Salam....
Alhamdulillah...setelah lama menanti, akhirnya kerja² reno pun dimulakan. Jenuh nak tunggu duitnya cukup. Dapat kunci rumah awal Sept..masa tu baru pas raya. Kerja reno lak hujung Nov, nak masuk Disember baru start..isk, isk.. so, jom kita layan gambar progress nye ye =)
Minggu pertama..kerja² korek tanah untuk tanam piling... sbb kata pemaju, tanah umah ni agak lembut. So kalo nak tahan lama, buat la piling.
Minggu seterusnya dah mula buat base...
Ada dua corner..satu wet kitchen, satu tempai sidai kain. Nak cakap laundry area..kat situ saya x letak mesin basuh..just nak sidai kain je. camne?
Pada hari yang sama kitorg gi melawat² diorg wat base tu, diorg tengah pecah dinding ni. Asalnya dinding ni penuh... dinding ni yang pisahkan dining dan dry kitchen. Tapi sebab ngade² nak kaunter bagai, kena la pecahkan =)
Setel pecah dinding. Pecah separuh je. Yang tertinggal tu untuk wat base kaunter. Konpem jiran kiri kanan tensen je masa diorg pecah dinding ni. huhuhuhu~
Tadi tu gambar hari sabtu..yang ni gambar isnin berikutnya..masa kitorg cuti 5/12/2011. Cuti sbb ada janji ngan incube kitchen, nak amik hadiah saya kat karangkraf, g Laurea...mcm² la. Ni agenda last g tgk umah, diorg dah siap buat tiang konkrit...
Alang atas pintu dan tingkap tu diorg dah buang. Later, Tingkap 2 panel tu akan digantikan tingkap mati satu panel. Sebagai divider antara dry & wet kitchen. Pintu tu tak dibuang...
Baju hitam tu kawan asben saya. Dia joint venture macam tu la dgn abang dia dlm kerja² reno umah kitorg. Setakat ni kerja² diorg ok, ikut spec yang kami nak..hihihi...
Last week kitorg pegi, dah naik dinding dah. Saya sukeee.... sangat! Bahagian penuh bertingkap tu jadi wet kitchen. Yang sblh nye tu la akan jd kawasan ampai. Kawasan ampai tu saya mintak dinding separuh je.. nanti grill kan aje. Bumbung pun saya request bumbung lutsinar tu bagi cahaya semulajadi masuk. So, kalo g keje, x risau la kain x kering, kena hujan etc² kan. Bilik blkg tu pun xde la gelap semacam je kan =)
Nanti akan buat L shape table top. Dpn tingkap tu letak sinki besar. Senang nak cuci kuali periuk semua. Bahagian dinding sana utk tempat masak. Tepi tingkap yang x nampak tu nanti akan letak mesin basuh. reason x letak mesin basuh kat tempat ampai... sbb nanti senang kalo nak basuh baju, x yah la asek kena buka pintu..
Pintu pemisah antara wet kitchen & tempat ampai. Asben kata pintu ni nak letak grill jugak. So, kalo letak mesin kat luar kan leceh nak bukak² grill..hihii.
Ni tempat ampai kain... Kat dinding tu nanti akan lekat ampaian... =)
Saya di tempat ampaian... hihihi... Last pegi tgk umah baru² ni, diorg dah siap wat rangka atap. So ni dah 3 hari x jenguk. Mungkin dah ada atap la kot. Wiring, plaster siling lum start lagik.. Minggu ni ada dating ngan kontraktor² sume.. nak settle pasal kabinet dry kitchen & wardrobe. Then mungkin trus ukur utk grill la. Awal tahun depan la baru nak start borong kipas + lampu, mengecat rumah bagai. InsyaAllah pindah bulan Februari. Tak kisah la lambat sikit asalkan tak tensen² =)
bestnya tgk dh bleh masuk umah. Umah kite sume dah siap tp next year kot br leh pindah. Nak reno lg, sekolah budak lg so.. maybe Dec 2012 la kot br dpt dok umah sendiri hehe...
ReplyDeleteTakpe farah... ada masa lagi ni nak kumpul duit... xpe lambat asalkan kita x tensen =)
ReplyDelete