Assalamualaikum,
Hari ini saya rasa seronok nak menulis tentang masalah tekanan darah rendah yang kerap dialami ibu hamil. Rutin setiap bulan ibu hamil akan menjalani pemeriksaaan HB di klinik. Biasa tak, rasa berdebar² nak tahu berapa hb ibu pada hari pemeriksaan itu. Sekiranya nurse memaklumkan yang hb rendah, ibu dah susah hati, nurse akan mintak kita datang 2 minggu kemudian untuk follow up hb ibu kan.
Masalah tekanan darah rendah ibu hamil tidak seharusnya dipandang remeh. Kerana, jika dibiarkan akan mengundang komplikasi sepanjang kehamilan. Masalah² kesihatan yang lain pun boleh berlanjutan selepas melahirkan anak.
Tekanan darah rendah boleh berlaku akibat tubuh ibu kekurangan zat penting iaitu zat besi. Kekurangan zat ini boleh disebabkan oleh amalan diet tidak seimbang, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, kehilangan darah teruk serta genetik.
Walau apapun puncanya, kehadiran zat besi ini sangat penting dan perlu mencukupi. Ini kerana, zat besi bertindak sebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah yang akan menghantar oksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong tumbesaran sempurna bayi dalam kandungan.
Antara kesan kekurangan zat besi di dalam tubuh ibu hamil ialah :
- Kerap letih
- Lesu
- Pucat
- Pitam
- Anemia
- Risiko keguguran
- Kelahiran bayi pra-matang
- Saiz bayi yang kecil
- Bayi koma atau meninggal dunia
Para ibu hamil digalak meningkatkan pengambilan zat besi sebanyak 50% daripada biasa untuk menyokong dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.
Para ibu boleh mengambil makanan yang mengandungi tinggi zat besi sebagai diet harian bagi membantu masalah tekanan darah rendah :
- Ayam
- Sayuran berdaun hijau
- Bijirin
- Kekacang
- Tembikai
- Bijan
- Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin, prun
- Tauhu
- Delima
Para ibu juga sangat digalakkan mengambil suplemen seperti folat, kuprum, zink tambahan dan vitamin C untuk meningkatkan serta mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan. Walau bagaimanapun, nasihat doktor sangat penting dalam pengambilan suplemen ini.
Bagaimanapun, suplemen kesukaan saya untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah tentulah Shaklee Vita-Lea with Iron Formula. Ini kerana Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Bukan itu sahaja, Vita-Lea ini disalut dengan serbuk nutrisi spirulina menggunakan kaedah terkini dan teknologi ekspolif yg kompleks iaitu Explo-tab. Hebatnya lagi, ia merupakan multi-vitamin terpantas di dunia terlarut di dalam air dan tubuh manusia.
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea :
Viyammin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin C, Asid Folik, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B6, Vitamin B12, Biotin, Vitamin B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Cooper, Zink.
Inilah dia Multivitamin kegemaran saya dan ramai lagi ibu² di luar sana.
Untuk kesan yang lebih optimum, penyerapan yang berkesan dan kecantikan kulit, boleh ambil bersama Sustained Release Vita-C Shaklee.
Semoga, dengan pengambilan dua produk dari Shaklee ini dapat membantu para ibu hamil untuk mendapat kesihatan yang lebih baik dan optimum serta anak yang sihat dan cergas =)
Saya sedia membantu =)
0 Yang Cantik Jelita Komen:
Post a Comment