Alhamdulilah, Sudah Selamat Melahirkan...

Assalamualaikum & Hai...

Tiga bulan tak menulis di sini. Rindu nak menulis. Tapi biasala, waktu preggy ni ada masanya mood ke laut. Sekarang Alhamdulillah, masuk hari ke 8 berpantang =)

Syukur Alhamdulillah pada 26 Ogos lepas saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri yang juga anak ke lima kami. Puteri kami di sambut oleh Doktor Mashita yang sangat awesome di Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi secara SVD, berat 3.55kg dengan 1st degree tear. Alhamdulillah =)

Setakat ni, baby ni antara yang paling besar. Hihi. Alhamdulillah dapat bersalin normal tanpa vacum macam si abangnya, berat 3.5kg tapi terpaksa vacum disebabkan kedudukan yang senget dan mendongak.

Okay lah. Lain kali saya share cerita penuh dan amalan-amalan ketika mengandung ya. Doakan saya dan baby sihat sepanjang tempoh berpantang ini =)

Make Over Bilik Gegirl With IKEA & Kaison =)

Assalamualaikum... Hai =)

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Rindu nak wok wek wok wek kat sini macam dulu-dulu. Harapnya lepas ni saya akan raaaajiiin sentiasa menulis di sini =)

Kali ni, excited sangat nak share 'kejayaan' saya dalam projek make over bilik anak dara kami yang tiga orang tu. Setelah 5 tahun duk rumah ni, barulah ada rezeki nak deko-deko... anyway, thanks banyak-banyak kat adik saya Ain sebab sudi dan sanggup susah payah dengan saya...bawak saya ke IKEA, ke Kaison Paradigm... Hehe. Tanpa Ain.. mungkin lambat lagi laaaa projek ni start. Dan, of course big big thanks untuk hubby saya la =) Kalau beliau tak izinkan saya ke IKEA dan Kaison dengan Ain, sure tak menjadi gak projek ni. Senang pergi berdua je ngan Ain. Kalau pergi ramai2 bawak empat orang anak... tak sempat nak memilih jadinya. Hihi. Dan Hubby juga lah yang susah payah tolong realisasi bilik ni =) Tqqqq....

Okey, jomlah tengok gambar-gambar sebelum make over dulu...



Ni suasana biliknya sebelum make over. Bagi saya, warnanya surammm je. Tak ceria, nampak gelap dan... boringggg! Wallpaper tu pun dapat lekat separuh je. Time nak beli lagi, dah takde pulak keluar corak tu. Frust jugalah tapi takpelah... sebab kadang-kadang nampak serabut pulak corak tu. Haha.

Okey, Jom tengok hasil kerja kami suami isteri lepas make over =)

Niat di hati nak angkat satu double bed dan dan satu single bed. Tapi sayang, yang single takde stok masa tu. So, amik double dulu lah. Next visit boleh amik single pulak. Frame katil ni namanya Tarva. Kalau tak suka dengan kaler tu, boleh je nak cat warna kesukaan korang =) Sebenarnya, saya berkenan katil Leirvik...boleh fefeeling princess giteww. Haha... tapi sebab takde saiz single..So, amilk Tarva je lah. Bab katil ni pun, saya tak suka jenis double decker ataupun pull out... tambah pulak syiling bilik ni agak rendah. So saya gabung je la queen & single, janji anak-anak tidur selesa dan nampak ada space sendiri. Tak payah nak tarik2 tilam bawah =) Cuma bilik nampak sempit sikit la.. Tapi takpe, asalkan masih ada space untuk solat pun dah ok =) Untuk tilam, saya ambil Hafslo saiz Queen dan Single. Ada dua jenis.. sederhana pada & padat. Saya ambil yang padat. Tilam memang terpaksa tukar lain sebab tilam sebelum ni agak keras dan dah berbau ucuk acam..haha. Budak2 dah tak selesa tido situ.

Saya bekalkan sorang satu rak dinding tu sebagai salah satu personal space juga.. saya guna Ekby Laiva dan Ekby Stodis. Nanti, sukahati la diorang nak letak Quran ke, gambar ke... apa-apalah. Kalau letak bed side table tepi katil, akan menambah kesempitan bilik. Hihi. Bilik ni share tiga orang. Katil single tu untuk anak ke tiga kitorang yang agak perfectionist. Dia suka bangun malam dan susun selimut bagi centre kiri kanan. Ni kalau share tilam ngan orang lain, mau bergaduh tengah malam. Hehe.

View dari pintu masuk. Cadar ni, saya beli kat IKEA juga... bedsheet beli saiz Queen & Single macam biasa, cuma untuk untuk Quilt cover & Pillowcases amik 3 set single. Atleast walaupun kena kongsi tilam, selimut sendiri-sendiri. Takdelah berebut selimut tengah malam. Kalau beli set ni, jangan lupa beli Quilt nya sekali. Saya amik Quilt Tilkort saiz Single =) Next wishlist, nak tukar kepada bantal hotel pula.

Ruang favourite anak dara... mestilah meja solek. Hihi. Walaupun wardrobe diorang dah ada cermin besar, saya tetap nak buat juga ruang ni.. yelaa..mamanya memahami fitrah anak dara kennnnsss =P
Oleh kerana space yang agak limit dan saya pun nak minimumkan bajet, so kita mix & match jelah. Jenuh juga meng-design. Haha. Untuk ruang ni, saya gunakan Lerberg, Ekne Mirror, Ekby Laiva & Ekby Stodis, Stig Bar Stool serta Bekvam Spice Rack. Lerberg tu buat masa ni kosong je lah dulu.. letak teddy bear je. Kot dah besar nanti, pandai la diorg letak stok makeup masing-masing. Haha.

Untuk dinding, kami guna wallpaper Kaison. Guna hampir enam roll untuk dua dinding ni. Ada extra lagi tu. Huhu. Satu roll wallpaper ni RM19.90. Pasang sendiri je. Jimat sikit =) Agak mencabar juga nak pasangnya sebab dinding tak rata dan dan tak sama. Memang perlukan kesabaran dan mood yang baik serta tenang waktu lekat wallpaper ni. Kalau tak... haha.
Ape pun, yang senget2 tu kami pejam mata jelah... sebab bukan tahap kerja profesional =)

Ruang bersebelahan pintu masuk ni ada wardrobe yang buat sekali dengan Kitchen Cabinet dulu... Wardrobe ni design untuk kegunaan dua orang je. Tapi, disebabkan bilik ni penghuninya ada tiga orang, jadi kenalah buat penambahan dan strategi lain.

Suka sangat dengan mulig IKEA ni. Setel masalah gantung-gantung baju. Jimat ruang. Dalam wardrobe ni dah ada 2 batang penyangkut panjang macam mulig ni. So tambah lagi dua mulig kat dinding ni, boleh la gantung baju untuk tiga orang. Sekarang ni memang style saya nak ringkas dan ala-ala work smart gitew kan... Seluar, baju, kain pakat2 gantung je. Takde dah nak lipat2... Tuala, cadar dan pakaian dalam je la yang berlipat. Jimat masa dan tenaga. Jadi fulltime housewife pun kena pandai2 minimize kan kerja. Kalau tak, letih la sorang-sorang. Hahaa... Stool putih tu untuk kegunaan si anak sulung capai baju dia sebab penyangkut untuk dia yang paling atas tu. Saya silap la... Patutnya saya beli Bevkam Step Stool, tinggi sikit boleh panjat...

Okey... settle make over kali ni. Puas hati dapat siapkan bilik ni. Saya ambil masa seminggu untuk planning susun atur, tema dan bajet, shopping dalam masa kurang satu hari, siapkan semua ni amik masa dua minggu lebih. Semua barang2 termasuk katil dan tilam-tilam tu, angkut guna Honda City je... penuh satu kereta. Hehe. Sebab tu kena pergi IKEA berdua je. Haha.

Sekarang nampak bilik ni lebih terang, ceria dan best. Kerja kemas katil pun jadi lagi senang sebab bedsheet ni melekat elok kat tilam. Tak payah dah nak susah2 tarik2 bagi tegang. Kerja saya pun makin kurang sebab tak payah nak melipat kain... pakat gantung je =D Thanks kepada Cik Mulig. Hehe.

Terima kasih sudi baca entry ni.. Terima kasih pada warga FB group Kelab Dekorasi Ikea Malaysia yang banyak bagi inspirasi. Next projek, bilik boboy pulak. Tapi maybe dua tahun akan datang la start buat =) 
See you soon =)

Make Over Dinding Kaunter Bar

Assalamualaikum dan Hai...

Akibat dari join group Kelab Dekorasi Ikea... saya macam dah tak tentu arah bab mendeko rumah. Haha. Setelah 4 tahun lebih tinggal di rumah ni, barulah ada rasa nak deko rumah... selama ni memang suka deko rumah tapi feel tu belum betul-betul ada... 

Bajet ciput, jadi dekonya ala kadar je. Buat pun sikit-sikit... slow-slow. Takpe, janji ada progress =)

Kali ni deko nya tak banyak. Cuma tampal wallpaper je. Saya dah mula kenal wallpaper Kaison. Bagi saya satu bonus bila kenal Kaison ni sebab wallpaper dia murah je. Satu gulung dengan saiz 45cm x 10 meter cuma RM19.90. Bab pasang, saya pasang sendiri je... jimat. Hehe,

Sebelum tampal wallpaper, dinding ni memang tak berseri langsung, siap ada kesan conteng lagi..haha.


Buat- buat tak nampak jelah disaster kat area ni ye... hihi.


Dah siap pasang.. yeay! Baru laa nampak hidup sikit ruang ni. Untuk dinding rendah ni, oklah... takde la rasa terseksa sangat nak pasang.. kalau dinding tinggi tu memang lenguh la tangan.. harus buat berdua.

Sedikit tips yang saya dapat untuk pasang wallpaper ni... pastikan dinding tu bersih dari habuk... seeloknya, ratakan dinding tu. Dan, bila lekat kepingan sebelah tu, seeloknya, overlap sikit dalam setengah inci... tapi saya tak buat pun,,, huhu. Saya buat ikut suka hati.. Harap2 bertahan lamalah wallpaper ni.. 

Next time saya share pulak keseluruhan ruang ni ya... =)

Make Over Meja Lama Jadi Baru

Assalamualaikum dan Hai =)

Lama tak bercerita kat blog ni, rasa rindu pulak. Rindu pulak pada zaman aktif blogging. Sekarang ni zaman Facebook dan Instagram... blog dah makin suram. Eh, ye ke... Tapi bab nak cari info pasal travel, renovate & deco rumah, kita masih suka blogwalking kan.. betul tak?

Okeylah kali ni nak cerita aktiviti biasa-biasa... aktiviti takde kerja, cari kerja... hihi. Kisahnya kami anak beranak make over meja lama yang dah buruk dan tak berseri tu... yang macam dah taknak orang pandang kepada meja yang lawa, berseri dan tiba-tiba jadi rebutan. Hahaa,,,,


Ini mejanya,,, alahai sedih betul rupa dia kan. Ini meja lejen.. bertahun-tahun guna dari zaman saya sekolah rendah. Orang terakahir guna meja ni, adik saya. Wujud di rumah saya pun sebab adik nak tumpangkan meja ni kat sini sebab dia berpindah rumah sewa....

Jadi, alang-alang tinggal sini, biar saya make up kan meja ni,,, boleh la saya guna kejap. Hihi... nak make up ni saya cuma guna spray warna putih untuk bahagian kaki meja dan balut dengan wallpaper Mr DIY. Masa tu, ada wallpaper ni ada offer.. dapatlah beli dengan harga RM6.90 segulung... 


Hasil meja yang dah siap make up. Berubah rupa terus, kan?


Meja kedua yang di make up kan. Meja ni lagi lama usianya dari meja tadi. kalau tak silap, meja ni wujud masa umur saya 4 atau 5 tahun kot. Atau mungkin 6 tahun. Sekarang umur saya dah 32tahun... haaa lama betul meja ni bertahan kan... ni meja Along saya.. hihi. Tapi dah jadi harta saya pulak. Hihi...



Okey, siap! Dua-dua meja dah lawa, kan. Nampak macam meja baru dah. So, jadi lah rebutan di antara anak-anak saya. Haha... siap pesan, jangan pulangkan meja2 tu pak saudara diorang...hihi.... Bila post gambar2 ni ke group whatsapp famili pun, diorang teruja. Apatah lagi pemilik terakhir meja ni....

Okeylah..ni je make over nya.. Atleast bila dah make over ni, takdelah rasa nak buang atau beli yang baru, kan... jimat... jimat. Okey, next kita make over benda lain pulak =)

Sekian Lama......

Assalamualaikum & Hai...

Lamanya tak mencoret di blog ni. Rindu sangat nak menulis di sini. Ada begitu banyak cerita yang tertinggal. Masih ada ke yang sudi singgah dan membaca di blog ni? Kalau ada, Ahamdulillah dan terima kasih diucapkan =)

Sehingga waktu entry ni ditulis, saya masih menjalankan bisnes bersama Shaklee. Alhamdulillah, Ogos ini, genaplah empat tahun saya bersama Shaklee... lama, juga kan. Bukan senang saya nak sustained dalam sesuatu bisnes MLM ni tau. Shaklee ni memang sesuatu yang berbeza dan santai bagi saya =)

Kalau uolls mahukan konsultasi dan pembelian vitamin, bolehlah hubungi saya ya =)

Rompin Beach Resort

Assalamualaikum & Hai...

1 Jun 2016 (khamis), dari Kuantan, kami gerak terus ke Rompin. Sepanjang jalan melalui Pekan, ada juga singgah beli puding raja. Sampai di Rompin, kami lunch dulu kat restoran tepi jalan. Tak ingat pulak nama kedai. Sedap makan udang galah.

Lepas lunch, check in bilik. Sangat menggamit memori zaman kanak-kanak saya. Dulu masa ayah outstation ke Rompin, di sini jugalah kitorang menginap. Tak banyak yang berubah. Tapi kitorang tak happy sangat di sini. Rasa semacam tak selesa nak stay lama.



View dari bilik. Bebudak ni, part ni je la diorang excited.

Jalan-jalan ke Pantai. Pantai pun dah tak cantik sangat...

Sebelah malam, husband keluar dengan ofismate. Sambil beli udang galah sebagai buah tangan untuk parents kami. Tumpang simpan di peti sejuk resort ni. Untuk dinner malam ni husband cuma tapaw je untuk saya dan anak-anak. 

Esoknya Jumaat, husband kerja. Kitorang duk dalam bilik je.. nak tengok tv pun macam tak de apa sangat. So bagi budak-budak layan movie kat laptop je la. Diorang pun macam bosan dan tak enjoy. Husband balik kerja agak awal, then bawak bebudak mandi kolam. Lepas tu fikir punya fikir macam tak nak stay satu malam lagi. So terus kemas-kemas dan check out. Huhu. Ambil udang dan terus gerak balik.

Sebelum balik tu adala singgah tepi pantai sekejap. Bagi bebudak main pasir. Semalam tak main pasir pun. Gambar pun tak snap. Sebab saya busy dalam kereta duk setelkan order Shaklee. Ada customer nak set bersalin =)

Lepas main pasir, kitorang gerak balik. Singgah lagi kedai makan semalam. Makan kenyang-kenyang dah straight balik Temerloh. Malam ni kami tidur di rumah family husband. 

Itu jelaaa kisah kami di Rompin. Takde apa yang best sangat =)

The Zenith Hotel Kuantan

Assalamualaikum & Hai...

Agak lewat saya mencoret kenangan ketika menginap di Zenith Hotel Kuantan. Lewat setahun! Haha. Tapi saya buat back dated supaya post ni kekal pada waktu asalnya =)

Cuti sekolah Mei 2016, husband outstation ke Kuantan dan Rompin. Bagi saya, Kuantan ni biasa je sebab selalu ke sini. Rumah nenek pun di Kg. Peramu. Tapi, saje la ikut juga. Budak-budak kan suka duduk hotel, mandi kolam, jalan-jalan... Atleast ada juga cuti2 'free'.

Hari sabtu dari Puchong, kami singgah bermalam di rumah family saya di Mentakab. Ahad nya singgah di rumah family husband di Temerloh sebelum kami ke Kuantan. Jom layan gambar bilik. Bilik Deluxe je, tapi selesa amatttt!

Katil king. Tapi kami bawak juga toto. Full carpet. Selesa sangat. 




Ada bath tub. Budak-budak suka la... 



Aktiviti wajib. Mandi kolam. Petang lepas papa nya balik kerja, semua request nak terjun kolam. Layan....

Hotel ni dekat sangat dengan EastCoast Mall. Boleh jalan kaki je. Ada sekali je kami ke sana jalan-jalan.

Ada Gym.

Bersebelahan gym tu ada kids room. Alahaii.. lambat tau ada bilik ni. Dua hari je dapat lepak sini. Lepas dapat tau ada bilik ni, balik dari breakfast, husband dah pergi kerja, mandi2.. turun sini. Lepak sampai puas. Baru balik bilik =)
  




Anak-anak main puas-puas. Mama nya amik peluang ni online kat laptop. Besttt.

Tak ingat hari ke berapa di Kuantan, kami ke Pantai Batu Hitam. Jalan-jalan ambil angin je.



Sehari sebelum check out, kami sempat mendobi dulu. Lepas ni nak ke Rompin pula. Sepanjang di Kuantan, ada sekali mak dah ayah saya datang surprisekan kami kat bilik hotel. Hihi. Diorang datang dari Mentakab, siap bawak makanan. Hihi. Sweet je. 

Ada juga kitorang ke rumah nenek kat Kg Peramu. Pergi makan ikan patin kat Mabiq, tapi tak snap gambar. Syok sangat makan. Hihi. Pais patin dia memang terbaiklah. Teringat-ingat. Nyummmm. 

Okey, next entry pergi Rompin pula. Kat Kuantan sekejap je pastu sambung kerja kat Rompin. 
Next...

Belajar Mengira dan Mengasing Warna

Assalamualaikum...

Idea ni saya dapat pun daripada FB. Alatan nya pun saya beli dari Daiso.

Masukkan straw mengikut bilangan yang di tulis di tepi cawan. Ajar anak² kemahiran mengira dan mengasingkan bilangan.

Si adik ni dari tadi duk kacau kakaknya. Jadi, saya bagi aktiviti mengasingkan straw mengikut warna yang sama.

Gambar aktiviti yang ni tak tak banyak. Bermain dengan fur ball ni agak menarik juga. Comel pulak tu. Fur ball ni banyak jual di kedai kraftangan felt dan jahitan. Murah dan banyak. Tapi saya beli di Daiso. Anak² sedang mengasingkan fur ball mengikut warna.

Tingkatkan keupayaan berfikir, kecergasan dan daya tumpuan anak² anda dengan suplemen dari Shaklee :

Langkah Permulaan Kepada Homeschooling

Assalamualaikum...

Saya baru sangat terjun dalam bidang homeschooling ni. Sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi asyik tertangguh dengan macam² alasan. Dan akhirnya, Ogos 2015 barulah dapat mulakan... Dua orang anak saya yang terlibat ni ialah Sarah, 5 tahun dan Amirah, 3 tahun. Sebelum ni, masa saya masih bekerja, Sarah ni dah masuk tadika pun. Sempat lah dapat pelajar cemerlang. Hehe. Then, kami rehatkan dia dari tadika. InsyaAllah, tahun depan masuk tadika 6 tahun =)

Warm up dulu. Bagi diorang main tampal².

Buat sendiri aje... print dan gunting sendiri.

Nampak diorang suka sangat dengan aktiviti ni. Fokus Sarah sangat bagus. Dia memang suka belajar. Si adik ni ada masanya dia main. Tak fokus sangat.


Siap dah =)

Walaupun banyak main, siap jugak ye =) 

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in