Family Day OSB

Assalamualaikum & Good Day...

Cerita tahun lepas. Hehe.. Baru sempat nak story kat sini. Event yang happening. Dianjurkan oleh mak Shaklee saya - Syuhada Wahi. 

Date : 08 Disember 2013
Time : 9.00am - 1.00pm
Venue : Taman Putra Perdana, Presint 1

Agenda : Recognition, award, magic sharing, lucky draw dan of course makan2! Saya berjaya menyumbangkan 3 kotak brownies - 12" Choc Congo Bars, Butterscoth Choc Congo Bars & Fudgy Choc Brownies. Oh ye lupa... juga Party style Red Velvet. Dan of course... air tangan sendiri... saya kan tokey Aainaa's Bakehouz. Okai poyo! Jom layan pic =)

Gabungan Jutawan = OSB + JMS + EJVV. Meriahh uollsss...

Event ni special sbb dihadiri Master kesayangan kami - Kak Cery.

Hadiah2 yang tersedia...

Suasana kat sini.. meriah je. Dengan keletah anak2...

Dapat token dari Kak Cery. Yang bestnya dpt beg kecik LongChamp, Pen dan buku motivasi =)

Mama Shaklee saya - Syuhada Wahi. Thanks Dear.. Kita kawan lama.. Dan hari ni kita lakar dan kejar impian serta kejayaan kejayaan bersama. Thanks sbb guide Na hingga ke tahap ni.

Ni Leader sulung saya - Mea Salih. Semangat yang kuat dan tak pernah putus asa. Keep it up dear. Good Job! 

Anak Shaklee saya yg turut hadir - Kak Sal. Semoga Kak Sal berjaya bersama Shaklee dan team JMS. Kak Sal sentiasa berusaha belajar dan optimis dengan impiannya.

Kitorg lagi...hehehehe....

Sempat lagi coaching2 time ni...

Tak habis lagi coaching. Seronok nak tengok team membesar dan sama2 berjaya.

Anak2 mmg syok la. Taman besar. Main tak henti berjam2... 

Balik rumah... semua pengsan. Heheheh...

Thanks Sue.. untuk event yang best ni. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Semoga kita semua terus success =)

Bonus Shaklee 2014

Assalamualaikum... good day semua.
 
Alhamdulillah! 2013 telah lama melabuhkan tirainya. Tapi baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis. Alhamdulillah... 2013 pergi dengan 1001 kenangan. Antara kenangan terindah yang sangat diingati ialah.. Disember lepas saya telah membeli sebiji lagi kereta. Kereta apa?

 
Honda City E grade. Tak dpt beli E+ sebab xde stok. Takpelah... mana ada aje =) Dan mcm xpercaya dah ada 2 biji kereta. Sebiji lagi cik Viva putih tu.. Hehee... City sebiji lagi tu? Tu kereta hubby. Mencabar jugak la nak membeli City ni sbb all my budget, my loan. Alhamdulillah Hubby bg 100% support. Dan Alhamdulillah proses membeli dipermudahkan Allah. Takde masalah nak apply loan, takde nak kena penjamin bagai. Ye, kalo nak ikut gaji gomen saya mmg tak lepas la. Kalo kat slip gaji tu dah tolak mcm2..pastu nak buat loan city mmg negatif la. Hihi. Tapi Alhamdulillah..lulus dengan adanya bonus statement Shaklee =). Mmg teruja dibuatnya.


Dan Alhamdulillah, bulan Disember lepas saya dah complete Car Bonus Shaklee. Mmg itu la target saya masa mula2 join Shaklee. Nak kete sebiji dgn car bonus! So lepas ni saya akan target lebih lagi =)
 
Alhamdulillah 2013 saya dah beli lappy sendiri - Asus. Pun guna bonus Shaklee. Hehehe... Nanti dah master saya beli brand Apple =P
 
Alhamdulillah lagi, cuti tanpa gaji saya dah diluluskan. Maka, bermula 2 Januari saya dah tak perlu ke ofis lagi. Yeay!
 
Saya harap lepas ni saya boleh update blog lebih kerap lagi... macam dulu2.
 
Okay bersambung di next entry... anyway, Selamat Tahun Baru 2014 =)

Shaklee 2012/2013 National Conference

Assalamualaikum & Good Day semua..
Alhamdulillah.. walaupun cerita dah lama, tapi tetap nak story kat dalam blog ni. Rasa syukur sangat sbb walaupun baru je join Shaklee tapi berpeluang merasa naik pentas. Hehehe. Apa yang best sangat naik pentas tu? Best la untuk kita yg jarang² berpeluang ni kan. Last time naik pentas pun sbb dapat APC =P

Dapat free dua ticket sebab dtg sebagai penerima award. Dua tiket utk saya dan of course utk my partner aka my soulmate, My Hubby. Dapat mcm² goodies jugak dalam beg yang Shaklee bagi masa registeration.



Yang bestnya Shaklee ni, dia company yang Family-friendly. Buat event besar² tapi tak lupa buat 'event' utk kanak². Shaklee sediakan satu dewan khas untuk kanak² spent time kat dalam tu. Colour, mcm² lagi dapat free =)

Kiri tu mak Shaklee saya..iaitu Upline saya, Syuhada. Kanan tu anak Shaklee saya. Downline saya la =) Wany. Su, kawan lama saya.dari zaman bujang lagi. Wany pulak.. akak ipar saya =)

Bergambar dengan poster Master la dulu...

Tengah beratur untuk naik pentas =)


Pakai kasut tinggi masa ni. Letih sangat dah. Nasib baik turun tangga tak jatuh.. Huhu...

Sebelum balik, sempat la bergambar dengan Master kesayangan kitorg ni. Master Shareza. Mmg terbaik!

Saya dengan trofi saya =D

Next time saya cite ape yang bestnya join Shaklee dan bestnya ber bisnes Shaklee ni ye. Buat masa ni, saya tgh marathon update cerita² lama. Hehehe... Sambung next entry ya... =)

Cameron Highland - Last Episode

Assalamualaikum & Good Day semua.
Baru saya perasan yang stori mori tentang jalan² kat CH belum habis. Hehe.. so hari ni kita tamatkan ceritanya.... 

Untuk last day tu kitorg decide nak pegi ladang strawberry, dan kita target nak pegi Al-Mashoor ( x ingat la ejaannya). Tapi sedihnya tutup sbb renovation. Pastu ladang yang area situ banyak tutup rupanya. Okay, salah pilih hari nampaknya. Hari Isnin banyak yang tutup. Sedih! At last, tuju je la mana yg open. Wpun x brapa enjoy, tp kena appreciate that moment =)

Then, pegi MARDI. Okaylah.. enjoy la apa ada kat sini. Tp seriously saya tak rasa sgt nikmat dingin tu. Sangat² rindu kesejukkan CH yg dulu². Ye laa.. last time pegi masa saya sekolah. Skrg saya dah ada 3 org anak. Totally berubah.

Seronok tengok senyuman anak². Sini ladang strawberry Mardi. Al-Mashoor yg punya.

Snap jugak gambar pokok anggur..tapi malas nak upload.

Sama la nasib dengan pokok epal..



Nak masuk kena bayar yee...


Lepas keluar dari MARDI, kitorg decide nak balik Puchong la.. Otw turun tu, sempat lagi singgah Cameron Valley. Borong apa yang patut dan makan minum. Sarah tido time ni..

Pastu, bermulalah perjalanan pulang kami. Pasti sangat akan rindukan suasana sejuk nyaman, kehijauan, strawberry, teh tarik yang sedap dan... segala²nya la. Hopefully akan ada peluang lagi nak naik CH. Sangat best =)

Esok last day...

Assalamualaikum...

Esok last day? Last day apa? Jeng²...

Esok last day promo GLA Complex. Rugi tau tak grab. Vitamin ni mmg sinonim sangat² dengan wanita. Utk kecantikan, kesuburan, merawat sakit senggugut, Merawat cyst, mengawal kencing manis, darah tinggi, kolesterol.. banyak sgt khasiatnya. 

GLA untuk perempuan je ke? Eh tak la... semua vitamin keluaran Shaklee sangat natural dan unisex. Lelaki perempuan boleh consume. 


Mahal tak sebotol GLA? Tak mahal mana pun kalau nak compare dengan khasiatnya. Sebotol tu tak sampai RM100 pun. Ada 60biji sebotol. Sempena promo bulan ni Buy 6 free 1 ni lagiii la jimat.


Tunggu apa lagi kan. Jom grab. Tinggal esok je nak dapat harga offer ni. Contact saya okay =)


Aainaa Nadirah 

SID 885565
012-3453316

Dry Kitchen, Wet Kitchen, Laundry Area =)

Salam..
Entry last pasal umah. Malas cite panjang..layan je gambar okey.

Kitchen cabinet dari Incube Kitchen. Material kabinet P.E.T. Taktau la apa nama penuhnya. Kaler silver + hitam. Ada sparkle sket. Combine ngan sand glass. Table top dari granite.

Dapur ni guna sinki bulat utk basuh tangan, cuci botol susu etc aje..Uolls kalo nak buat undermount, please bg nampak sket sinki. Kalo x, air terpercik keluar..masalah btul mcm kitorg. Our KC designer dah design elok2 bg kuar sinki sket. Tp saya g ubah table top tutup keseluruhan mulut sinki. Ni gara2 terpengaruh kata2 pembuat table top tu la..huhu...~

Ruang kaunter sarapan, dan tempat simpan lauk-lauk kat bwh tudung saji tu. Dalam kabinet sand glass tu segala macam biskut ada..Hehe~

Alas handle peti sejuk saya tempah khas dari Bigeyes Shop. Ikut ukuran handle. Tapi ni saya salah ukur la... tak cukup beberapa inci..huhu. 

My Kitchen Aid! Bila nak start baking nih.. Wat masa ni jadi hiasan je la kat Dry Kitchen tuuu... Tapi sekali tgk, matching btul dia ngan kaler dinding eh!

Wet Kitchen. Bidai dari Laurea jugak. Rasa lapang tengok kaler dia nih. Rasa luas jek.

Laundry area. Still dalam wet kitchen.

Bilik ampaian sebelah wet kitchen, belakang guest room. Kalo duk kat guest room, selalu la terbau wangi sabun & softner baju yg disidai =)

Tingkap & pintu pemisah dry & wet kitchen. Bila nak beli sticker nih?

Okeh.. habis dah entry pasal umah.. Kot la ada sape2 tgh cari idea pasal umah baru kan.... =) Cumanya, saya x pandai menghias sangat. Konsep moden pun carca merba jek. Tp, adat la umah baru.. xde la nak complete set utk tahun2 pertama pindah kan.. sikit2 la. Kalo x, pengsan la...~

Family Hall, Dining, Hall & Foyer pulak =D

Salam..
Sambung lagik.. layan je la gambar ni ye.... huhu~

Famili hall kat tingkat atas xde TV. So, wat masa ni kita letak work station yang messy bersama alatan meng-iron baju.

View dari tangga.....

View dari foyer.. meja makan sponsor dari mak sedara saya sebelum kawen.. Katanya tu hadiah kawen kami..huhu~

Hall. Semua barang lama kecuali langsir dari Laurea. Langsir paling saya suka..design eyelet. Kerusi rotan dah upgrade sket.. Just sarungkan dengan sarung baru yg saya tempah dari kedai mini. Sarung sofa kaler silver x siap lagik..huhu. 

Sekarang dah terminate astro sejak dah install unifi. So, sekarang tgk Hypptv aje la.. Nanti kalo dah ada second tv baru aktifkan semula astro..huhu.

Lampu yang jarang-jarang on..huhu~ Ada 3 lampu. Pink, biru, kuning.

Taman gegirls ni duk betul-betul depan pintu masuk. Asalnya duk kat bilik biru. Tapi jarang duk tingkat atas, kita bawak ke tgkat bawah. Lagipun kat foyer ni kosong sangat. Letak la benda ni dulu sementara nak ada kusi meja kat sini =P

Tak byk menghias lagi. Frame, jam pun x gantung lagik. Overall, rumah agak bahang sket. Kena pasang econ next time. Tapi mujur la tinted tingkap.. Sbb umah kitorg panas petang. Mmg x sesuai anak2 nak main basikal kat porch. Silapnya masa beli umah dulu x kaji panas pagi atau petang. Lagipun masa beli tu, intermediate mmg dah limited sgt..

The Bedrooms....

Salam...
Alhamdulillah... dah dekat 2 bulan setengah pindah masuk umah sendiri. Hari ni baru sempat nak cite sket sket pasal umah baru. Sebelum ni x sempat sbb pas dua minggu pindah, terus deliver Amirah Hannani. Pastu berpantang lak kat umah mak sebulan setengah =)
~
Jom la usha sket pic keliling umah kami, syurga kami nih =)

Langsir Master Bedroom.. kaler purple romantik gitu. Tukang jahitnya.. Laurea Home Furnishing.

Wardrobe Master Bedroom.. dari Incube Kitchen. Rasa besar dah almari ni.. tp tak muat gak letak baju kitorg. Huhu~ 

Langsir bilik gegirls... Pun Laurea gak. Bilik ni cantik..lantai pun dari floor depot. Tapi sayangnya gegirls blum nak tido kat bilik sendiri. Ye la.. katil + tilam pun xde..hehe~

Wardrobe gegirls. Kitorg designkan cermin mcm tu. Wardrobe Incube Kitchen.

Wardrobe boboys... tak tau la bila nak dapat boboy nih. Usaha lagi..hihi. Amin..~ pun wardrobe Incube Kitchen.

Langsir bilik ni guna langsir lama. Kawan mak yang jahit masa nak masuk umah sewa kat seri kembangan dulu. Kiranya langsir ni dah lebih 5 tahun umurnya. Tapi cantik lagi =)

Guest Room kat tingkat bawah.. pun guna langsir lama. Hehe. Almari pun almari lama Safiyyah. Siap pintu nya dah tercabut pun..huhu. Ni sudut hujung katil.

Guest room tadi.. Guna katil & almari lama jugak.. almari mak bagi, katil tu nenek saya bagi.. Haha. Guna je selagi elok. Mmg xde planning nak beli perabot baru dalam masa terdekat nih. =P

Psstt.. nampak tak Amirah Hannani tido meniarap kat situ? Dia suka tul tdo kat bilik ni sbb bilik ni sejuk sket compare kat hall & bilik lain..huhu~

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in