Baitul Husna Homestay Melaka

Homestay di Bandar Melaka, lokasi yang strategik, selesa dan bersih dengan tawaran harga yang berpatutan. Sesuai untuk keluarga dan rombongan. Boleh memuatkan sehingga 20 orang dalam satu-satu masa.

Lokasinya terletak berhampiran jalan utama Sungai Udang-Ayer Keroh. Sebuah taman perumahan yang diawasi sekuriti 24 jam dan kamera litar tertutup (CCTV).

Baitul Husna Homestay merupakan rumah penginapan yang terletak di Taman Bertam Setia, Melaka.



Rumah Semi-D Corner Lot.






Ada ruang tanah. Boleh pasang khemah bagi yang suka bercamping

Ruang parkir muat untuk 2 buah kereta

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ketiga- tiga bilik adalah berkatil saiz Queen.

Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur Dua

Bilik Tidur Tiga

Bilik tidur utama dilengkapi penyaman udara

 Bilik air utama dilengkapi Water Heater 

Kemudahan dapur gas dan peti sejuk untuk memasak

Kemudahan mesin basuh untuk membasuh pakaian

Ruang Tamu yang selesa dilengkapi sofa, TV LED dan Astro

Ruang Makan yang luas

Lain-lain kemudahan
  • Tilam toto extra
  • Sterika
  • Kettle jug
  • Pembakar roti
  • Pinggan Mangkuk
  • Sejadah & Telekung

KADAR SEWA :

RM250 - untuk 15 orang penghuni ke bawah
RM300 - untuk lebih dari 15 orang penghuni

CHECK IN     : 02.00 PM
CHECK OUT : 12.00 PM

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI :
Encik Ariff 019-375 9091
Whatsapp/Telegram/SMS

DEPOSIT : RM50 semalam untuk booking tarikh

BAKI       : Dijelaskan ketika CHECK IN

Untuk carian hotel murah di Melaka, boleh klik ke laman web AGODA.

Grand Lexis, Port Dickson ~ Part 1

Assalamualaikum...

Entry tertunggak dari November lepas. Hehe. Alhamdulillah, 9 Nov 2014 kami dah selamat merasmikan voucher yang dibeli di Matta Fair, PWTC pada Mac 2014. 

Untuk harga sebenar bilik-bilik Di GL ni, bole semak di website hotel atau klik ke laman web AGODA. Tapi untuk harga Matta Fair ni kami beli RM470 untuk satu malam penginapan di Deluxe Suite Pool Villa. Kami beli dua voucher (2 malam penginapan). Okay, tak perlu cerita panjang, jom layan gambar-gambar ya. Untuk kali pertama kami pergi semalaman je.

Voucher ni dah nak expired baru sibuk-sibuk nak pegi. Hehe.
Buka pintu bilik, nampak katil saiz king ni. Bukan satu, tapi dua katil.
Toilet. Haaa.. bab ni mencabar sikit. toilet dia mmg tak de kunci dan cermin kabur mcm ni. Kalau setakat hubby wifey dan bawak anak2 kecik, still ok. Tapi kalo ada bawak atuk nenek belaka, elok la standby apa yg patut. Contoh nya surat khabar lama keee.... nak buat apa? Sila la tampal supaya tak nampak bayang2. Hehe. Salotip jangan lupa bawak, tau! Dan jangan lupa buat sket tanda dengan kertas utk bagitau yg ada orang kat dalam toilet. Hehe.

Dressing Area...
Bilik tidur. Selesa amat kalau datang ramai2. Sebab dua biji katil king.
Almari pakaian pun best. Bila buka je pintu terus lampunya menyala. Hehe.... Syoknya kalau bilik tido sendiri gini, kan.
Meja tulis. Tingkap dia 2 in 1. Tutup, jadi cermin. Buka je nampak kolam.
Suka betul bilik hotel ada kipas syiling. Hihi.
Nah, private pool nya. Kolam bilik ni memanjang. Sebelah dengan ruang tamu bilik ni.
Ni ruang tamu yang bersebelahan kolam tadi. 
Kolam ni panjang dan dalam. Paras dada saya rasanya. Puas sangat mandi. Kat hujung tu ada shower. Ala-ala mandi kat taman =P
View dari tingkap bilik tadi.

Outdoor Shower.
Ada dua biji pelampung pihak hotel sediakan. Tapi tak sesuai la untuk bebudak. 
Bebudak excited tapi seram sebab tak jejak lantai kolam. Dalam sangat. Huhu.. Haihhh... kalau dapat atleast rumah semi D sebiji, tingin gak buat kolam berdepan Dining Room. Syok, kan...breakfast tepi kolam. Ok, berangan...
Diorang sibuk mandi sampai tak dan nak makan2 dulu. Saya lak cam biasa menyibukkan diri buat minum petang. Syok gak tengok diorang mandi kolam sambil kita menghirup kopi. Sekali sekala diorg naik untuk makan dan minum. Yang hubby pun x mau kalah. Nak fefeling orang kaya katanya, minum nescafe di tepi kolam sambil berendam. Ok bang... layannn =D
.
Ni antara kemudahan yang ada. Disebabkan 1st time datang dan tak sempat nak baca pengalaman orang, so kami tak prepare makanan sangat. Just bawak kudapan dan breakfast je.
Dinner malam tu, hubby beli kat kedai seafood katanya. Makan kat bilik je. Senang dan santai je... Makan mengadap kolam lagi. Syokk.
Voucher ni tak include breakfast. So, kami memang prepare makanan yang mudah je. Nak keluar makan, memang tak la...
Setel. Check out jam 12pm. Bilik ni kat Garden Wing. Best sebab dekat dengan kereta dan senang.
Nak pegi lobi, saje layan naik Buggy =)
Grand Lexis. Sebelah dia, Lexis.
Nak jugak membeli souvenir. Haha.
Dah nak balik... 
Sebelum tu, round dulu.... 
Kolam awam pun ada... siap ada playground dlm kolam budak.
Kalau open pool gini memang tak terjun laa... lain la zaman bujang dulu. So, kalo tingin terjun kolam leh la bermalam kat sini. berendam puas-puas dalam private pool =)
Macam best je ye.... above the sea katanya.


Okey..dah nak balik dah.. So, ada satu lagi voucher. Bole datang lagi satu malam =)


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi Grand Lexis

Adab Suami Ketika Isteri Mengandung =)

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

• suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"
• suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.


Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

LIKE n SHARE

Blog Aainaa's Bakehouz

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat untuk saya share di sini yang saya sudah launch blog rasmi dan khas untuk jualan hasil bakeri saya. Blog ini mula beroperasi sejak September 2014. Jemput singgah blog ya. Jika berkenan, boleh la menempah dessert kegemaran u all =)


Klik sini :


Secara ringkasnya, saya sudah memulakan bisnes bakeri secara serius sejak tahun 2009 =)

Closing September 2014 ~

Assalamualaikum...

Tepat jam 12.00 tgh malam, sistem GE Shaklee2u terus locked! Menandakan telah berakhirnya tempoh closing, maka tamatlah perjuangan untuk September. Tamatlah promosi beli enam percuma satu Shaklee Collagen Powder. Alhamdulillah, telah selamat closing.

Perjuangan masih perlu diteruskan untuk Oktober. Semoga Oktober memberi lebih sinar buat saya dan team ANME. Semoga ada keajaiban yang sekian lama didambakan itu. Aamiin.

Semoga Allah datangkan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka untuk Oktober ini. Aamiin....

 

Saya Resign dan Pilih Bisnes Dari Rumah ~ Makan Gaji Vs Bisnes Sendiri Part 1

Assalamualaikum...

Wah wah.. macam gempak je tajuknya ya. Hehe. Sekadar perkongsian saya sebagai ex-gomen staff. Sempena genap 10 tahun batch saya dalam perkhidmatan awam ( 21 Sep 2004 - 21 Sep 2014 ) dan juga sempena minggu gaji gomen. Anyway, tahniah saya ucapkan buat kawan-kawan batch saya yang masih bertahan dalam perkhidmatan awam. Cuma saya, awal-awal dah menarik diri untuk kembali kepada fitrah seorang isteri dan ibu.

Hmmmm... sebenarnya, selama hampir 10 tahun dalam perkhidmatan awam, jujurnya saya bagitau... saya kurang cakna bab gaji. Hmmm... bila tarikh gaji masuk, bulan berapa gaji naik, berapa bonus dan macam-macam lah. Ohh.. bukanlah saya sombong dengan gaji. Takkkk.... cuma memang dah sifat azali saya begitu. Tak de lah minat sangat sebab... gaji saya tetaplah begitu.. takde perubahan amaun kecuali ada kenaikan gaji atau bonus. Atau ada OT... hmm, takyah cakap la pasal OT..mmg saya tak OT.. kalau ada pun, saya claim cuti. Hehe. Cuma, bila gaji masuk.. saya buatlah kira-kira perbelanjaan untuk bulan tu sahaja. Alamakkk... jangan pulak ada yang kata saya tak bersyukur. Hehe. Bersyukur tu tetap kena bersyukur. Cuma... kepuasan... hmm yg ni kompleks sikitlah nak cerita.

Jangan kan gaji saya, gaji suami saya pun saya tak ambil kisah sangat. Haha. Bila gaji dia masuk, berapa gaji dia dan macam-macamlah yang biasanya para isteri suka nak tau kan. Yang saya tau, suami saya tak pernah abaikan nafkah keluarga walaupun saya ada income sendiri.. itu dah memadai.

Excited saya agak kurang ketara sebab ianya berstatus pendapatan tetap. Rajin ke, malas ke, ponteng keje ke... gaji tetap masuk. Amaun tak berkurang lak tu. Tapi, sejak saya kenal dan join Shaklee.. ia memberi saya satu impak. Impak Maksima. Haaa.. tapi still takde impak kat gaji laa... ia bagi saya satu keseronokan dalam menentukan habuan gaji kedua saya. Hehe. Faham tak? 

Shaklee memberi pendedahan baru kepada saya untuk dibayar atas apa yang saya usahakan pada bulan itu. Ayat mudahnya, kalau bulan tu saya perform, banyak buat sales, cecah target saya, coaching dll maka insyaAllah, besar lah gaji saya sesuai dengan usaha saya. Kalau saya malas-malas.... takde la gaji bulan tu. So, takde la income. So, mana best? makan gaji ke bisnes sendiri? Mestilah bisnes sendiri. Saya berpeluang create berapa amaun gaji saya bulan tu. Kan mencabar tu.... =)

Sejak tu jugak, saya mula apply pada bisnes kek saya. Saya mula letak target berapa RM sales nak capai bulan tu. Ia memudahkan saya menentukan berapa keuntungan, modal, dan juga gaji saya. Haaa.. menarik tak. Saya letak berapa gaji saya nak bulan tu. So, selagi tak capai target, saya akan bakeeeee sampai la saya puas hati dengan pencapaian bulan tu. Ianya satu kepuasan maksima saya compare dengan kerja saya makan gaji.

Oh.. takde la saya kata tak best makan gaji. Makan gaji tak mencabar. Makan gaji itu ini.... atas rezeki masing-masing la. Dan, dah ditentukan oleh NYA yang u all sangat diperlukan dalam satu-satu servis tu. Bertahan nya u all pada profesion skrg sebab, itulah sumber rezeki u all yang Allah dah tetapkan. Dan Saya tak pandang serong pada yg makan gaji. Alaaa... suami saya pun kerja makan gaji. Cuma saya je pilih jalan ni...

Hmm... kalau saya nak duk umah goyang kaki je lepas resign pun takde masalah. Tunggu je suami saya hulur duit belanja bulan2. Wahhh... best tu. Tapi, saya tak minat. Saya bosan. Dan, memilih jalan tu membuatkan saya kurang berpeluang untuk memberi. Ya... memberi la kepada sape2 yg memerlukan terutamanya famili kita, mak ayah kita. Sebenarnya, sebelum saya resign pun mmg saya dah aktif berbisnes. Sebabnya, itulah cara saya dapat memberi lebih kepada orang tua saya... =)

Dan, point penting kenapa saya pilih resign dan bisnes sendiri? Sebab... saya nak famili time. Saya nak besarkan sendiri anak-anak saya. Tak perlulah saya hantar ke taska, tak perlulah husband saya allocate duit utk taska, gajikan maid, dan macam-macam lah. Oh tidakkkk... ada yang kata jadi surirumah takde masa nak berbisnes? Isk isk iskkkkk.... salah tu. ia bermula dengan passion dan cita-cita. Rutin harian kita bukan 24hours kelek anak, kan? Bisnes dari rumah, memadai spent atleast 2 - 3 jam sehari. Tapi, kalau nak income besar lagi, kenalah berkorban lebih sikit ya. 

Oklah... sekian saja coretan buat masa ini. Nak join bisnes Shaklee di bawah empayar saya? Hanya perlukan fokus, semangat dan cita-cita yang tinggi. Modal cuma RM65. Dan menariknya, boleh jadi percuma! Saya tidak amalkan front loading. Tapi saya bimbing dari zero to hero. InsyaAllah!

Nasib Seorang Bakers. Haha~

Assalamualaikum..

Heiii.. ape la sedih sangat tajuknya. Hehe. Takde sedihnye. Saje buat gempak. Hehe. My friends dan beberapa readers blog ni mungkin sedia maklum, yang saya merupakan Bakers di Aainaa's Bakehouz. Alhamdulillah, saya suka sgt baking dan deco cake. Banyakkk kek saya buat. Hihihi. Berusaha memenuhi kek impian orang lain. Ngeeee~ Tapi buat masa ni saya sedang bercuti dari dunia baking. Saya tumpu sepenuhnya pada bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, smlm genaplah usia saya 30 tahun. Tahun ni special sbb bertukar siri. Haha.. kat sini la tajuknya "Nasib seorang Bakers" Hehe. Kebiasaannya, bakers sibuk buat kek orang lain kan.. tapi kek sendiri tak buat walaupun saya ni kategori 'cake maniac'. Itu normal.

Secara peribadi, saya sukakan hari lahir. Itu salah satu sebab saya suka buat kek. Dan saya suka nak sambut hari lahir lebih-lebih lagi kalau bday org tersayang. Sebab tu jugak saya sanggup susah2 bake kek utk org tersayang. Itu cara saya menghargai kewujudan orang yg saya sayang di dunia ni =) Dan, biasanya seorang ibu takkan pernah lupakan tarikh lahir anak2. Sbb, pada tarikh itulah si ibu bertarung nyawa melahirkan permata hati ke dunia. Dan, seharusnya, seorang ibu patut diraikan pada hari lahir anaknya. Dan, pada hari lahir juga sebenarnya kita patut menginsafi umur yang kita miliki. Semakin meningkat umur kita, semakin dekat kita dgn kematian =)

Ucapan dari kedua ibubapa saya. Kebiasaannya, saya akan hadiahkan sesuatu kat mak bila tiba hari lahir saya. Mak pun, kdg2 bagi juga something wpun kecil dan biasa2. Eh, hati mana tak happy kan? Nak pulak pemberinya Ibu kita yang dah susah2 lahirkan kita =)

Pada hari kejadian, ramai juga kawan2 yang wish thru pm, wall, whatsapp, telegram & sms. Haiiii.. seronok. Rasa terbuai2. Ape yang seronok sangat? Yelah... tiap kali diorg wish, disertakan doa. Kan seronok pada hari tu ramai yg doakan kita murah rezeki, panjang umur, kan? Mudah-mudahan, makbul doa kawan2.. pulak tu ada lebih 40 orang yg mendoakan =)

Hadiah dari Shaklee. Haha.. takdelah. Ni yang saya order sehari sebelumnya. Hmm.. biasanya saya x harap pun hadiah birthday. Tapi, kalau ada pun apa salahnya kan. Hehe. Cuma, saya ni memang sukaaaaaa diraikan. Haha. Eh, tak semestinya kena birthday party ke apa. Kdg2 tu, cukup la sekadar saya rasa hari tu special sikit dari hari-hari lain... contohnya hari tu saya berehat sepenuhnya dari kerja2 hakiki ke... haha. *pemalas* takpun sepotong kek ke... haha... nak jugak kek!

Hmmm... beli je la kek. Thanks Ami sebab hantar sampai ke rumah mlm td. Mengidam kek dah berminggu.. malam td baru dapat. Pagi tadi baru makan. Kan... ni la nasib seorang bakers =D Time bday sendiri, mengharap kek dari org lain. Huihuihuiiiiii~

Kek Roll Kinder Bueno dari Ami. Saje nak merasa. Pulak tu kan saya mmg sukaaaa sangat Kinder Bueno =) Kalau nak merasa kek keju leleh, kek roll ni, boleh la jenguk FB Amie Happy Day. Ami ni tinggal di kawasan Putra Perdana, Puchong. Ada buat delivery ke luar kawasan tp maybe ada cas sikit. Kena tanya Ami ye.

Oklah.. takat ni je cerita entry ni. Sekali sekala cerita lain sikit dari Shaklee kan. Yang special kali ni? Hmmmm... haha. Biarlah rahsia! Apapun, bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dan rezeki yang melimpah. Semoga berjumpa lagi 4 September tahun depan... InsyaAllah jika umur masih panjang =)

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in