3 Strategi Penting Komunikasi by Irfan Khairi

Oleh: Irfan Khairi 

Untuk menjadi seorang pemimpin dalam perniagaan, keluarga atau tempat kerja, pastinya komunikasi adalah amat penting. Ianya mustahil menjadi seorang pemimpin tanpa kebolehan berkomunikasi dengan baik.

Masalahnya, ramai antara kita agak lemah dalam bidang komunikasi. Termasuk diri saya sendiri satu ketika dulu. Sebab itulah saya mulakan perniagaan Internet- sebab takut hendak berhadapan dengan orang, malu nak berjumpa pelanggan, tak berani membuat jualan bersemuka, dan banyak lagi alasan-alasan.
 

Berikut adalah 3 strategi komunikasi berkesan:

1. Dengar dan bukan hanya bercakap
Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam komunikasi adalah seorang yang banyak bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama sekali. 

Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang itu perlu banyak mendengar dan memberi respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.
 
Orang lain tidak akan mengambil endah apa yang kita ingin katakan selagi mereka tidak yakin dan tidak fikirkan kita mengambil berat tentang mereka. Komunikasi bukanlah dengan hanya bercakap mengenai diri kita sendiri, tetapi juga untuk kita sebagai komunikator yang efektif untuk memahami dan mengenali audien untuk memberi respon yang terbaik yang diinginkan.

Oleh itu, berhenti bercakap, tetapi dengar apa yang orang lain inginkan.
 
2. Permudahkan bahasa dan penyampaian
Pernah atau tidak anda mengalami satu situasi di mana anda menyampaikan maklumat kepada seseorang untuk disampaikan kepada orang yang lain. Tetapi, maklumat yang diterima oleh orang lain tersebut lain pula daripada apa yang anda ingin sampaikan?

Senario ini sering terjadi oleh kerana apa yang diterima oleh penyampai tersebut adalah berbeza seperti mana yang dirinya faham- tidak seperti apa yang anda faham dan ingin sampaikan. Mungkin bukan salah penyampai tersebut menyampaikan maklumat yang tidak tepat. Tetapi, silap diri sendiri dalam berkomunikasi dengan tidak berkesan dan menyukarkan.

Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih mudah sesuatu mesej itu diterima. Tidak perlu menggunakan ayat atau perkataan yang hebat dan canggih sekadar mahu menunjuk bahawa kita pandai berkomunikasi menggunakan perkataan tersebut.
 

3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi bukan hanya di mulut sahaja, tetapi juga dengan bahasa badan (body language). Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah umpama defensif. Bercakap ketika mata berkeliaran di tempat lain umpama menyorok sesuatu. Bercakap dnegan terlalu banyak "ermm", "aaa" umpama tidak berkeyakinan pula.
 
Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Bermula dengan asas, kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan kepada diri.

Teringat saya ketika tahun 2005 saya menghadiri kelas komunikasi untuk perbaiki kelemahan utama saya dalam komunikasi. Dengan memperbaiki kelemahan tersebut, Alhamdulillah, perniagaan kemudiannya mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
 

Grand Lexis, Port Dickson Part 2

Assalamualaikum..

Entri sebelum ni ada kisah ke Grand Lexis utk kali pertama. Kali ni pergi untuk kali ke dua pada 21 dan 22 Disember 2014. Dan sama macam sebelum ni, kami guna voucher Matta Fair. Kali ni pergi secara beramai-ramai.. bawak mak ayah dan adik beradik. Confident sangat bawak ramai sebab last time pergi kan, bilik katil king dua biji =)

Kebetulan, mak ayah dan dua adik lelaki baru balik dari Jogjakarta.. so langsung la sambung bercuti ke PD pulak.


Setel check in, kami dibawa ke bilik menaik buggy. Haihhh.. jauhnya. Lain macam je jalan yang di bawak. Sampai ke wing water villas. Pelik, pelik. Voucher kami bukan bilik atas laut. Then, buka je pintu... tengok-tengok cuma ada sebiji je katil king. Aikk? ape dah jadi? Kenapa tak sama macam last time?


Kolam pun macam kecik sket dari sebelum ni. Dan... tak sedalam sebelum ni. Air kolam yang ni, atas sikit je dari pinggang saya. Anak sulung saya boleh berdiri je dalam kolam ni. Paras leher dia. Hmmmm.....

Cuma, yang menariknya bilik ni ada pantry sendiri.


Ruang toilet.

Yang menarik lagi, toilet dia agak privasi dan ada kunci. Tak macam bilik sebelum ni. Tapi silapnya, kunci bilik mandi dia x elok. Tak boleh kunci dengan sempurna. Tapi, bab cermin kabur ni mmg terpaksa guna cara tampal surat khabar. Sebab nak jada privasi famili kan. So kali ni mmg saya dah standby surat khabar lama dan saletip. Hehe.

Permandangan kolam dari ruang tandas. Boleh terjun tiruk dari sini je. Hehe. Bilik ni oklah jugak sebab lepas naik dari kolam terus ke bilik air. So takde la bilik basah sangat.

Masa sampai, air tengah pasang. Bebudak memang suka sangat duk kat sini.

Bila datang ramai-ramai, confirm la susah nak dpt tempat sidai towel,kan. So.. kitorg sidai kat situuuu. Haha. Total ahli menginap malam tu ialah dekat 10 org kot.

Kat pantry dia dah tersedia bahan untuk mencuci.


Oh ye, petang tu, masa check ini hanya ada saya, suami, anak2 dan adik perempuan saya seorang. Rombongan mak ayah dan adik2 lain belum sampai sebab katanya nak pusing2 PD... melawat muzium tentera etc. Jadi, sementara tunggu diorg sampai, sambil anak dan suami dan adik sorg tu mandi kolam, saya saya prepare sket minum petang yag dibawa dari rumah. Creampuff tu, saya buat pagi sebelum ke PD. Pau, beli tepi jalan je kat area Sepang. Makanan dalam kotak tu, mak beli di Jogjakarta. Jug, teh uncang, gula, cawan polisterin semua bawa dari rumah.

Malam tu, pun makan dalam bilik je tau. Semua makanan bawa dari rumah. Saya masakkan ayam masak kicap. Sayur just ulam-ulam, makan bersama sambal tempoyak. Periuk nasi dan beras bawa siap2 dari rumah. Pinggan polisterin, sudu plastik pun bawak. Alhamdulillah berselera dan kenyang semuanya. Jimat pun jimat. Hehe.

Lepas settle makan malam, saya dan suami serta anak-anak tinggalkan famili di Grand Lexis. Kami keluar sebelum 11 malam sbb, buggy hanya beroperasi sehingga 11malam. Nak menapak ke parking memang jauh dari bilik. Kami menyewa di Langit Langi, 10km kot dari Grand Lexis. Mujur gak la suami dah prepare bilik lain. Kalau tak, mmg takde tempat tido sebab katil ada satu je. Mujur gak kami bawak satu toto utk famili malam tu. So, nilah bilik kami, Tidur berlima atas katil queen ni. Hehe.

Bilik ni simple tapi not bad. Cuma cerek letrik tak disediakan. Kalau nak air panas, kena ambil kat ruang depan lif.

Keunikan pintu toilet dan pintu almari bilik ni. Pintu berkongsi. Kalau tutup pintu toilet, almari ternganga. Tapi, bila macam ni.. senang nak sidai towel kan.

Suasana koridor hotel.

Yang menarik lagi tentang  Hotel ni, walaupun ianya hotel bajet, tapi tetap ada kolam renang. Best,kan. Hotel ni tepi jalan je.

Suasana lobi hotel. Bila tengok je suasana dan hiasan dia, kita boleh kenal yang ni boutique hotel. So, bole check jenis2 bilik yang disediakan. Kami memang ambil bilik paling murah sbb just nak tidur satu malam. Awal pagi dan check out utk ke Grand Lexis semula. Sarapan disediakan juga di hotel ni, walaupun hidangan nya simple tp not bad =)

View dari tepi jalan. Hotel ni berdepan dengan Petronas.

Sampai je di Grand Lexis, mak dah sediakan sarapan. Hehe. Sarapan pun bawak dari rumah tau! Main menu nya ialah sandwich. Tapi dah top up dengan makanan semalam. Jadi la banyak. Minum air teh susu. Hebat, kan.

Di sebabkan kat Langit Langi tadi anak2 saya dah sarapan, diorg terus je terjun kolam. Tak peduli dah nak makan.

 Pagi ni air surut.... 

Depan bilik.... masa ni dah nak check out.


Famili kesayangan saya... =)

Antara ahli yang menginap di bilik ni selama 2 hari 1 malam. Kalau ikutkan ada ada satu famili lagi ~ adik saya dan isteri serta anak seorang. Tapi lepas breakfast tadi dah balik ke Melaka sebab ada appointment. Oh ye, ada lagi sepupu anak2 saya dua org tadi, tapi lepas bfast td dah balik..mak ayah nya jemput. Pun nak ke melaka gak. Hehe. Haa... ramai, kan.

Cantik nombor bilik kami.

Tamat sudah kisah Grand Lexis. Seronok dapat stay bilik yang ada private pool. Seronok dapat datang dua kali. Seronok dapat bawa famili. Tapi yang tak seronoknya bila bilik yang kita dapat tak seperti yang kita bayangkan. Ye laa.. saya bayangkan akan dapat bilik macam sebelum ni. Selesa sikit. Saya rasa, maybe bilik tak cukup ke apa.. so, digantikan dengan bilik yang ni. Walau apapun, tetap satu pengalaman indah sebab merasa gak la bilik atas laut ekkkkk.

Diharapkan, dari entry ni dapat la bagi sikit idea buat kawan-kawan yang berhajat nak ke sana ya.

Kawan-kawan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi Grand Lexis

Baitul Husna Homestay Melaka

Homestay di Bandar Melaka, lokasi yang strategik, selesa dan bersih dengan tawaran harga yang berpatutan. Sesuai untuk keluarga dan rombongan. Boleh memuatkan sehingga 20 orang dalam satu-satu masa.

Lokasinya terletak berhampiran jalan utama Sungai Udang-Ayer Keroh. Sebuah taman perumahan yang diawasi sekuriti 24 jam dan kamera litar tertutup (CCTV).

Baitul Husna Homestay merupakan rumah penginapan yang terletak di Taman Bertam Setia, Melaka.



Rumah Semi-D Corner Lot.






Ada ruang tanah. Boleh pasang khemah bagi yang suka bercamping

Ruang parkir muat untuk 2 buah kereta

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ketiga- tiga bilik adalah berkatil saiz Queen.

Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur Dua

Bilik Tidur Tiga

Bilik tidur utama dilengkapi penyaman udara

 Bilik air utama dilengkapi Water Heater 

Kemudahan dapur gas dan peti sejuk untuk memasak

Kemudahan mesin basuh untuk membasuh pakaian

Ruang Tamu yang selesa dilengkapi sofa, TV LED dan Astro

Ruang Makan yang luas

Lain-lain kemudahan
  • Tilam toto extra
  • Sterika
  • Kettle jug
  • Pembakar roti
  • Pinggan Mangkuk
  • Sejadah & Telekung

KADAR SEWA :

RM250 - untuk 15 orang penghuni ke bawah
RM300 - untuk lebih dari 15 orang penghuni

CHECK IN     : 02.00 PM
CHECK OUT : 12.00 PM

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI :
Encik Ariff 019-375 9091
Whatsapp/Telegram/SMS

DEPOSIT : RM50 semalam untuk booking tarikh

BAKI       : Dijelaskan ketika CHECK IN

Untuk carian hotel murah di Melaka, boleh klik ke laman web AGODA.

Grand Lexis, Port Dickson ~ Part 1

Assalamualaikum...

Entry tertunggak dari November lepas. Hehe. Alhamdulillah, 9 Nov 2014 kami dah selamat merasmikan voucher yang dibeli di Matta Fair, PWTC pada Mac 2014. 

Untuk harga sebenar bilik-bilik Di GL ni, bole semak di website hotel atau klik ke laman web AGODA. Tapi untuk harga Matta Fair ni kami beli RM470 untuk satu malam penginapan di Deluxe Suite Pool Villa. Kami beli dua voucher (2 malam penginapan). Okay, tak perlu cerita panjang, jom layan gambar-gambar ya. Untuk kali pertama kami pergi semalaman je.

Voucher ni dah nak expired baru sibuk-sibuk nak pegi. Hehe.
Buka pintu bilik, nampak katil saiz king ni. Bukan satu, tapi dua katil.
Toilet. Haaa.. bab ni mencabar sikit. toilet dia mmg tak de kunci dan cermin kabur mcm ni. Kalau setakat hubby wifey dan bawak anak2 kecik, still ok. Tapi kalo ada bawak atuk nenek belaka, elok la standby apa yg patut. Contoh nya surat khabar lama keee.... nak buat apa? Sila la tampal supaya tak nampak bayang2. Hehe. Salotip jangan lupa bawak, tau! Dan jangan lupa buat sket tanda dengan kertas utk bagitau yg ada orang kat dalam toilet. Hehe.

Dressing Area...
Bilik tidur. Selesa amat kalau datang ramai2. Sebab dua biji katil king.
Almari pakaian pun best. Bila buka je pintu terus lampunya menyala. Hehe.... Syoknya kalau bilik tido sendiri gini, kan.
Meja tulis. Tingkap dia 2 in 1. Tutup, jadi cermin. Buka je nampak kolam.
Suka betul bilik hotel ada kipas syiling. Hihi.
Nah, private pool nya. Kolam bilik ni memanjang. Sebelah dengan ruang tamu bilik ni.
Ni ruang tamu yang bersebelahan kolam tadi. 
Kolam ni panjang dan dalam. Paras dada saya rasanya. Puas sangat mandi. Kat hujung tu ada shower. Ala-ala mandi kat taman =P
View dari tingkap bilik tadi.

Outdoor Shower.
Ada dua biji pelampung pihak hotel sediakan. Tapi tak sesuai la untuk bebudak. 
Bebudak excited tapi seram sebab tak jejak lantai kolam. Dalam sangat. Huhu.. Haihhh... kalau dapat atleast rumah semi D sebiji, tingin gak buat kolam berdepan Dining Room. Syok, kan...breakfast tepi kolam. Ok, berangan...
Diorang sibuk mandi sampai tak dan nak makan2 dulu. Saya lak cam biasa menyibukkan diri buat minum petang. Syok gak tengok diorang mandi kolam sambil kita menghirup kopi. Sekali sekala diorg naik untuk makan dan minum. Yang hubby pun x mau kalah. Nak fefeling orang kaya katanya, minum nescafe di tepi kolam sambil berendam. Ok bang... layannn =D
.
Ni antara kemudahan yang ada. Disebabkan 1st time datang dan tak sempat nak baca pengalaman orang, so kami tak prepare makanan sangat. Just bawak kudapan dan breakfast je.
Dinner malam tu, hubby beli kat kedai seafood katanya. Makan kat bilik je. Senang dan santai je... Makan mengadap kolam lagi. Syokk.
Voucher ni tak include breakfast. So, kami memang prepare makanan yang mudah je. Nak keluar makan, memang tak la...
Setel. Check out jam 12pm. Bilik ni kat Garden Wing. Best sebab dekat dengan kereta dan senang.
Nak pegi lobi, saje layan naik Buggy =)
Grand Lexis. Sebelah dia, Lexis.
Nak jugak membeli souvenir. Haha.
Dah nak balik... 
Sebelum tu, round dulu.... 
Kolam awam pun ada... siap ada playground dlm kolam budak.
Kalau open pool gini memang tak terjun laa... lain la zaman bujang dulu. So, kalo tingin terjun kolam leh la bermalam kat sini. berendam puas-puas dalam private pool =)
Macam best je ye.... above the sea katanya.


Okey..dah nak balik dah.. So, ada satu lagi voucher. Bole datang lagi satu malam =)


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi Grand Lexis

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in