Amanputra Showhouse

Salam...
Jom saya share foto2 showhouse kat Amanputra.
Pic2 ni kami amik masa g sign snp... bulan puasa tahun 2009... and menariknya time tu saya n husband tgh sakit mata.... hihi....
Garaj yang boleh muatkan hampir 4 biji kereta....
Pintu masuk, terus nampak hall & dining hall
Dining hall nampak kecik je kan... 
Dapur dia agak luas.. lebih kurang macam dapur apartment skrg... i like!
Bilik tetamu di sebelah dapur... boleh tahan gak besarnya.. takde la segan sgt nak wat bilik tetamu =)
Ruang luas di bilik tadi.. bilik ke empat.
Ruang keluarga di tingkat atas. Kalo naik atas lagi, ada satu lagi master bedroom. Ini unit 2 1/2 tingkat.
Second bedroom
Second toilet.. Pintu tak joint... antara yang menarik minat husband pada rumah ni...
Third bedroom...
Master Bedroom
 Ruang untuk toilet masterbedroom... luas.. i like!
View site dari master bedroom...

Tol Exit putrajaya... tak jauh dari Amanputra.. tapi nak ke rumah kami x lalu tol tu...


Safi kecik lagi time nih.....
...
Design umah ni... corner lot & end lot dia 2 1/2 storey. But beza harga dekat 100 ribu...huhuhu~
~End~

Amanputra Latest Progress

Salam....
Last two @ three weeks ada lalu kat sini... otw ke Klang kot. So, sambil2 tu saje la usha2 latest progress bakal umah kami. Walaupun pemaju ada hantar surat ttg progress, rasanya lagi puas hati if dapat tengok sendiri kan.. wpun dari jauh =)
Alhamdulillah, syukur dapat beli double storey... Cukup la untuk kami sekeluarga berteduh dan hidup lebih selesa.. walaupun tak mampu untuk berbanglo atau semi D.. cukuplah. InsyaAllah..
Asalnya tak terfikir nak beli umah.. sbb macam selesa je duk kuarters kan. Tapi sblm puasa tahun 2009 tu, terasa mcm nak sangat ada rumah sendiri. Sebab bila difikir2.. sampai bila nak selesa duk kuarters kan? rasa mcm rugi je every months tolak RM3++ elaun saya utk bayar kuarters. At last, kena pulangkan balik umah tu kan. Kalo beli umah, atleast leh jual semula... Satu hal lagik, umah kuarters kami tingkat 5... susah juga lah nak loading anak2 & barang2... esp time hujan.... ditambah lagi pelepak2 tegar kat lobi.
So, hasil perbincangan masa depan.... kami pun berjaya gak la membeli rumah sendiri... Lucunya, tgk showhouse, terus book. Macam beli ikan kat pasar jek lagaknya. 
Pemaju kami... Semai Ria Sdn. Bhd. kalo x silap. So, ini fasa ke 3 Amanputra ni kalo x silap, bersama pemaju yang sama... 
Ni antara penguat pilihan kami... dekat dgn highway.. Saya dan suami kena pilih umah yang memudah kami ke ofis... Saya Putrajaya, husband lak KL.. so, amik la tengah2. Tp for sure, saya dekat sket la nak ke ofis =) 
Jauh sana tu fly over yang mendekatkan umah kami dgn putrajaya n cyberjaya.. about 7-10km kot =) 
Bila terus ke depan, akan jumpa tol exit Putrajaya... So, terus lupa nak cite progress nya yek. Rumah kami baru naik bumbung. Ada yang dah mula di cat. Katanya jangka siap hujung tahun ni. InsyaAllah.. Hihi... umah dah nak siap. Tapi... duitnya tak siap lagi..so camne?
So, pasni ada satu lagi entri pasal Amanputra... baca, ya!

Akal Setipis Rambutnya....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. 

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Fantasia Bulan Madu...


Salam....
Just nak share dgn sume kawan2...ttg pengalaman indah aku berBulan Madu bersama suami kesayangan..chewah! Lokasi Bulan Madu kami tidaklah se grand dan havoc mcm org lain..hihi..ktorg juz pegi Bukit Tinggi, Pahang je. About 1 hour gak dari kampung kami kami di Temerloh..oklah tu kan..jimat kos sbb dekat..tp tempat mmg romantik, privacy dan best. Konon2 nak g Genting..tp mcm xkena je dgn konsep Honeymoon,kan? Nak g Langkawi..jauh sangat...hihi~ Duit banyak dah habis kat Kenduri. So, amalkan konsep Jimat tapi Enjoy! Bulan Madu kami bermula pada 30 Mei - 1 Jun 2007... Di sini aku attach sedikit sebanyak aksi kami~

Inilah Destinasi HoneyMoon kami..orang kaya pegi kota Perancis yang sebenar..kami dpt yang olok2 pun ok dah... no hal nyer..yang penting masa yang diisi bersama tuh..kan? kan?

Kami memilih utk menyewa One Bedroom Suite. Mmg best..hihi..yg menempah bilik pun akulah..so, aku pilih ikut my taste..xsalah,kan? Yang mmg aku suke sgt ttg bilik ni ialah bilik tidonye sbb katil feveretku..hihi~ Ini gambar Hall..besar gak...
Ini lak ruang makan...tapi xpenah pun makan kat sini...

Dan ini bilik tido suite ni..walaupun xcantik sgt..tp aku suka sbb ada langsir..hihihi~
Ni kat Balkoni..tapi tergelap sket..maklum le.. camera n cameraman x profesional..hihi~

Ni masa kami naik menara kat situ.. ntah ape la nama Menara tu..hihi~ tinggi gak la..tp ada lift..so, no need to worry..tp rasanya that day aku ajak hubby naik @ turun tangga kot.. baru la terasa adventure sket..hihihi~


Haha..sampai ke Jepun kami pegi..hihiih~ dah lama aku teringin pakai Kimono..hihi~ boleh la walaupun pakai jap je..

i Love this pic... My Hubby la ni..suka amik gambo candid..~

Okeylah..setakat ni ajelah kisahnya.. byk lagi tempat kami pegi..tp xlaratlah nak bubuh sume gambo ekk... gambarajah seperti di atas dan di bawah ni melambang keserasian dan keakraban kami berdua..hihi....

Sekian saje... Bagi aku this is also the sweetest moment i ever had my chubby Hubby.. heheh~

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in