga dapat pada diri kita sendiri.
Bayangkan
keadaan di mana anda mempunyai masalah perniagaan dan kongsikan masalah
tersebut pada kenalan kaki lepak. Pastinya jawapannya adalah “Tu lah
engkau ni, aku dah kata dah. Susah buat bisnes. Baik lepak je”. Tetapi,
sekiranya masalah yang sama dikongsikan dengan kenalan usahawan pula,
pastinya jawapan adalah “Eh, biasa lah tu dalam perniagaan. Jangan risau
kalau tak dapat sale, aku dulu pun tak
dapat sale juga… jom kita pergi sama-sama buat sale”.
Mempunyai sokongan yang padu dari kenalan dan keluarga sekeliling pastinya akan dapat membantu anda dalam mencapai kejayaan.
3
petua ini adalah petua yang saya sendiri amalkan sejak dulu lagi ketika
mula memulakan perniagaan tika umur saya di awal 20-an sehingga hari
ini. Saya akan pastikan sekiranya saya memulakan sesuatu perniagaan,
saya akan lakukan perniagaan yang menurut minat saya, saya akan selalu
mencari ilmu di mana-mana sahaja, saya tidak mudah putus asa dan
berusaha secara konsisten serta akan mencari jaringan kenalan usahawan
dalam menyokong usaha saya.
0 Yang Cantik Jelita Komen:
Post a Comment