Batu Feringgi Backpaker

Assalamualaikum...

Ini destinasi hari ke 4 dan 5 - Batu Feringgi. Tak sangka pulak hubby tempah chalet. Silap saya jugak tak tanya betul-betul hari tu. Anyway, memang best la tempatnya. Chalet ni hubby jumpa thru blog.

Ini FB dia..


Chalet ni ada dua unit je. Owner dia melayu. Kami panggil Kak Ros. Satu malam RM150. Tapi saya tak pasti if rate lain time cuti sekolah or etc.
View dari dalam. Memang senang kalau nak mandi pantai. Dekat je...

Bilik dia pun not bad. Ada aircond. Cuma, kalau menginap di chalet tepi pantai ni, kena bersedia emosi bab lantai berpasir. Biasalah kan. So, nasihat saya.. bawak la selipar bilik. Dalam hati saya, "menyesal tak minta banyak2 selipar bilik dari Anuar Cititel. Hehe". Ye laa... sebab saya tak tau nak duk tepi pantai =P
Ada iron! Penting tu. Saya ingatkan takde iron. Susah payah saya iron baju siap-siap kat Cititel. Hehe.
Kat beranda. Makan kat situ syokkk sangat. Sambil dipupuk bayu laut. Kalau menginap di chalet, jangan lupa bawak makanan banyak2. Terutamanya untuk breakfast or supper. Bawak yang simple je. Contohnya kek lapis atau gulung, roti dan jem, jus oren, kopi 3 in 1, dan lain-lain.. ikut kegemaran masing-masing. Yelah, bukan senang nak dapat feel makan tepi pantai kan. Nak pulak kita yang duk kat bandar ni. Selain tu, dapat jimatkan kos makan di kedai. Terutamanya yang ada anak kecik. Hehe.
 
Jangan risau pasal toilet. Toilet dia selesa. Water heater pun ada.

Lepas lunch kat beranda, kami rehat-rehat dulu. Dah petang, dalam kul 5.30 tu.. kami turun la ke laut. Meraikan anak-anak yang dari tadi excited. Kesian.. duk kat Cititel tu tak jumpa kolam budak. Isk iskkkk..
Kalau datang pantai, jangan lupa bawak acuan sand castle tu. Sian diorang.. takde pulak alat nya. So terpaksa la guna tangan, bentuk-bentuk je sendiri. Idea buat longkang tu pun, sebab nak bagi diorang rasa seronok tengok air masuk dalam kolam buatan diorang. Haha.
Haa... gigih kan, buat longkang. Tiap kali air masuk, menjerit-jerit suka. Hehe.

Dah nak senja... moh la balik ke bilik.
View waktu senja... Nak tengok matahari terbenam katanya...

Malam tu, keluar jugak la berjalan-jalan kat pasar malam Batu Feringgi. Saje nak pantau suasana. Hehe. Nak shopping tu, takde la sangat. Kalau 7 tahun lepas, excited ke sini sebab memborong CD ataupun DVD. Skrg ni takde dah nak beli nya. Nak beli beg ke apa-apa tu, memang saya tak minat sangat. Last, anak yang sempat rembat patung Frozen dan Ultraman. Hmmm.... layannn...
Balik dari pasar malam, hujan lebat pulak. Hubby dah start rasa tak sihat. Dah mula ada simptom demam dan selsema. Cepat-cepat bagi sepeket Nutriferon dan sebiji Vitamin C yang di patah dua. Nutriferon ni memang sentiasa ada dalam handbag. Kalau anak demam pun boleh bagi utk cegah dari melarat. Nak pulak time kita bercuti ni kan.

 Alhamdulillah esoknya, dengan izin Allah.. hubby tak jadi demam. Risau jugak kalau demam sebab dah nak balik Puchong, kan. Lepas check out terus menuju ke Jeti. Naik feri pulak kali ni.... Dan terus menuju ke rumah... =)

Okay habis dah cerita di Penang. Semoga ada sedikit perkongsian yang bermanfaat =)


Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Day 3 - Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Skip terus cerita hari ke tiga. Sebab hari ke dua takde pegi mana-mana. Duk melanguk dalam bilik je ngan budak-budak. Lunch hari ke dua tu pun order room service je. Malam nya, hubby tapaw je. Senang =) 

Hari ke tiga la baru ada aktiviti sebab hubby balik audit awal. So, dalam jam 4pm tu kami ke Bukit Bendera.

Last time saya naik Bukit Bendera ni tahun 2007. Masa tu tgh pregnantkan si budak baju pink tu. Hehe. Sekarang dah besar pun dia. Siap bawak adik-adik dia naik sekali. Masa tu, saje jalan ke Penang sempena hubby nak bertukar balik ke KL... 

Last time datang, masih naik keretapi yang slow tu. Gok gek gok gek naik bukit. Kali ni, train dia lajunyaaa... Tak sempat nak feeling2 suasana keliling. Tapi saya lak rasa sebu semacam. Mujur takde sampai nak termuntah. Bab naik train ni, bebudak la paling excited. Sebab tu saje naik sini lagi. Saya tak ingat harga tiket untuk sekepala. Cuma yang pasti, kami berlima.. 2 dewasa 3 kanak (2 - 6 tahun) total RM18 untuk pergi balik.

Tarikan pertama diorang bila sampai kat atas.
Yang ni pun. Cuma tak sesuai la dengan umur mereka. Nak main pun mahal. Hehe...
Penat panjat tangga.. tapi rasa best tengok view dari atas.





Antara view yang saya suka sangat.
Banyak ambil gambar pemandangan je. Sangat takde feel nak bergambar berlima. Maklumlaa... macam-macam ragam kan.

Tak banyak berubah rasanya sejak last datang sini. Tapi untuk rasa lengkap datang Penang, kena la naik Penang Hill, kan. 
Ini gambar hari ke lima. Dah check out hotel. Konon nak singgah Chowrosta. Tapi takde parking, putus angin terus. Hehe. So, berhenti tepi jalan sebab nak beli jeruk je la. Beli pun tak banyak sebab konon-konon nanti nak beli lagi. Ye lahhh...

Plan asal nak pusing dalam Georgetown je. Tapi, tetiba decide nak jumpa best friend zaman Uniten dulu. Disebabkan petang tu dia nak balik Ipoh, so gegas jugaklah ke Balik Pulau semata-mata nak melepas rindu sahabat lama =)
Sahabat baik dan juga regular customer Shaklee saya. Sahabat ni la yang selalu follow up saya dah solat belum. Selalu ingatkan saya untuk pakai pakaian tutup betul-betul. Minat kami hampir sama. Masa tu suka sangat pakai tshirt + jeans + kasut snickers. Hehe. Remaja la katanya =)

Dua jam kami makan dan berbual kat KFC Balik Pulau sambil tunggu hubby selesai solat Jumaat. Rasa tak puas bercerita. Hehe. Lepas tu, kami menuju ke Batu Feringgi. Till we meet again ya, Dann =)

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Sambung next entry =)

Cititel Penang Part 1

Assalamualaikum....

Cuti-cuti Malaysia Part 1 bulan ni. Hehe. Macam biasa la, ikut hubby outstesen. Kali ni ke GeorgeTown, Penang selama 4 hari 3 malam. Hari ke 4 & 5, destinasi lain. Will update soon =) 

Kami bertolak dari Puchong agak lewat. Lebih kurang 10.30am. Sampai di Hotel dalam pukul 3.00pm. Banyak berhenti. Ada sekali tu berhenti di RnR mana ye..tak ingat. Sebab makan nasi goreng yang bawa bekal dari rumah. Ada sekali berhenti di stesen minyak, sekali di RnR Sg. Perak utk beli buah2.

Check in, terus masuk bilik. View laut. Seberang sana tu tanah besar.

Bilik katil besar habis katanya.. dapatlah twin sharing begini. Anyway not bad biliknya. Yang specialnya bilik ni ada kipas syiling. Biasa kan ada econ je. Selain hotel ni, hotel yg kami pernah pegi ada kipas ni... Tok Aman Bali. Atleast ada pilihan nak econ or kipas. Saya mmg pilih kipas la sbb econ hotel kdg2 sejuk melampau.
 
Its ok.. bukan isu besar. Tengok meja tengah tu boleh alih, so kami alihkan dan gabung katil. Ini gambar the next day. Tu yang messy je kan. Toto, mmg kitorg selalu bawak. Samaada guna dlm kereta atau incase tak muat katil =)

Oh ye.. Lepas check in tu, kitorg g makan kat Nasi Kandar Line Clear. Katanya tempat tu popular. Tak jauh pun dari Cititel tu. Jalan kaki je. Cuma, saya blur jugak la. Haha. Taktau apa yang bestnya. Biasala tekak orang mengandung ni pelik-pelik. Takde la rasa excited sangat. Tapi kedai ni memang ramai pelanggan. Dan rata-ratanya memang kata sedap. Ok, jangan terpengaruh dengan cakap saya sebab, saya ni makan apa pun xde feel buat masa ni. Hehe. Yang penting, bila u all pegi Penang, ni antara kedai makan wajib pergi tau.

Gambar awal pagi hari ke dua di sini.

Bilik bersepah. Anak-anak lasak dan macam2 peelnya. Panggil housekeeping pun just utk kutip sampah dan vacum je. Internet kat sini ok, not bad. Boleh la saya ber FB dan blogging sementara hubby g audit.

Lunch hari ke dua tu just order room servis je la. Nak keluar dengan tiga org bidadari ni, tak mungkin la. Hehe. Jadinya, just order Nasi goreng cina utk kongsi 4 beranak. Harganya RM32.50 sampai terus di depan pintu bilik. Walau bagaimanapun, nasi ni sangat sedap. Berbaloi bayar mahal pun. Saya makan pun x cukup. Rasa nak lagi. Hehe. Ni la first time saya order makanan room servis ni. Hehe.

Review tentang hotel ni kan.. best la. Antaranya, bilik best. room service best esp kalau u all duk tingkat 6, ada mamat housekeeper tu namanya Anuar. Mesra dan senang nak minta apa2. Dia pun selalu pesan kalau nak air mineral ke, sabun ke, apa2 la.. panggil je dia. Hehe. Selain tu, kedai makan banyak area hotel ni. Boleh gi jalan kaki je. Antara restoran famous yang dekat... Sup Hameed. Kena try jugak tu.

Tuan puan juga boleh check website AGODA untuk survey harga promosi hotel di Pulau Pinang

Okay, itu ajelah cerita utk hari nanti. Nanti kita sambung Part 2 pulak =)

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan blogers saya, silent readers dan siapa-siapa sahaja yang sudi singgah di blog saya. Sekiranya ada salah silap penulisan atau gaya penyampaian dalam blog ini, mohon diampuni =)

Takde cerita sangat nak diceritakan. Just nak berkongsi sedikit sambutan raya tahun ini. Tahun ini, giliran beraya di rumah Ayah dan Mak saya. Seronok, la kan. Beraya kat rumah sendiri. Tapi bagi saya rumah mak ayah atau mertua, saya tetap seronok sbb raya pertama masih boleh beraya di dua-dua rumah. Maklumlah, dekat sangat, Hanya lebih kurang 15 minit perjalanan. Hehe. Untung kahwin dekat-dekat ni kan. Jom kita layan gambar raya =)

Ini keluarga saya. Adik beradik saya ada 10 orang. Tiga daripadanya dah berkahwin menjadikan total ahli keluarga tahun ni, 21 orang. Alhamdulillah. Meriah sungguh. Gambar ni ambil pun dah petang. Biasalah, bila dah ramai-ramai mmg susah nak bersiap awal. Lepas bergambar ni siap-siap terus ke Kuantan, rumah nenek.
 
Mak dan ayah saya.... =)
 
Keluarga bahagia saya. Hehe.. susah nak bergambar molek-molek. Anak-anak ada macam-macam ragam =)
 
Settle bergambar di rumah mak ayah saya, kami terus ke rumah keluarga husband. Tak jauh pun. Sempat la beraya, makan lemang, siap bergambar lagi. Kebetulan jugak datang petang tu, adik beradik semua cukup. So, complete la gambar famili =)
 
Dah siap beraya, kami gerak terus ke Kuantan, rumah nenek. Mak ayah & adik-adik dah gerak dulu. Kitorg je lambat sikit. Lambat pun dalam 30 minit je.
 
Pagi raya ke dua, sebelum ke rumah Ayah Long di Sungai Soi. Kuantan jugak, Tak jauh pun dalam 30 minit kot. Duk kat rumah nek satu malam mmg agak mencabar. Haha.. Tapi bersempit-sempit pun seronok cuma tak tahan si kecik duk menangis sepanjang malam sbb tak selesa. Haha. Setahun sekali je dik.

Settle beraya di rumah Ayah Long, sempat lagi bergambar ramai-ramai. Ramainyaaaa! Petang raya ke dua, saya balik rumah mertua pulak...Raya ke 4 kot.. balik smula rumah mak ayah. Begitulah setiap tahun... =)

Okey, ini aje lah cerita kali ni... =)

 
Copyright © Aainaa Nadirah's Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in